web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Syarat Hamas Dalam Cadangan Gencatan Senjata Di Gaza, Realistik

Luar Negara Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 Mar 2024 8:24AM

gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

TEHRAN - Seorang pegawai kanan Hamas berkata, cadangan gerakan pembebasan Palestin itu untuk satu gencatan senjata di Semenanjung Gaza adalah pragmatik dan boleh dilaksanakan, lapor Agensi Berita Iran (IRNA).

Pemimpin kanan Hamas yang berpangkalan di Beirut, Lubnan, Osama Hamdan berkata, menerusi perbincangan secara tidak langsung dengan rejim Zionis, Hamas menggesa perang dihentikan, pelarian dikembalikan, usaha menyelamat dilakukan dan pembinaan semula Gaza dimulakan.

Osama berkata, cadangan pelan kedamaian sementara yang ditawarkan Hamas baru-baru ini adalah realistik dan lengkap serta musuh tidak mampu menolaknya, dan ia mencadangkan butiran spesifik berkenaan tahanan perang dan pengunduran tentera Israel dari Semenanjung Gaza yang merupakan sebahagian daripada pelan itu.

Beliau berkata, Hamas masih menunggu respons daripada rejim Israel dan penyokong kuatnya (Amerika Syarikat) dan difahamkan terdapat jurang dan perbezaan dalam kalangan menteri Kabinet rejim itu mengenai cadangan berkenaan.

Pegawai Hamas itu berkata, Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu sedar mengenai kesan tindak balas Gaza ke atas tentera rejim itu dan rejim Israel belum lagi mencapai sebarang matlamat seperti yang diuar-uarkan dalam Perang Gaza.

Beliau berkata, pegawai-pegawai Hamas bertegas untuk mengelak perang di Gaza daripada berterusan dalam perhubungannya dengan pengantara antarabangsa.

Lebih daripada 31,000 rakyat Palestin maut sejak 7 Oktober, apabila rejim Israel melancarkan serangan dan melakukan genosid di Gaza selepas serangan mengejut oleh pejuang Palestin terhadap entiti Israel. - BERNAMA-IRNA

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 bulan yang lalu

Gencatan Senjata Sementara Lebih Banyak Bawa Musibah - Anwar

2

Semasa 6 bulan yang lalu

Malaysia Kekal Teguh Bersama Gaza, Keberanian Sukarelawan Simbol Solidariti - PM

3

Semasa 8 bulan yang lalu

M’sia Negara Tunggal Suarakan Isu Gaza Kepada Trump - PM

4

Semasa 9 bulan yang lalu

Gencatan Senjata Di Gaza Suntik Harapan, Palestin Perlukan Keadilan - PM

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

oleh Sophia Ahmad

Politik 6 jam yang lalu

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Gaji Semasa: Hanya 49 peratus Pekerja Malaysia Berpuas Hati 

oleh Sophia Ahmad

Politik 9 jam yang lalu

Pimpinan PH Melaka Undur Diri Daripada Kerajaan Negeri - Adly

oleh Sophia Ahmad