web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


40 Negara Sertai Pendengaran Awam ICJ Mengenai Israel 

Luar Negara Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 10 Apr 2025 5:41PM

Mahkamah Keadilan Antarabangsa di The Hague - Gambar REUTERS

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

LONDON - Wakil dari 40 negara bersama empat pertubuhan antarabangsa menyatakan hasrat untuk mengambil bahagian dalam sesi pendengaran awam di Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) berhubung kewajipan Israel di wilayah Palestin yang diduduki, lapor Anadolu Ajansi (AA).

Dalam satu kenyataan pada Rabu, ICJ memaklumkan bahawa sesi pendengaran itu akan berlangsung dari 28 April hingga 2 Mei bagi mendapatkan pendapat nasihat berkaitan "Tanggungjawab Israel terhadap Kehadiran dan Aktiviti Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, pertubuhan antarabangsa lain serta negara ketiga di dalam dan yang berkaitan dengan Wilayah Palestin yang Diduduki."

"Sebanyak 40 negara dan empat pertubuhan antarabangsa menyatakan hasrat mereka untuk mengambil bahagian dalam prosiding lisan di hadapan Mahkamah," menurut kenyataan itu.

Prosiding itu mendapat maklum balas daripada pelbagai negara dan entiti, dengan kesemua penyertaan difailkan dalam tempoh masa yang ditetapkan oleh perintah Presiden ICJ pada 23 Disember  lalu.

Kesatuan Afrika telah diberikan lanjutan masa untuk menyerahkan kenyataannya melebihi tarikh akhir asal.

Senarai penyumbang termasuk negara dari pelbagai benua seperti Malaysia, Rusia, Turkiye, Pakistan, Chile, Qatar, Sepanyol, Afrika Selatan, Ireland, Arab Saudi, China, Belanda, Brazil, Mesir, Perancis, Amerika Syarikat dan Palestin.

Beberapa pertubuhan antarabangsa utama juga turut menyampaikan pandangan mereka termasuk Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) dan Liga Arab.

Pada masa yang sama, Israel turut berdepan kes genosid susulan perang ke atas Semenanjung Gaza sejak Oktober 2023 telah mengorbankan lebih 50,000 rakyat Palestin dan memusnahkan sebahagian besar kawasan itu.

Mankamah Jenayah Antarabangsa (ICC) sebelum ini turut mengeluarkan waran tangkap terhadap Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu dan bekas Menteri Pertahanannya, Yoav Gallant atas tuduhan jenayah perang dan jenayah terhadap kemanusidan di Gaza.

Turkiye akan menyampaikan kenyataan lisan pada 30 April di hadapan ICJ mengenai tanggungjawab Israel yang timbul daripada sekatannya ke atas institusi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, menurut kenyataan mahkamah.

Turkiye, yang diwakili oleh Kementerian Luar akan membuat penyampaian antara 3 petang hingga 3.30 petang waktu tempatan.

Prosiding lisan itu akan berlangsung di Istana Keamanan, The Hague. ICJ turut memaklumkan bahawa Israel tidak termasuk dalam senarai negara yang akan membuat hujahan secara lisan. - BERNAMA-ANADOLU

Berita Berkaitan

1

Luar Negara 5 hari yang lalu

Pub Popular Terbakar, 27 Maut, Puluhan Cedera Parah 

2

Luar Negara 2 minggu yang lalu

Warga Australia Didakwa Bunuh Remaja Thailand, Mayat Ditemui Dalam Bagasi 

3

Luar Negara 2 minggu yang lalu

68,900 Masih Hilang, Krisis Venezuela Semakin Parah

4

Luar Negara 3 minggu yang lalu

Venezuela Isytihar Darurat Selepas 2 Gempa Bumi Kuat Landa Negara

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

Disyorkan untuk anda

Politik 4 jam yang lalu

Pimpinan PH Melaka Undur Diri Daripada Kerajaan Negeri - Adly

oleh Sophia Ahmad

Semasa 20 jam yang lalu

Ambil Ubat Tertentu Untuk Jangka Masa Panjang? Hati-Hati Dengan Pendarahan Dalaman Serius 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 16 jam yang lalu

Campak Bayi Dari Tingkap Hotel, Gadis Rohingya Berdepan Hukuman Mati 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Gaji Semasa: Hanya 49 peratus Pekerja Malaysia Berpuas Hati 

oleh Sophia Ahmad