web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Lazada 9.9 Kembali Dengan Tawaran Belanja Tanpa Rasa Bersalah

Kempen mega ini berlangsung dari 8 September hingga 11 September 2025, dengan pelbagai tawaran luar biasa menerusi LazMall dan program ‘Lowest Price Guaranteed’ (LPG)

Gaya Dikemaskini 10 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 09 Sep 2025 2:36PM

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Bagi kebanyakan rakyat Malaysia, membeli-belah bukan sekadar urusan keluar duit. Ia adalah sebahagian daripada gaya hidup moden, serta cara untuk mengekspresikan diri, malah ada yang menganggapnya sebagai terapi ketika stres. 

Sama ada membeli kerana terpengaruh dengan trend terkini, mengejar tawaran hebat atau sekadar mahu memanjakan diri selepas seharian penat bekerja, aktiviti ini memang mendatangkan kepuasan. 

Namun, tidak dinafikan ramai juga yang berdepan perasaan serba salah selepas checkout. Berita baiknya, sempena Lazada 9.9 Mega Brands Sale, pengalaman membeli-belah berubah menjadi lebih bijak, menyeronokkan, dan yang paling penting, bebas rasa bersalah.

Kempen mega ini berlangsung bermula 8 malam tadi hingga 11 September 2025, dengan pelbagai tawaran luar biasa menerusi LazMall dan program Lowest Price Guaranteed (LPG). 

Lebih menarik, promosi pemanas suasana bermula lebih awal iaitu pada 5 hingga semalam bagi memberi peluang pembeli merasai kemeriahan lebih lama.

Salah satu keistimewaan utama Lazada 9.9 ialah jaminan kualiti. Dengan LazMall + LPG, pengguna boleh membeli-belah tanpa risau kerana setiap produk adalah 100 peratus asli, penghantaran terjamin dan pulangan percuma dalam tempoh 30 hari. 

Sama ada serum Lancôme, jam tangan pintar Huawei atau kasut Nike, semua datang dengan keaslian yang dijamin pada harga lebih rendah berbanding butik fizikal.

Bagi pemburu diskaun, Crazy Brand Mega Offers (CBMO) memberikan potongan sehingga 90 peratus berserta baucar tambahan, manakala Brand Mega Offers (BMO) menawarkan sehingga 70 peratus potongan. 

Tidak cukup dengan itu, kempen ini juga memperkenalkan RM19 All Out Deals, di mana lebih 30 jenama popular menawarkan produk bernilai keseluruhan RM90,000 hanya pada harga RM19. Tawaran ini boleh direbut setiap hari pada jam tertentu, jadi siapa cepat, dia dapat.

Selain itu, kempen kali ini turut mengetengahkan senarai ‘Mesti Beli’, iaitu koleksi barangan popular yang sudah terbukti hangat di kalangan rakyat Malaysia. 

Daripada bagasi Samsonite, set penjagaan kulit mewah Lancôme hinggalah peralatan rumah Philips, semua disusun khas untuk memudahkan pengguna membuat pilihan tanpa ragu-ragu.

Bagi yang suka ganjaran berganda, LazCoins adalah tarikan utama. Setiap kali checkout, LazCoins terkumpul dan boleh ditebus untuk diskaun tambahan. Ditambah pula dengan LazMall Surprise Box serendah RM9 bernilai sehingga RM600, atau Brand Box RM99 daripada jenama mewah seperti Habib, Huawei dan Huggies, pengalaman membeli-belah kali ini lebih berbaloi.

Tidak ketinggalan, pelbagai promosi masa terhad seperti Early Bird Vouchers, Happy Hour Deals, LazFlash dan LazSubsidy menanti sepanjang hari. Tip untuk pembeli pintar: gabungkan baucar kedai, baucar penghantaran percuma, baucar platform dan baucar pembayaran untuk penjimatan maksimum.

Pendek kata, Lazada 9.9 Mega Brands Sale bukan sekadar pesta diskaun, tetapi satu peluang untuk rakyat Malaysia membeli dengan lebih yakin, lebih bijak, dan tentunya lebih seronok. 

Jadi, jika anda mahu berbelanja besar tanpa rasa bersalah, inilah masa yang tepat untuk berbuat demikian.

Untuk maklumat lanjut, muat turun aplikasi Lazada atau ikuti #LazadaMY di media sosial. - Getaran, 9 September 2025

Berita Berkaitan

1

Gaya 1 hari yang lalu

Mengapa Budaya Kerja Syarikat Penerbangan Turut Mempengaruhi Pengalaman Penumpang?

2

Gaya 5 hari yang lalu

Ramai Mahu Betulkan Kelopak Mata Demi Cantik, Tidak Sedar Ia Mungkin Petanda Penyakit

3

Gaya 3 minggu yang lalu

Minuman Sedia Diminum Semakin Jadi Sebahagian Rutin Harian

4

Gaya 1 bulan yang lalu

Skin Turnover Protocol, Pendekatan Baharu Untuk Kulit Sihat Dan Menawan

Sorotan

1

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

2

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

3

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

4

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

5

Polis Siasat Kes Lelaki Dipaksa Masuk Dalam Kereta 

6

PRN Negeri Sembilan: Jangan Jadikan Institusi Diraja Bahan Kempen Parti Politik - PM

Disyorkan untuk anda

Gaya 1 hari yang lalu

Mengapa Budaya Kerja Syarikat Penerbangan Turut Mempengaruhi Pengalaman Penumpang?

oleh Rahayu MN