web statsweb stats

Berita Terkini

3 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Serangan Israel: Lebih 5,795 Maut, 18,000 Cedera Di Tebing Barat, Semenanjung Gaza

Luar Negara Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 Oct 2023 12:35PM

Sekitar 70 peratus mangsa yang terbunuh terdiri daripada kanak-kanak (2,360), wanita (1,292) dan warga emas (295) - gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

RAMALLAH - Lebih 5,795 rakyat Palestin terbunuh manakala 18,000 lagi cedera akibat serangan rejim Israel di Semenanjung Gaza dan Tebing Barat sejak 7 Oktober lalu.

Menurut Kementerian Kesihatan Gaza, sebanyak 5,700 kematian dan 16,000 kecederaan dilaporkan di Semenanjung Gaza manakala seramai 95 orang terbunuh dan 1,836 lagi cedera di Tebing Barat.

Sekitar 70 peratus mangsa yang terbunuh terdiri daripada kanak-kanak (2,360), wanita (1,292) dan warga emas (295), lapor Agensi Berita Palestin WAFA. 

Selain itu, sebanyak 10 daripada 35 hospital di Semenanjung Gaza tidak lagi beroperasi akibat pengeboman atau kehabisan bahan api.

Mereka yang hilang tempat tinggal di Semenanjung Gaza kini dianggarkan berjumlah 1.4 juta.

Sebanyak 250 kes serangan terhadap kakitangan kesihatan, kemudahan kesihatan dan ambulans direkodkan hingga mengakibatkan 42 petugas kesihatan terkorban, lebih 34 cedera dan 50 ambulans rosak.

Sementara itu, 69 serangan terhadap kemudahan kesihatan menyebabkan tujuh daripadanya tidak lagi beroperasi iaitu Hospital Arab Al Ahli, Hospital Beit Hanoun, Hospital Kanak-Kanak Al-Durrah, Pusat Pertolongan Cemas Persatuan Bulan Sabit Merah, Pusat Rehabilitasi Mohammad, Hospital Al-Karama dan Hospital Al-Wafa, selain ancaman pengusiran yang menjejaskan 24 hospital.

Setakat ini, hospital di Semenanjung Gaza menerima 1,450 laporan mengenai mangsa yang masih hilang, termasuk 800 kanak-kanak, dipercayai terperangkap di bawah runtuhan, - BERNAMA-WAFA

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 hari yang lalu

Isu Palestin, Hak Asasi Manusia Dan Kedaulatan Negara: Malaysia Tidak Akan Ambil Pendirian Berkecuali - PM

2

Luar Negara 2 bulan yang lalu

Aktivis Antarabangsa Puji Solidariti Malaysia Terhadap Gaza

3

Semasa 3 bulan yang lalu

Malaysia Gesa Pintu Masjid Al-Aqsa Dibuka Segera - PM

4

Semasa 5 bulan yang lalu

Solidariti Untuk Palestin Terus Menyala, ‘Drive For Gaza 1.0’ Permulaan Untuk Misi Global

Sorotan

1

Buat Aksi ‘Fast & Furious’ Di Jalan Raya, Pemandu Tanpa Lesen Diburu Polis

2

Ekonomi Kebencian: Apabila Perpecahan Menjadi Model Perniagaan

3

Hos Jualan Siaran Langsung Dakwa Jadi Mangsa Buli Siber, Rugi RM70,000

4

Pokok Gergasi Lebih 150 Tahun Tumbang, Warga Emas Nyaris Maut 

5

Keadilan Tidak Wajar Tunduk kepada Kuasa: Karim Khan, ICC Dan Dunia Hari Ini

6

Gara-Gara Memotong Barisan, 2 Lelaki Akhirnya Bertumbuk

Disyorkan untuk anda

Politik 17 jam yang lalu

‘Menang Atau Kalah, Saya Tetap Perdana Menteri’ - Anwar

oleh Sophia Ahmad

Semasa 19 jam yang lalu

Malaysia Tidak Terikat Beri Hak Sama Rata Kepada Pemegang Kad UNHCR - Pakar

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

Khianat Bahan Kempen: Polis Johor Buka 8 Kertas Siasatan 

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PH Lancar Manifesto ‘Johor Untuk Semua’, Sasar 250,000 Pekerjaan Baharu Bergaji Tinggi

oleh Amirah Abu Bakar