web statsweb stats

Berita Terkini

3 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Dunia Kutuk Serangan Udara Israel Ke Atas Hospital Di Gaza

Luar Negara Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 Oct 2023 10:01AM

Sebahagian daripada mayat mangsa yang terkorban dalam serangan udara ke atas Hospital Al-Ahli di Gaza. gambar AFP-Arab News

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

RIYADH: Arab Saudi mengutuk serangan udara oleh tentera Israel ke atas sebuah hospital di Gaza yang mengakibatkan ratusan mangsa terkorban.

Laman web Arab News melaporkan, Kerajaan Arab Saudi mengutuk sekeras-kerasnya serangan udara itu yang mengorbankan kira-kira 500 rakyat Palestin di sebuah hospital yang padat dengan pesakit dan penduduk yang hilang tempat tinggal.

"Arab Saudi menolak sebarang serangan yang melanggar norma dan undang-undang antarabangsa, termasuk undang-undang kemanusiaan antarabangsa," kata Kementerian Luar dalam satu kenyataan.

Sebelum ini, media melaporkan sekurang-kurangnya 500 terkorban, termasuk kanak-kanak, manakala ratusan lagi cedera dalam serangan udara tentera Israel ke atas Hospital Al-Ahli di Gaza.

Selain itu, Kementerian Luar turut mengecam Israel atas serangan berterusan terhadap orang awam walaupun mendapat bantahan daripada masyarakat antarabangsa.

"Perkembangan terbaharu ini memaksa masyarakat antarabangsa untuk menolak amalan dwistandard atau berat sebelah, ketika menguatkuasakan undang-undang kemanusiaan antarabangsa terhadap tentera Israel, setiap kali mereka melakukan serangan atau jenayah.

"Justeru, ia memerlukan satu keputusan yang tegas bagi melindungi nasib orang awam yang tidak berdaya," kata kenyataan itu lagi.

Sementara itu, Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Antonio Guterres menyifatkan serangan ke atas hospital itu sebagai sesuatu yang mengejutkan.

"Hospital dan kakitangan perubatan adalah dilindungi di bawah undang-undang kemanusiaan antarabangsa. Saya turut bersedih bersama keluarga kesemua mangsa," kata Guterres di aplikasi X.

Dalam pada itu, Emiriah Arab Bersatu (UAE) menggesa masyarakat antarabangsa supaya mengambil tindakan segera bagi menghentikan peperangan di Palestin bagi mengelakkan lebih banyak nyawa terkorban.

Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) turut mengutuk serangan berkenaan.

Menerusi hantaran di aplikasi X, Setiausaha Agung OIC, Hissein Taha menganggap ia adalah satu bentuk jenayah perang dan terhadap kemanusiaan. - ARAB NEWS

@getaranmy

Sekurang-kurangnya 500 terkorban dalam serangan udara Israel ke atas Hospital Al-Ahli, Gaza malam semalam.

♬ Very Sad - Enchan

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 hari yang lalu

Isu Palestin, Hak Asasi Manusia Dan Kedaulatan Negara: Malaysia Tidak Akan Ambil Pendirian Berkecuali - PM

2

Luar Negara 1 bulan yang lalu

8 Negara Kecam Menteri Israel Berhubung Layanan Terhadap Tahanan Flotila

3

Luar Negara 2 bulan yang lalu

Aktivis Antarabangsa Puji Solidariti Malaysia Terhadap Gaza

4

Semasa 3 bulan yang lalu

Malaysia Gesa Pintu Masjid Al-Aqsa Dibuka Segera - PM

Sorotan

1

Buat Aksi ‘Fast & Furious’ Di Jalan Raya, Pemandu Tanpa Lesen Diburu Polis

2

Ekonomi Kebencian: Apabila Perpecahan Menjadi Model Perniagaan

3

Hos Jualan Siaran Langsung Dakwa Jadi Mangsa Buli Siber, Rugi RM70,000

4

Pokok Gergasi Lebih 150 Tahun Tumbang, Warga Emas Nyaris Maut 

5

Keadilan Tidak Wajar Tunduk kepada Kuasa: Karim Khan, ICC Dan Dunia Hari Ini

6

Gara-Gara Memotong Barisan, 2 Lelaki Akhirnya Bertumbuk

Disyorkan untuk anda

Politik 18 jam yang lalu

‘Menang Atau Kalah, Saya Tetap Perdana Menteri’ - Anwar

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Kerajaan Tambah RM10 Juta Bantu Pemandu Teksi Tukar Kenderaan Lama

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 20 jam yang lalu

Malaysia Tidak Terikat Beri Hak Sama Rata Kepada Pemegang Kad UNHCR - Pakar

oleh Wartawan Getaran

Politik 1 hari yang lalu

PH Lancar Manifesto ‘Johor Untuk Semua’, Sasar 250,000 Pekerjaan Baharu Bergaji Tinggi

oleh Amirah Abu Bakar