web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


3 Hilang Selepas Gempa Bumi Bermagnitud 5.2 Landa Guangxi, Selatan China

Luar Negara Dikemaskini 1 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 18 May 2026 9:44AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

NANNING - Gempa bumi bermagnitua 5.2 melanda Liuzhou, sebuah bandar di Wilayah Autonomi Guangxi Zhuang, selatan China tengah malam Isnin, menyebabkan tiga orang hilang manakala empat lagi dimasukkan ke hospital, menurut pihak berkuasa tempatan, lapor Xinhua.

Pusat gempa bumi itu dikesan berlaku di daerah Liunan pada 12.21 tengah malam dengan kedalaman lapan kilometer, menurut Pusat Rangkaian Gempa Bumi China (CENC).

Pihak berkuasa kecemasan, bomba dan polis sedang menjalankan operasi mencari dan menyelamat.

Ibu pejabat bantuan gempa bumi wilayah Guangxi melancarkan respons kecemasan Tahap Ill pada pukul 2 pagi.

Pejabat ibu pejabat bantuan gempa bumi Majlis Negara dan Kementerian Pengurusan Kecemasan mengaktifkan respons kecemasan Tahap IV pada Isnin serta menghantar satu pasukan kerja ke kawasan terjejas bagi menyokong usaha bantuan gempa bumi tempatan.

Pihak berkuasa tempatan diarahkan mengesahkan jumlah korban dan kerosakan secepat mungkin, mengatur operasi mencari dan menyelamat, memindahkan penduduk yang terjejas serta memantau gegaran susulan.

Sebanyak 51 kenderaan bomba dan penyelamat serta 315 anggota telah dihantar ke kawasan yang terjejas akibat gempa bumi itu.

Pentadbiran Gempa Bumi China turut mengaktifkan respons kecemasan Tahap III susulan gempa bumi berkenaan. - BERNAMA-XINHUA

Berita Berkaitan

1

Luar Negara 4 hari yang lalu

Pub Popular Terbakar, 27 Maut, Puluhan Cedera Parah 

2

Luar Negara 2 minggu yang lalu

Warga Australia Didakwa Bunuh Remaja Thailand, Mayat Ditemui Dalam Bagasi 

3

Luar Negara 2 minggu yang lalu

68,900 Masih Hilang, Krisis Venezuela Semakin Parah

4

Luar Negara 3 minggu yang lalu

Venezuela Isytihar Darurat Selepas 2 Gempa Bumi Kuat Landa Negara

Sorotan

1

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

2

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

3

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

4

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

5

Polis Siasat Kes Lelaki Dipaksa Masuk Dalam Kereta 

6

PRN Negeri Sembilan: Jangan Jadikan Institusi Diraja Bahan Kempen Parti Politik - PM

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Jadi Tonto Ah Long, 2 Lelaki Dipenjara 18 Bulan, Denda RM20,000

oleh Sophia Ahmad

Semasa 14 jam yang lalu

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 15 jam yang lalu

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

oleh Sophia Ahmad

Singapura 10 jam yang lalu

Singapura: Ketua Hakim Negara Sundaresh Menon Bersara Feb 2017, Hakim Sushil Nair Jadi Pengganti

oleh Sophia Ahmad