web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Saya Takut Bawa Lagu Ini – Ungu Nyanyi Lagu Paling Digeruni Semasa Konsert Di Malaysia

Sepanjang konsert yang berdurasi hampir 3 jam itu, Ungu Ungu yang dianggotai vokalis Pasha, pemain gitar Enda dan Oncy, pemain bass Makki, dan pemain drum Rowman menyanyikan 21 lagu.

Muzik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 27 Dec 2022 7:02PM

Pasha ketika beraksi di pentas konsert 'Ungu’s 26th Anniversary Live In Malaysia' - Gambar oleh Alif Omar

oleh

Wafa Aula

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Lima tahun tidak beraksi di Malaysia, kumpulan terkenal Indonesia, Ungu meluahkan rasa syukur akhirnya berkesempatan bertemu empat mata dengan peminat Malaysia walaupun tarikh asal konsert diubah akibat bertindih dengan Pilihan Raya Umum (PRU-15).

Ungu yang dianggotai vokalis Pasha, pemain gitar Enda dan Oncy, pemain bass Makki, dan pemain drum Rowman disambut sorak-sorai pengunjung apabila mereka muncul di panggung menyanyikan, 'I Need You' sebagai lagu pembukaan konsert Ungu’s 26th Anniversary Live In Malaysia malam tadi.

Sepanjang konsert yang berdurasi hampir 3 jam itu, Ungu menyanyikan 21 lagu termasuk lagu-lagu hit mereka seperti ‘Cinta Dalam Hati’, ‘Hampa Hatiku’, ‘Aku Tahu’ dan ‘Tercipta Untukku’. 

Paling mencuri tumpuan ialah set lagu kerohanian yang dinyanyikan Pasha di tengah persembahan seperti lagu ‘Bila Tiba’ yang disifatkan Ungu sebagai ‘lagu paling takut untuk dibawakan’.

“Sebenarnya saya takut membawakan lagu ini. Tapi saya dengar di Malaysia lagu ‘Bila Tiba’ ramai yang suka. Semoga lagu ini menjadi peringatan untuk kita bahawa sehebat apapun gelaran dan pangkat yang kita ada hari ini pasti aka nada tarikh luputnya iaitu di hari di mana kita kembali kepada Tuhan. 

“Semoga kita dijauhkan dari sifat sombong, munafik dan tidak baik,” kata Pasha semasa konsert.

Nama Ungu ternyata masih berbisa apabila tidak hanya tiket konsert laris manis, tetapi juga dihadiri oleh Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah yang berkenan menonton konsert mereka. Turut dilihat hadir ialah kelibat Amy Search yang rupanya menjadi idola kumpulan Ungu sejak dahulu lagi. 

“Kalau ada kawan-kawan yang sudah buat persembahan di Malaysia, saya akan tanya mereka adakah Permaisuri Agong Malaysia hadir ke konsert mereka? Kalau mereka kata belum, maksudnya Ungu tetap juara,” kata Pasha bergurau. 

Konsert Ungu dibawakan oleh Star Planet sebagai penganjur dengan sokongan Kementerian Pelancongan, Seni Dan Budaya Malaysia.

Terdahulu tiket konsert telah dijual pada harga RM188, RM238, RM328, RM388, RM458 dan RM598. - Getaran, 27 Disember 2022

Berita Berkaitan

1

Muzik 1 tahun yang lalu

Tiket Konsert Violet Skies: Dato' Sri Siti Nurhaliza Live In Arena Of Stars Masih Boleh Dibeli

2

Muzik 1 tahun yang lalu

Michael Learns To Rock Buai Perasaan Lebih 5,000 Peminat

3

Muzik 1 tahun yang lalu

5 Kumpulan AKB48 Berjaya Himpun Lebih 2,000 Peminat Pada Konsert Pertama Di Malaysia

4

Muzik 1 tahun yang lalu

Ella Memukau, Kini Siap Sedia Terbang ke Singapura

Sorotan

1

Zahid Nafi Dakwaan Pertemuan BN-PN-GPS-GRS, Tegaskan Komitmen Kepada Kerajaan Perpaduan

2

Tadbir Urus Yang Baik, Kestabilan Politik Asas Kemakmuran Negara - Sultan Nazrin 

3

Terima Rasuah RM500, Ketua Balai Digantung Tugas 

4

3 Maut Lori Bawa Ayam Rempuh Treler Parkir Di Bahu Jalan

5

El Nino Semakin Buruk, Malaysia Berisiko Berdepan Suhu Tertinggi Dalam Sejarah Tahun Depan

6

Dataran Merdeka Bagaikan Lautan Sampah, Hannah Yeoh Luah Rasa Kecewa