web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Harga Minyak Naik Lagi, Brent Meningkat Hingga AS$120 Setong

Luar Negara Dikemaskini 3 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 30 Mar 2026 4:59PM

Gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

NEW YORK/LONDON - Harga minyak meningkat Isnin pada permulaan minggu dagangan kelima sejak bermulanya perang Iran, lapor Agensi Akhbar Jerman (dpa).

Harga minyak mentah Brent Laut Utara untuk penghantaran Mei melonjak empat peratus semalaman kepada hampir AS$117 setong (159 liter).

Hal Itu membawa kepada harga minyak menghampiri paras tertinggi sementara AS$119.50 yang dicapai tiga minggu lepas.

Pada awal pagi, harga berada pada AS$115.55, 2.7 peratus lebih tinggi daripada pada akhir minggu lalu.

Brent meningkat hampir 60 peratus sejak permulaan perang Iran. Harga untuk gred minyak mentah lain juga telah melonjak secara mendadak sejak serangan Israel dan Amerika Syarikat (AS)ke atas Iran.

Satu tong minyak mentah WTI AS berharga lebih AS$100 pada pagi Isnin iaitu lebih 50 peratus lebih tinggi sebelum perang Iran bermula.

Lonjakan harga membawa kesan kepada ekonomi dan pengguna di seluruh dunia, antaranya peningkatan kos bahan api.

AS dan Israel meneruskan serangan mereka ke atas Iran. Tentera Israel menyatakan bahawa "infrastruktur ketenteraan" di ibu negara Iran, Tehran, menjadi sasaran, tanpa memberikan butiran lanjut.

Sebelum itu, Presiden AS Donald Trump memuat naik hantaran di platform Truth Socialnya: "Hari yang hebat di Iran," mendakwa tentera AS telah menyerang dan memusnahkan "banyak lokasi yang telah lama disasarkan."

Iran meneruskan serangan balasnya ke atas Israel dan negara-negara Teluk berdekatan.

Sementara itu, Trump, dalam temu bual dengan Financial Times, berkata beliau mahu menguasai minyak Iran. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Luar Negara 5 hari yang lalu

Pub Popular Terbakar, 27 Maut, Puluhan Cedera Parah 

2

Luar Negara 2 minggu yang lalu

Warga Australia Didakwa Bunuh Remaja Thailand, Mayat Ditemui Dalam Bagasi 

3

Luar Negara 2 minggu yang lalu

68,900 Masih Hilang, Krisis Venezuela Semakin Parah

4

Luar Negara 3 minggu yang lalu

Venezuela Isytihar Darurat Selepas 2 Gempa Bumi Kuat Landa Negara

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

Disyorkan untuk anda

Semasa 16 jam yang lalu

Campak Bayi Dari Tingkap Hotel, Gadis Rohingya Berdepan Hukuman Mati 

oleh Sophia Ahmad

Singapura 16 jam yang lalu

Singapura: Ketua Hakim Negara Sundaresh Menon Bersara Feb 2017, Hakim Sushil Nair Jadi Pengganti

oleh Sophia Ahmad

Semasa 2 jam yang lalu

Network School Forest City: Kerajan Johor Arah Tutup 1 Premis Langgar Peraturan

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 jam yang lalu

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

oleh Amirah Abu Bakar