Berita Terkini

2 minggu yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 3 minggu yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 3 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Adam Syed Lakar Nama Malaysia Di Tesla Inc, Terus Terbang Tinggi Bersama Twitch

Kisah Kita Dikemaskini 2 minggu yang lalu · Diterbitkan pada 29 Apr 2024 5:41PM

Adam Syed di hadapan ibu pejabat Tesla Inc di Texas, Amerika Syarikaf

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Biarpun berada beribu batu jauhnya dari Malaysia, rasa cinta anak muda ini kepada tanah air tidak pernah luntur.

Walaupun bakatnya seakan ‘dipandang sepi’ di negara sendiri, Adam Syed, 25, tidak pernah menganggap ia sebagai satu halangan, malah semangatnya semakin berkobar untuk mencurah bakti.

Pemilik nama penuh Syed Adam Emir Putra ini aktif berkongsi pengetahuan, info dan panduan di media sosial untuk anak muda yang mahu menggali pengetahuan dalam industri berasaskan komputer.

Adam Syed menyampaikan ceramah kepada penuntut universiti di Amerika Syarikat
Adam Syed menyampaikan ceramah kepada penuntut universiti di Amerika Syarikat

Ketika ditemui di sini baru-baru ini, Adam yang pulang ke tanah air bagi meraikan lebaran bersama keluarga berkata, pengalaman berkhidmat untuk Tesla Inc memberikan beliau sejuta pengalaman berharga.

Katanya, terpilih bersama sejumlah kecil petugas ketika Tesla Inc baru ditubuhkan memberikan dirinya kelebihan untuk bersaing di pasaran antarabangsa.

“Saya ke Amerika Syarikat (AS) untuk menyambung pengajian di University of California San Diego (UCSD) pada 2018 hingga 2022.

“Sebaik tamat pengajian, saya sudah ditawarkan peluang pekerjaan. Di Tesla, tugas saya sebagai Pereka Produk memerlukan saya mereka proses tempahan Tesla secara online, termasuk warna kenderaan yang diingini,” katanya.

Meskipun tidak lagi bersama Tesla, Adam mengakui syarikat yang menjadi sebutan ramai itu membuka ruang untuk dirinya menonjolkan kemahiran dimiliki.

“Pengalaman di Tesla banyak mendewasakan. Di sana, segalanya bergerak pantas. Anda perlu pantas bertindak, pantas membuat keputusan, pantas menampilkan idea baharu kerana perlu bersaing dengan banyak gergasi konglomerat,” katanya.

Kini berkhidmat di platform penstriman langsung dikenali sebagai Twitch, Adam memberitahu, tugasnya memerlukan dia sentiasa tampil dengan idea segar agar platform itu sentiasa relevan dalam kalangan pengguna. 

Sewaktu bertugas di Facebook
Sewaktu bertugas di Facebook

“Selain Tesla dan Twitch, saya juga pernah berkhidmat untuk Facebook (kini dikenali sebagai Meta). Sebagai peneraju dalam dunia media sosial, Facebook bagaikan satu dunia baharu buat saya.

“Syarikat ini memang luar biasa dan sangat besar. Keupayaan Mark Zuckerberg membawa syarikat ini berkembang seluruh dunia amat menakjubkan,” katanya.

Sepintas info menarik mengenai anak muda ini, Adam sebenarnya adalah atlet lawan pedang negara dan mencatatkan pelbagai kejayaan di peringkat antarabangsa termasuk Sukan Asia dan Sukan SEA.

“Saya pernah ditawarkan tempat untuk ke Sukan Olimpik tetapi pada masa sama, tawaran dari Tesla singgah di riba.

“Sejujurnya saya berada di persimpangan dilema ketika itu, namun COVID-19 membawa hikmah tersendiri kerana ia menyebabkan semua acara dan temasya sukan antarabangsa digantung sementara,” katanya.

Adam Syed ketika bertanding dalam sukan lawan pedang
Adam Syed ketika bertanding dalam sukan lawan pedang

Jelas Adam, ketika itulah dia membuat pilihan untuk menyertai Tesla dan melepaskan tawaran ke Sukan Olimpik. 

Masih aktif bersukan, dia juga memberitahu tidak keberatan untuk pulang jika dipanggil menyertai skuad negara.

“Syarikat saya bekerja sekarang sudah sedia maklum bahawa saya adalah seorang atlet dan perlu kembali jika dipanggil untuk menyertai pasukan negara.

“Saya bertuah kerana mereka amat memahami dan bersedia memberi pelepasan,” katanya. - Getaran, 29 April 2024

Foto - koleksi peribadi Adam Syed

Sorotan

1

Bakal Jemaah Terkandas, Kerajaan Dan TH Cari Penyelesaian Terbaik

2

Arab Saudi Nasihat Umat Islam Tidak Terpedaya Iklan Haji Palsu Di Media Sosial

3

Terengganu Langkah Kanan, Syafiq Ahmad Jaring Gol Terpantas Di Selayang

4

25 Tahun PKR: Hayati Perjuangan, Jangan Alpa Kuasa Dimiliki - Anwar

5

PRK KKB: Warga Emas Sanggup Tempuh 200 KM Untuk Mengundi

6

AJK Masjid Arah Terbalikkan Baju Sudah Beri Penjelasan Dan Mohon Maaf - Exco