web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Ancam Keselamatan PM, Pemandu Lori Dipenjara 6 Bulan

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 30 Jan 2024 6:35PM

gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Seorang pemandu lori dihukum penjara enam bulan oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini kerana membuat hantaran mengancam untuk membunuh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim di aplikasi TikTok, tahun lalu.

Hakim N. Priscilla Hemamalini menjatuhkan hukuman itu ke atas Faizal Mohamad, 35, selaku Orang Kena Saman (OKS) selepas dia mengaku bersalah terhadap pertuduhan itu dan memerintahkannya menjalani hukuman penjara bermula hari ini.

Faizal yang menangis selepas mendengar hukuman itu, didakwa membuat dan memulakan penghantaran yang mengancam sifatnya terhadap Anwar dan menteri-menteri dengan menggunakan nama profil Tiktok @jaiadani89 dengan niat untuk menyakitkan hati orang lain pada 20 November 2023.

Hantaran itu telah dibaca pada 26 November tahun sama, pada 12 tengah hari di sebuah kondominium di Jalan Tong Shin, Dang Wangi di sini, mengikut Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 233(3) akta sama.

Seksyen itu memperuntukkan hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara maksimum setahun atau kedua-duanya dan boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari atau sebahagian daripada sehari kesalahan diteruskan selepas sabitan, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya Nurilya Ellyna Nor Azmal berkata hantaran yang dibuat oleh OKS adalah tidak wajar serta bersifat mengancam dan dia perlu lebih berhati-hati menggunakan media sosial.

"Saya mohon OKS dikenakan hukuman setimpal supaya satu mesej pengajaran dapat diberikan kepada OKS dan masyarakat," katanya.

Faizal yang tidak diwakili peguam merayu hukuman denda dikurangkan kerana dia yang baru bekerja dengan berpendapatan RM2,000, sebulan selain perlu menanggung dua anak berumur tujuh dan lapan tahun serta ibu yang menghidap sakit jantung.

"Isteri saya tidak bekerja. Saya ada banyak hutang yang tak bayar dan kelengkapan sekolah anak-anak pun tak beli lagi, oleh itu saya mohon mahkamah memberi tempoh kepada saya untuk bayar denda kerana gaji saya dibayar pada 5 atau 6 haribulan setiap bulan," katanya. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Serang Balai Polis Ulu Tiram: Bapa, Anak Dipenjara 30 Tahun, Ibu 4 Tahun 

2

Semasa 7 bulan yang lalu

Rasuah: Setiausaha Sulit Kanan Bekas Menteri Dipenjara 6 Tahun, Denda RM8.8 Juta

3

Semasa 1 tahun yang lalu

Pemandu Bas Muat Naik Video Kanak-Kanak: MCMC Diminta Beri Kerjasama Kepada Polis

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Rogol Wanita: Da'i Syed Dipenjara 10 Tahun, 3 Sebatan

Sorotan

1

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

2

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

3

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

4

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

5

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

6

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Serah Kad Bank Kepada Pihak Ketiga Perbuatan Jenayah Serius - Peguam

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

Diabetes, Obesiti, Kurang Aktiviti Fizikal Punca Utama Krisis Penyakit Tidak Berjangkit Di Malaysia

oleh Sophia Ahmad

Semasa 16 minit yang lalu

Perdagang Remaja Untuk Eksploitasi Seksual: Wanita Indonesia Dipenjara 6 Tahun 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 23 jam yang lalu

4 Individu Didakwa Cederakan Pembantu Rumah Warga Indonesia

oleh Amirah Abu Bakar