web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Indonesia Siasat Tragedi 129 Orang Terkorban Dalam Rusuhan Bola Sepak, Liga Digantung Seminggu

Sukan Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 Oct 2022 1:45PM

Insiden itu turut menyebabkan beberapa penyokong Arema FC dan anggota keselamatan mengalami kecederaan serta 13 unit kenderaan polis rosak dan dibakar - Gambar AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

JAKARTA - Presiden Indonesia Joko Widodo hari ini mahu siasatan penuh dijalankan berhubung tragedi rusuhan yang mengorbankan 129 orang termasuk dua anggota polis dalam rusuhan yang tercetus selepas perlawanan bola sepak di Stadium Kanjuruhan, Malang, Jawa Timur, Sabtu malam.

Kementerian Belia dan Sukan, Persatuan Bolasepak Seluruh Indonesia (PSSI) dan polis juga diminta melakukan penilaian menyeluruh terhadap pelaksanaan pertandingan dan juga prosedur keselamatan.

“Saya kesal dengan berlakunya tragedi ini dan berharap ini adalah tragedi terakhir bola sepak di tanah air. Jangan ada lagi tragedi kemanusiaan seperti ini di masa hadapan,” katanya dalam satu kenyataan. 

Rusuhan selepas perlawanan antara Arema FC dengan Persebaya Surabaya turut menyebabkan 180 lagi cedera, menurut Polis Jawa Timur.

Rusuhan selepas perlawanan antara Arema FC dengan Persebaya Surabaya turut menyebabkan 180 lagi cedera, menurut Polis Jawa Timur - Gambar Fail AFP
Rusuhan selepas perlawanan antara Arema FC dengan Persebaya Surabaya turut menyebabkan 180 lagi cedera, menurut Polis Jawa Timur - Gambar Fail AFP

Ketua Polis Daerah Jawa Timur Inspektor Jenderal Nico Afinta berkata penyokong Arema yang berang setelah pasukan mereka tewas 3-2 dalam pertembungan 'derby Jawa Timur' memasuki kawasan padang untuk menyerang pemain dan pegawai.

Anggota keselamatan cuba memujuk penyokong kembali ke tempat duduk, tetapi mereka semakin ganas menyebabkan gas pemedih mata digunakan dan seterusnya berlaku rempuhan semasa mereka cuba lari keluar.

"Mereka berhimpit-himpit di salah satu pintu keluar, kalau tidak salah Pintu 10 atau Pintu 12 hingga menyebabkan ada yang sesak nafas dan kekurangan oksigen dan pasukan perubatan mencuba sedia upaya menjalankan usaha menyelamat," kata Nico.

Gas pemedih mata turut digunakan di luar stadium ke arah perusuh yang menghalang jalan keluar dan melempar objek ke kenderaan kereta perisai rombongan kelab Persebaya Surabaya.

Insiden itu turut menyebabkan beberapa penyokong Arema FC dan anggota keselamatan mengalami kecederaan serta 13 unit kenderaan polis rosak dan dibakar.

Sementara itu, Ketua Umum PSSI Mochamad Iriawan mengumumkan Liga 1 musim 2022-2023 digantung selama seminggu, manakala Arema FC dilarang menjadi tuan rumah untuk baki perlawanan.

Anggota keselamatan cuba memujuk penyokong kembali ke tempat duduk, tetapi mereka semakin ganas menyebabkan gas pemedih mata digunakan dan seterusnya berlaku rempuhan semasa mereka cuba lari keluar - Gambar Fail AFP
Anggota keselamatan cuba memujuk penyokong kembali ke tempat duduk, tetapi mereka semakin ganas menyebabkan gas pemedih mata digunakan dan seterusnya berlaku rempuhan semasa mereka cuba lari keluar - Gambar Fail AFP

"Kami memohon maaf kepada keluarga mangsa dan semua pihak atas kejadian ini," katanya.

Beliau berkata pasukan penyiasat PSSI dihantar ke Malang dan akan memberi kerjasama penuh kepada pihak polis untuk menyiasat kes yang mencalarkan imej bola sepak Indonesia.

Arema FC pula telah membentuk Pusat Pengurusan Krisis untuk menyalurkan maklumat dan sedia memberi pampasan kepada mangsa.

Kelab-kelab di Liga 1 Indonesia mengucapkan takziah atas tragedi yang berlaku, manakala di KUALA LUMPUR, ucapan sama dirakamkan Persatuan Bola Sepak Malaysia dan Kelab Bola Sepak Johor Darul Ta'zim (JDT FC) kepada keluarga mangsa-mangsa yang terkorban.

“Doa dan ingatan kami sentiasa bersama anda. Tiada tempat dalam bola sepak untuk insiden sebegini sehingga melibatkan kehilangan nyawa,” menurut JDT FC menerusi hantaran di Facebook rasmi kelab.

Rusuhan Sabtu malam merupakan antara tragedi paling tragis dalam dunia bola sepak.

Pada 1964, 318 orang terbunuh dan 500 cedera semasa perlawanan kelayakan Olimpik antara Peru dan Argentina di Stadium Nasional di Lima, Peru. 

Pada 2001, polis melepaskan gas pemedih mata ke arah penyokong liar semasa perlawanan antara Hearts of Oak dan Asante Kotoko di Ghana, Afrika menyebabkan 70,000 orang bergegas keluar dari stadium sekaligus berlaku rempuhan hingga 126 orang terbunuh. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Sukan 1 bulan yang lalu

Malaysia Peroleh Hak Siaran Piala Dunia FIFA, Akses Tv Di India Dan China Masih Belum Pasti

2

Semasa 2 bulan yang lalu

Guru Rempuh Pelajar Hingga Maut Direman 2 Hari

3

Sukan 3 bulan yang lalu

JDT VS Sanfrecce Hiroshima: Visi TMJ Ubah Landskap Bola Sepak Negara

4

Sukan 4 bulan yang lalu

Kejohanan Piala Maxim Dijangka Tarik 18,000 Peserta

Sorotan

1

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

2

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

3

Memanipulasi Tradisi Sebagai Alat Kuasa, Siapa Sebenarnya Mengaut Untung?

4

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

5

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

6

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Malaysia Perhebat Tekanan Diplomatik Terhadap Israel, Guna Pelbagai Platform Antarabangsa

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Perdagang Remaja Untuk Eksploitasi Seksual: Wanita Indonesia Dipenjara 6 Tahun 

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

oleh Sophia Ahmad