web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Adidas Originals Raikan 3 Kasut Klasik Dalam Kempen, '1000 Back' 

Kempen ini adalah penghormatan buat komuniti yang telah menggayakan kasut Gazelle, Samba dan Handball Spezial.

Gaya Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 16 Apr 2024 8:55AM

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Setelah melancarkan platform global dan hala tuju kreatif baharu pada tahun 2023, adidas Originals kini memperkenalkan kempen terbaru mereka. 

Kempen ini diadakan untuk meneroka warisan budaya jenama dengan memberikan penghormatan buat komuniti yang telah menggayakan kasut Gazelle, Samba dan Handball Spezial pada suatu ketika dahulu serta masa ini.

Ketiga-tiga kasut ikonik yang terhasil daripada budaya bola sepak ini pada asalnya rekaannya dicipta untuk digayakan dalam sukan yang berbeza seperti ketika sesi latihan, perlawanan bola sepak dan bola baling. Sejak pelancarannya, setiap rekaan klasik ini didapati mampu memberikan kesan merentas tempat, budaya dan pergerakan.

Penggambaran visual kempen ini dikelola dan diarahkan oleh Vincent Haycock, serta dibintangi oleh Carlisle Aikens iaitu pemain papan selaju profesional yang juga merupakan ahli Skate Team adidas.

Bibit-bibit kehidupan didokumentasikan melalui kisah ‘a thousand originals’, sebuah filem yang dirakam dalam satu sesi ini memaparkan seorang protagonis sedang berjalan di satu lorong. 

Pada masa yang sama, ia menumpukan perhatian kepada masyarakat, komuniti, identiti dan subbudaya yang menjadikan Trefoil adidas sebagai gaya mereka tersendiri.

Sementara itu, satu siri imej pegun diwujudkan bagi memberi penghormatan kepada pelbagai individu serta personaliti yang memakainya pada hari ini. Setiap individu menggayakannya dengan cara yang berbeza sekali gus memahat sejarah baharu bagi ikon yang tidak lapuk dek zaman itu. 

Merakamkan Samba, Handball Spezial dan Gazelle dalam pelbagai lokasi serta konteks, kisah kempen ini berjaya menghidupkan kisah sepasang kasut yang boleh digayakan dengan seribu cara.

Di samping kempen filem dan imej, adidas Originals bersedia untuk meraikan semangat bebayang klasiknya. Pada masa yang sama, masyarakat juga membawa makna baharu buat kasut mereka pada hari ini dengan hab digital khusus yang mempamerkan kandungan yang dihasilkan oleh pengguna. 

Peminat kasut-kasut ini dijemput untuk menghantar gambar mereka dengan menggunakan #Samba #Gazelle dan #Spezial.

Di Malaysia, adidas Originals berkolaborasi dengan pencipta tempatan seperti pemain skateboard dan artis Cik Manggis serta pencipta kandungan digital Gigi Cheoh. 

Cik Manggis adalah ahli kumpulan ikonik sepenuhnya wanita, De Fam, yang melancarkan album sulung mereka hampir satu dekad yang lalu, dan telah mendominasi carta muzik tempatan. 

Cik Manggis juga telah meluaskan bakatnya kepada lakonan, bermain skateboard, dan bola sepak, lebih menunjukkan kepelbagaian dan semangatnya di luar muzik. 

Sementara itu, Gigi Cheoh, dipuji sebagai ‘Ratu Transisi’, adalah calon dalam kategori Pencipta Popular Anugerah TikTok 2023. Cheoh terus memukau rakyat Malaysia dengan kemahiran penyuntingan video yang luar biasa, menarik hati dan menarik perhatian seluruh negara.

Kerjasama ini menyerlahkan komitmen adidas Originals untuk menyokong bakat tempatan yang menjiwai semangat kreativiti dan keperibadian sebenar di samping menyampaikan pendapat serta impaknya dalam komuniti masing-masing. - Getaran, 16 April 2024

Foto : adidas Originals

Berita Berkaitan

1

Gaya 2 hari yang lalu

Ramai Mahu Betulkan Kelopak Mata Demi Cantik, Tidak Sedar Ia Mungkin Petanda Penyakit

2

Gaya 3 minggu yang lalu

Minuman Sedia Diminum Semakin Jadi Sebahagian Rutin Harian

3

Gaya 1 bulan yang lalu

Skin Turnover Protocol, Pendekatan Baharu Untuk Kulit Sihat Dan Menawan

4

Gaya 1 bulan yang lalu

Piala Dunia 2026: Penginapan, Kembara Dan Peluang Mendapatkan Tiket Percuma

Sorotan

1

Syed Saddiq Bebas, Mahkamah Persekutuan Kekal Keputusan Lepas Dan Bebas 

2

PRN Negeri Sembilan: Ada Perbincangan Positif Dengan BN - PAS

3

Misteri Bau Busuk Terbongkar, Mayat Wanita Reput Ditemui Dalam Apartment

4

Pub Popular Terbakar, 27 Maut, Puluhan Cedera Parah 

5

Keputusan Kes Syed Saddiq: Bella Astillah, Keluarga Hadir Di Mahkamah Persekutuan 

6

Menang 8 Kerusi, ADUN PH Sedia Jalankan Tugas Pembangkang Dengan Penuh Integriti - Amirudin