web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


32 Keluarga Dipindahkan Selepas Banjir Lahar Sejuk Landa Jawa Timur, Indonesia

Luar Negara Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 Apr 2024 12:32PM

gambar BNPB Indonesia

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

JAKARTA - Sekurang-kurangnya 32 keluarga di Lumajang, Jawa Timur dipindahkan secara sukarela ke kawasan lebih selamat susulan limpahan banjir lahar sejuk yang dicetuskan Gunung Semeru pada Khamis.

Limpahan lahar sejuk berlaku selepas hujan sederhana hingga lebat di kawasan Gunung Semeru sepanjang petang, menyebabkan Lembangan Sungai Regoyo melimpah dan membanjiri kawasan penempatan berhampiran.

Badan Penanggulangan Bencana Daerah (BPBD) Lumajang telah mengerahkan sebuah bot untuk mempercepatkan proses perpindahan selepas banjir itu merosakkan tiga jambatan dan jalan utama dinaiki air.

Selain itu, Badan Nasional Penanggulangan Bencana (BNPB) turut meminta pihak berkuasa tempatan melaksanakan langkah mitigasi dengan memantau potensi taburan hujan secara berkala.

Jurucakap BNPB, Abdul Muhari berkata, pihaknya menekankan kepentingan menjaga penduduk dan pengunjung di sekitar Lembangan Sungai Regoyo untuk meminimumkan kesan sekiranya berlaku banjir lahar yang berulang.

Gunung Semeru adalah satu daripada gunung berapi aktif di Indonesia, meletus pada Jumaat jam 6.45 pagi (waktu Indonesia Barat), dengan memuntahkan kepulan abu sehingga 500 meter ke udara dari atas kawah.

la susulan letusan pada Khamis jam 12.34 tengah malam, menyaksikan kepulan abu mencapai kira-kira 800 meter ke udara dari atas kawah, menurut Pusat Vulkanologi dan Mitigasi Bahaya Geologi negara, PVMBG.

Setakat ini, Gunung Semeru yang juga lokasi tumpuan pendaki, kekal pada status amaran Tahap III. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Sukan 3 tahun yang lalu

Indonesia Siasat Tragedi 129 Orang Terkorban Dalam Rusuhan Bola Sepak, Liga Digantung Seminggu

2

Sukan 3 tahun yang lalu

120 Maut, 180 Cedera Dalam Rusuhan Bola Sepak Indonesia

3

Filem & TV 4 tahun yang lalu

'KKN Di Desa Penari', Kisah Seram Nyata Yang Berjaya

4

Luar Negara 5 tahun yang lalu

Dua Maut, 16 Hilang Dalam Kejadian Tanah Runtuh Di Jawa Timur, Indonesia

Sorotan

1

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

2

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

3

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

4

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

5

Polis Siasat Kes Lelaki Dipaksa Masuk Dalam Kereta 

6

PRN Negeri Sembilan: Jangan Jadikan Institusi Diraja Bahan Kempen Parti Politik - PM

Disyorkan untuk anda

Semasa 16 jam yang lalu

Ambil Ubat Tertentu Untuk Jangka Masa Panjang? Hati-Hati Dengan Pendarahan Dalaman Serius 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 16 jam yang lalu

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

oleh Amirah Abu Bakar

Singapura 12 jam yang lalu

Singapura: Ketua Hakim Negara Sundaresh Menon Bersara Feb 2017, Hakim Sushil Nair Jadi Pengganti

oleh Sophia Ahmad

Semasa 17 jam yang lalu

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

oleh Sophia Ahmad