Berita Terkini

2 minggu yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 minggu yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 3 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 3 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Nikmati 'Staycation', Percutian Idaman Di 5 Hotel, Resort Baharu

Menawarkan pesona tersendiri, kesemua hotel ini menjanjikan pengalaman indah untuk percutian yang singkat

Jelajah Dikemaskini 1 minggu yang lalu · Diterbitkan pada 27 Apr 2024 8:44PM

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Jika anda sangat memerlukan percutian tetapi tidak punya masa yang panjang, percutian di dalam negara adalah pilihan terbaik.  Ada banyak hotel yang menanti kunjungan anda, sama ada di tengah kota, mahupun nun jauh di sana, sepi daripada hiruk-pikuk kota.

Berikut adalah lima hotel terbaharu yang boleh dijadikan pilihan untuk percutian idaman.  

Perhentian Marriott Resort & Spa, Pulau Perhentian

Penginapan yang menjadi bualan ramai sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Marriott Bonvoy dengan bangganya memperkenalkan Perhentian Marriott Resort & Spa. 

Terletak di pulau Perhentian Kecil, Terengganu, hotel ini menjadi sebahagian daripada Marriott Bonvoy yang pertama di Terengganu dan Pantai Timur Malaysia.

Selaras statusnya sebagai taman marin dan kawasan sensitif alam sekitar, reka bentuk resort direka dengan teliti dengan meminimumkan kesan alam sekitar, menggunakan bahan binaan tempatan dan memanfaatkan landskap asli.

Ia menawarkan 200 bilik deluxe dan 17 vila, setiap satu dengan pemandangan laut yang menakjubkan. Dilengkapi reka bentuk mampan dan ketukangan tempatan, binaan harmoni dengan alam semula jadi.

Reka bentuk hiasan mencerminkan kraf tenunan tradisional songket dengan motif rumit yang menghasilkan kontras visual yang kuat terhadap dinding ciri desa. 

Selain bersantai sepuas-puasnya di bilik atau vila, selami pengembaraan dengan lawatan selam skuba atau manjakan diri di Qi Forest Spa & Wellness. Ciptalah kenangan yang tidak dapat dilupakan di tengah-tengah keindahan Pantai Timur yang tiada tandingannya.

Terletak di pantai barat laut Pulau Perhentian Kecil, resort ini mudah diakses dengan feri dari Jeti Kuala Besut, iaitu satu jam pemanduan dari bandar Kota Bharu.

Layari www.perhentianmarriott.com untuk maklumat lanjut dan tempahan.

Hotel Indigo Kuala Lumpur On The Park

Rangkaian hotel yang sudah lama membina nama di peringkat antarabangsa, Hotel Indigo akhirnya tiba di Malaysia.  

Hotel Indigo adalah sebahagian daripada portfolio mewah dan gaya hidup IHG, membuat penampilan sulungnya di Kuala Lumpur Disember lalu. Selaras dengan kempen terbaharunya, The World's Neighborhood Hotel, jenama ini hadir dengan misi untuk memberi inspirasi kepada generasi pengembara akan datang untuk keluar dan menerokai kawasan sekitarnya. 

Terletak di segi tiga emas, Hotel Indigo Kuala Lumpur On The Park adalah persinggahan sempurna untuk tetamu yang ingin meneroka ibu kota yang menjanjikan pelbagai pengalaman menyeronokkan. 

Melangkah masuk ke lobi, tetamu sudah dikelilingi dengan kehijauan. 180 bilik yang tersedia diinspirasikan  daripada unsur-unsur tempatan, sejarah dan keindahan hutan hujan. Bahkan, demi kelestarian bumi, Hotel Indigo Kuala Lumpur On The Park juga banyak menggunakan bahan-bahan kitar semula untuk hiasan dalamannya. 

Jika memilih bermalasan di hotel, terdapat dua lokasi selera yang  tersedia iaitu Wok Star, sebuah restoran yang menawarkan masakan tempatan yang terbaik dan The Silver Monkey untuk penggemar daging. 

Kemudahan lain termasuklah gim 24 jam dan kolam renang luaran di atas bumbung.

Untuk maklumat lanjut dan tempahan secara dalam talian, anda boleh klik di sini.

Four Points By Sheraton Kuala Lumpur

Di bawah pemilikan Ventura International Sdn. Bhd, Four Points by Sheraton Kuala Lumpur, City Center adalah persinggahan untuk pengembara solo dan berkeluarga yang ingin menikmati pengalaman yang ringkas lagi asli. 

Lokasinya yang berada di tengah-tengah Kuala Lumpur membolehkan tetamu bergerak ke sana-sini dengan mudah. Tak perlu memandu ke sana-sini kerana Stesen Monorail Bukit Nanas hanya 230 meter dari hotel. Bahkan, pusat beli-belah Suria KLCC dan Pavilion Bukit Bintang juga berhampiran. 

Menawarkan 513 bilik, kesemuanya direka dengan ciri setempat dan keselesaan tanpa kompromi. Selain menampilkan reka bentuk bergaya dan katil yang selesa, pemandangan di luar juga tidak kurang hebatnya. 

Jika memilih bermalam di suite keluarga, anak-anak kecil boleh menikmati semua kemudahan tambahan yang mesra kanak-kanak.

Menampilkan salah satu kolam renang luaran terbesar di Kuala Lumpur yang lengkap dengan gelongsor air dan kawasan permainan percikan, zon pengembaraan Paradise Trails, dan Kelab Kanak-kanak dalaman, kemudahan yang diilhamkan oleh resort ini adalah jemputan untuk keluarga dengan anak kecil untuk menikmati keseronokan- penginapan yang maksimum.

Untuk masa lapang yang lebih santai, tetamu dewasa juga boleh curi masa untuk ke  pusat kecergasan 24 jam, serta Mandara Spa.

Moxy Putrajaya

Moxy Putrajaya adalah hotel untuk mereka yang mendambakan sebuah persinggahan yang memperkenalkan cetusan bertenaga , kreativiti bergaya dan layanan sosial, memenuhi keperluan mereka yang sentiasa bergerak ke sana-sini.

Terletak di pusat pentadbiran Putrajaya Moxy Putrajaya menonjol sebagai hab kebudayaan yang terletak hanya beberapa langkah dari IOI City Mall, pusat beli-belah yang terbesar di Asia Tenggara. 

Susun atur lobi yang terang dan terbuka digandingkan dengan perabot kontemporari menjemput tetamu untuk meneroka.

Direka bentuk sebagai ruangan pelbagai fungsi dan ruang sosial interaktif, kawasan perhimpunan 'Plug and Meet' dilengkapi dengan tempat duduk ergonomik moden, reka bentuk dinding dengan grafik yang besar, dan televisyen 55 inci. 

Ketika tetamu melangkah masuk ke 480 bilik tetamu, mereka akan disambut dengan perkara yang tidak dijangka. Tertera cetakan penyamaran memenuhi seni yang diinspirasikan oleh kereta sukan untuk penginapan yang bersemangat.

Untuk mengoptimumkan ruang, bilik tamu mempunyai dinding pasak untuk organisasi pakaian, meja dan kerusi yang digantung pada dinding, dan ruang simpanan di bawah katil.

Selain itu, tetamu juga akan menemui rekaan yang diilhamkan oleh mercu tanda Putrajaya, iaitu jambatan ikonik Putrajaya. Selain nombor bilik yang terpancar cahaya,  rekaan grafik dinding juga adalah berdasarkan reka bentuk geometri jambatan ini. 

Untuk maklumat lanjut, sila layari www.moxyputrajaya.com.

Parkroyal A Famosa Melaka Resort

Baru dibuka kepada orang ramai bermula Disember 2023, Parkroyal A Famosa Melaka Resort menawarkan penginapan dengan kolam renang luaran, tempat letak kenderaan persendirian percuma, pusat kecergasan dan taman. 

Sebuah resort mesra keluarga, ia turut mempunyai kelab kanak-kanak yang menyediakan taman permainan kanak-kanak yang luas. 

Terletak di tengah-tengah landskap tenang bukit bukau dan taman tropika, resort yang meimiliki 213 buah bilik hanya 30 minit pemanduan dari bandaraya Melaka, tapak warisan UNESCO. 

Selain itu, ia juga terletak dalam jarak 5 minit pemanduan dari Freeport A'Famosa Outlet, Coach Airways dan Safari Wonderland.

Pilihlah daripada pelbagai jenis bilik, termasuk Superior, Deluxe, Bilik Kelab dan Suite PARKROYAL dan Suite Premier yang eksklusif. Manjakan diri dengan pelbagai pilihan makanan yang membuka selera di beberapa lokasi selera yang tersedia seperti The Spice Brasserie, Pool Lounge dan restoran Cina, Ya Yuen. 

Layari laman sesawang rasmi Parkroyal A Famosa Melaka Resort untuk maklumat lanjut. – Getaran, 27 April 2024

Foto : Dari setiap laman web rasmi hotel

Sorotan

1

Tanah Milik Keluarga Ammar Baharin Yang Dipindah Milik Diratifikasi Semula – Amirudin

2

Laporan Interim Nahas Helikopter TLDM Dikeluarkan Esok – Fahmi

3

Pokok Tumbang: Mangsa Lelaki Dibenar Keluar Hospital, Warga Sweden Masih Dirawat

4

Kecederaan Beberapa Tonggak Utama Resahkan TFC

5

Мahkamah Benar Muhyiddin Dapatkan Pasport Bagi Lawat Kakak Sakit Di Australia

6

Mutang Tagal Masih Dirawat Di IJN, Keadaan Agak Serius

Disyorkan untuk anda

Gaya 7 jam yang lalu

Azarine Produk Kosmetik Mampu Milik Indonesia Untuk Naikkan Seri Wajah

oleh Rahayu MN

Gaya 1 hari yang lalu

Rizman Ruzaini Reka Pakaian Seragam Kakitangan Hospital

Kolaborasi dengan Aurelius Healthcare itu memberi pengalaman baharu buat tetamu dan kakitangan hospital

oleh Rahayu MN