web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Lush Malaysia Buka Cawangan Ke-10 Di Suria KLCC

Lush terus mencipta revolusi kosmetik untuk menyelamatkan planet ini melalui produk dan kempen kelestariannya yang memfokuskan kepada hak manusia, haiwan dan alam sekitar dengan pelancaran kedai terbarunya

Gaya Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 Jan 2024 8:59PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Syarikat kosmetik segar buatan tangan yang diasaskan di Britain, Lush, meluaskan jangkauan produknya di Malaysia menerusi pembukaan kedai kesepuluh di Suria KLCC, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Sejak mula bertapak dalam pasaran Malaysia pada 2018, Lush telah mengukuhkan jenamanya dengan kewujudan sepuluh buah cawangan di Lembah Klang, Johor, Kuantan dan Pulau Pinang. Kini, Lush terus mencipta revolusi kosmetik untuk menyelamatkan planet ini melalui produk dan kempen kelestariannya yang memfokuskan kepada hak manusia, haiwan dan alam sekitar dengan pelancaran kedai terbarunya ini.

Pada masa sama, Lush Malaysia kekal teguh dalam komitmennya terhadap pemuliharaan alam sekitar menerusi inisiatif penanaman terumbu karang. Ia turut dikenali dengan inovasi produk bebas pembungkusan yang berjaya menjimatkan lebih 13,000 tan plastik di seluruh dunia sebagai penzahiran kepada kesungguhan Lush dalam menjayakan agenda kelestarian alam.

Lush berjaya menghindari penggunaan plastik bersamaan dengan berat 76 ekor ikan paus biru menerusi pengenalan produk bebas pembungkusan ('naked products') seperti bom mandi, pepejal syampu, dan ketulan perapi rambut.

Pengarah Lush Malaysia, Dr Harvinder Harchand, berkata, pelanggan boleh merasai sendiri pengalaman membeli produk Lush yang dijual tanpa pembungkusan, yang lebih dikenali sebagai 'naked products'.

"Idea di sebalik produk bebas pembungkusan ini adalah untuk mengurangkan kos yang lazimnya ditanggung kerana pembungkusan, dan ia secara langsung membolehkan produk dihasilkan menggunakan bahan yang lebih baik, sesuai untuk keperluan pelanggan," katanya.

Lush terus mempromosikan tanggungjawab sosial melalui skim Charity Pot dan Bring It Back dalam menjayakan inisiatif mesra alamnya. Bagi tujuan ini, Lush memperuntukkan 100 peratus daripada hasil jualan (selepas ditolak cukai tempatan) krim tangan dan badan Lush, Charity Pot, sebagai geran kepada kumpulan yang memperjuangkan perlindungan haiwan, alam sekitar dan hak asasi manusia.

Geran ini disalurkan untuk membiayai kumpulan-kumpulan kecil pada peringkat akar umbi yang berperanan sebagai pemacu perubahan radikal, dan mengutamakan projek yang bertujuan untuk mencipta perubahan jangka panjang pada peringkat setempat.

Skim Bring It Back menggalakkan pelanggan untuk memulangkan bungkusan dan bekas kosong ke kedai Lush, sekali gus menyumbang kepada pengurangan sisa plastik dan memupuk sistem kitar semula gelung tertutup (closed-loop recycling system).

Menyedari bahawa hanya kira-kira 9-12 peratus plastik dikitar semula di seluruh dunia, skim kitar semula yang mudah ini membolehkan pelanggan Lush di Malaysia yang layak untuk menukar mana-mana barangan yang tersenarai sebagai Qualifying Lush Packaging dengan potongan sebanyak RM3.00 ke atas pembelian di kedai Lush.

Sebagai alternatif, pelanggan boleh membawa lima bekas kosong hitam atau jernih Lush, dan mereka akan diberikan topeng muka segar percuma. Sistem kitar semula gelung tertutup ini membantu Lush untuk mengurangkan sisa plastik yang lazimnya berakhir di tapak pelupusan sampah, dan mengitar semula sepenuhnya bekas polipropilena (PP) hitamnya untuk menghasilkan pembungkusan baharu.

Dr Harvinder menegaskan, Lush percaya bahawa perniagaan perlu beroperasi secara beretika dan semua urus niaga perlu dilakukan dengan adil.

"Pendirian ini dicerminkan menerusi produk kami dan cara kami berniaga. Seperti diketahui ramai, pengguna kini semakin teliti tentang impak produk yang mereka beli. Kami ingin memastikan bahawa apabila pelanggan membeli produk kami, ia bukan sahaja bermanfaat tetapi selari dengan nilai yang mereka pegang. Pelanggan perlu yakin bahawa penghasilan produk Lush dilakukan secara beretika dan selamat - bermula daripada peringkat perolehan bahan mentah sehinggalah apabila ia sampai ke tangan mereka," katanya.

Kakitangan Lush bersedia untuk memberi khidmat nasihat kepada pelanggan di kedai-kedai Lush bagi meningkatkan tahap kesedaran dan pemilihan produk yang lebih baik. Usaha ini akan membantu menghubungkan pelanggan dengan produk yang memenuhi keperluan dan memberikan nilai terbaik untuk wang mereka.

Bagi mengetahui lebih lanjut tentang produk Lush, nilai-nilainya, dan pelbagai inisiatif etika yang dijayakan oleh jenama kosmetik ini, layari https://lush.my/ - Getaran, 25 Januari 2024

Berita Berkaitan

1

Gaya 1 minggu yang lalu

Pos Malaysia, Perhilitan Perkenal Setem Khas Burung Bayan Malaysia

2

Gaya 3 minggu yang lalu

Rumah Kecil, Banyak Fungsi, Kenapa Rakyat Malaysia Kini Cari Perabot Fleksibel

3

Gaya 1 bulan yang lalu

Ulang Tahun Ke-30 IKEA Malaysia: Membina Ruang, Mengukir Kenangan Bersama Rakyat Malaysia

4

Gaya 1 bulan yang lalu

ICE-WATCH Malaysia Perkenal Bewatch Chrono, Jam Tangan Maskulin Untuk Gaya Hidup Moden

Sorotan

1

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

2

Pemandu 4WD Positif Dadah Ditahan, Dikesan Pandu Secara Mengundur Di Lebuh Raya

3

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

4

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

5

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

6

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

Disyorkan untuk anda

Jelajah 15 jam yang lalu

Pasar Bisik Kuala Muda, Tradisi Dagangan Yang Masih 'Berbisik' Di Tengah Arus Moden