web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 2 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


'KKN Di Desa Penari', Kisah Seram Nyata Yang Berjaya

Filem seram ini kini mencatat rekod sebagai filem seram paling laris di Indonesia.

Filem & TV Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 May 2022 11:30AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Baru sahaja ditayangkan lebih seminggu yang lalu, filem seram dari Indonesia ini sudah menjadi tular di negara kita dan beberapa negara jiran terdekat yang lain.

Tercetus daripada sebuah kisah benar yang pernah dialami oleh enam orang mahasiswa dari sebuah institusi pengajian tinggi di Surabaya, 'KKN Di Desa Penari' kini mencatat rekod sebagai filem seram paling laris di Indonesia.

Ini kerana, kisah asal filem tersebut sebenarnya sudahpun dikongsikan lewat sebuah bebenang di laman Twitter beberapa tahun lalu oleh pemilik akaun Twitter yang bergelar @simpleman.

Beliau terkenal dengan perkongsian kisah-kisah seram nyata yang dipetik dari pelbagai sumber dan saksi asli sekitar Indonesia. 

Dan seperti yang diketahui ramai, Indonesia memang tersohor dengan kisah seram dan ilmu mistik.

Namun kisah 'KKN Di Desa Penari' ini adalah yang pertama dari bebenang Twitter @simpleman yang diangkat menjadi filem layar lebar.

Seperti yang dinyatakan, cerita bermula dengan enam orang mahasiswa yang harus menyiapkan projek tesis akhir pengajian mereka. 

Sebahagian daripada keperluan tesis tersebut adalah melakukan ‘Kuliah Kerja Nyata’ atau KKN di sebuah lokasi terpilih.

Setelah membuat kajian, mereka menemui sebuah desa yang jauh di Jawa Timur yang sesuai dengan keperluan projek akhir semester mereka.

Jadi selepas tiba di desa itulah pelbagai kejadian seram dan aneh mula berlaku.

Desa tersebut yang terletak jauh di pelosok hutan itu sebenarnya mempunyai banyak sejarah hitam dan kisah mistik yang dirahsiakan gara-gara kepercayaan serta amalan lama penduduk desa itu.

Jadi setibanya enam orang mahasiswa itu di situ, mereka telah dinasihatkan untuk menjaga adab dan tidak pergi ke kawasan-kawasan tertentu.

Namun, resam orang muda, larangan kerap tidak dihiraukan dan jika peraturan tak dipatuhi, buruklah padahnya.

Apa yang membuat filem seram ini menarik adalah selain terilham dari kisah benar yang pernah terjadi, penggarapan unsur seramnya tidak keterlaluan namun sudah cukup membuat bulu roma berdiri tika menonton. (Apatah lagi jika menontonnya seorang diri).

Filem ini juga mempunyai pesan tersendiri yang rata-rata boleh difahami oleh penduduk sekitar nusantara yang percaya pada perkara-perkara mistik.

Malah, di dalam cerita ini sendiri, salah seorang watak utamanya yang bernama Nur turut mengingatkan bahawa makhluk halus yang menghasut, menggoda dan menghantui mereka di kampung itu adalah kaum jin seperti yang disebut dalam ajaran agama Islam.

Buat yang tidak percaya pada unsur sedemikian mungkin akan menganggap keseluruhan filem ini adalah tahyul semata-mata dan tidak masuk akal.

Namun filem atau kisah seram memang tidak pernah masuk akal, dan itulah yang membuatnya menjadi seram.

Di samping itu, filem ini juga menjadi pengajaran buat para penonton supaya sentiasa menjaga adab masing-masing dan berhati-hati tika berada di tempat asing atau di tempat orang.

Membariskan beberapa bintang muda yang berjaya menzahirkan watak masing-masing dengan baik, filem ini pada saya berjaya mencapai tujuannya iaitu untuk menghibur dan memberi pengajaran pada semua.

Sungguhpun menurut beberapa sumber ada beberapa perbezaan gambaran makhluk halus yang dijelmakan di filem dengan yang diceritakan oleh saksi sebenar, apa yang ditonjolkan sudah cukup untuk melahirkan unsur seram.

Kadang ada babak yang terasa sedikit perlahan dan boleh dipercepatkan namun secara umum, ia memenuhi persyaratan filem seram. 

'KKN Di Desa Penari' hanyalah salah satu dari kisah seram @simpleman yang berjaya mencuri perhatian dunia media sosial Indonesia.

Menurut sumber tertentu beberapa kisah seram lain di akaun Twitternya bakal difilemkan juga. Jadi buat pencinta filem seram, jangan lupa memantau bebenang Twitternya.

Dan semestinya, semua nama watak, tempat dan sebagainya telah diubah untuk menjaga privasi dan menghormati mereka yang terlibat dalam kejadian kisah ini.

'KKN Di Desa Penari' masih ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia hingga kini. - Getaran, 24 Mei 2022.

rating : 4 getar

*semua gambar dari Twitter

Berita Berkaitan

1

Semasa 8 bulan yang lalu

Aniaya Kanak-Kanak Hingga Maut: Pasangan Indonesia Mengaku Salah

2

Semasa 11 bulan yang lalu

M’sia-Indonesia Sepakat Kukuhkan Kedudukan, Enggan Serahkan Nasib ASEAN Ke Tangan Kuasa Luar

3

Filem & TV 1 tahun yang lalu

Goat Meledak Di Pawagam, Catat Lebih RM10 Juta Sejak Khamis

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Imigresen Sabah Hantar Pulang 153 Pendatang Indonesia

Sorotan

1

 ‘Double Standard’ Norway Dikecam, Batal Penghantaran Peluru Berpandu Selepas Malaysia Bayar 95 Peratus Kontrak

2

Gara-Gara Memotong Barisan, 2 Lelaki Akhirnya Bertumbuk

3

Pengecualian Caj RM1 Di ATM: 84 Peratus Mesin Terlibat Seluruh Negara - Fahmi 

4

Wajib Isytihar Aset, Perkukuh Agenda Integriti - Abd Halim

5

PRN Johor: Perpecahan Dalaman PN Mampu Beri Kelebihan Kepada BN - Penganalisis 

6

Malaysia Yang Mana Mahu Kita Wariskan Untuk Anak Cucu?

Disyorkan untuk anda

Filem & TV 16 jam yang lalu

Astro dan Disney+ Bawakan Lebih Banyak Rancangan Global Dan Kandungan Tempatan

oleh Rahayu MN