web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


120 Maut, 180 Cedera Dalam Rusuhan Bola Sepak Indonesia

Sukan Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 Oct 2022 9:12AM

Rusuhan pada perlawanan bola sepak di Jawa Timur, Indonesia telah menyebabkan sekurang-kurangnya 120 penyokong terbunuh dan 180 lagi cedera malam tadi - Gambar AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

JAKARTA -  Rusuhan pada perlawanan bola sepak di Jawa Timur, Indonesia telah menyebabkan sekurang-kurangnya 120 penyokong terbunuh dan 180 lagi cedera malam tadi.

Menurut laporan media tempatan, penyokong perlawanan antara Arema FC dan Persebaya Surabaya dikepung polis pencegah rusuhan yang melepaskan gas pemedih mata selepas pergaduhan tercetus.

Gas pemedih mata menyukarkan penyokong bernafas dalam suasana kelam kabut menyebabkan mereka terpijak dan terhimpit sesama sendiri.

Penyokong Arema berang setelah pasukan mereka tewas 3-2 dalam pertembungan 'derby Jawa Timur' di Stadium Kanjuruhan, Malang memasuki kawasan padang untuk bertemu pemain dan pegawai.

Lebih kurang 3,000 daripada 40,000 penyokong yang hadir cuba memasuki kawasan padang, kata Ketua Polis Daerah Jawa Timur Inspektor Jenderal Nico Afinta seperti dipetik media tempatan.

Beliau berkata 34 maut di stadium dan selebihnya meninggal dunia ketika mendapatkan rawatan di hospital termasuk dua anggota polis. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Sukan 1 bulan yang lalu

Malaysia Peroleh Hak Siaran Piala Dunia FIFA, Akses Tv Di India Dan China Masih Belum Pasti

2

Semasa 1 bulan yang lalu

Guru Rempuh Pelajar Hingga Maut Direman 2 Hari

3

Sukan 3 bulan yang lalu

JDT VS Sanfrecce Hiroshima: Visi TMJ Ubah Landskap Bola Sepak Negara

4

Sukan 3 bulan yang lalu

Kejohanan Piala Maxim Dijangka Tarik 18,000 Peserta

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 16 jam yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Semasa 17 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Semasa 17 jam yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 12 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar