web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Koleksi Denim Marks & Spencer Diperkenalkan di Stor 1 Utama

Koleksi bersempena dengan kehadiran musim bunga ini mementingkan gaya dan keselesaan buat si pemakai

Gaya Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 11 Mar 2024 10:03PM

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Marks & Spencer, peruncit terkemuka Britain, yang dikendalikan oleh Kumpulan Al-Futtaim, kini membuka semula pintu stornya di 1 Utama setelah melalui proses penambaikan untuk beberapa ketika. 

Wajah baharu stor ini menampilkan gaya kontemporari yang menggabungkan estetika moden dan pesona yang mentakrifkan jenama ini sejak turun-temurun. Transformasi ini adalah bukti komitmen jenama ini untuk memberikan pengalaman membeli-belah yang tiada tandingan kepada pelanggan. 

Lebih membanggakan, ia juga mesra keluarga di mana setiap ahli keluarga yang membeli-belah di sini pasti punya sesuatu untuk dibawa pulang. Daripada yang kecil sehinggalah ke golongan dewasa. 

Sebagai meraikan pembukaan semula dan kedatangan musim bunga kali ini, Marks & Spencer memperkenalkan Koleksi Denim Musim Bunga 2024 - Made to Fit serba baharu. 

Koleksi ini direka untuk keselesaan yang sempurna dan luar biasa. Daripada potongan klasik kepada rekaan terkini. Malah, ia juga tidak terhad kepada seluar jeans. Ada pilihan, jaket, skirt, kemeja dan banyak lagi untuk digayakan pada bila-bila masa. 

Sama ada untuk acara makan malam bersama si dia sehinggalah ke acara kasual pada hujung minggu, yakinlah di Marks & Spencer anda akan menemui denim yang dibuat untuk anda.

Jika anda tidak pernah membeli-belah di mana-mana cawangan Marks & Spencer, pasti anda tertanya-tanya sama ada saiz pakaian di sini sesuai untuk rakyat Malaysia atau sebaliknya. 

Jangan risau, anda tidak perlu hantar seluar jeans anda ke kedai lain untuk ubah suai. Pilihan saiz yang tersedia bukan sahaja untuk saiz pinggang, tetapi juga untuk kelabuhannya. 

Antara potongan seluar jeans yang tersedia untuk wanita ialah seluar berpotongan lurus, kargo, kaki lebar, dan bootcut. Jadi pilihlah yang berkenan di hati, dan juga terlihat sempurna di mata anda. Selain itu, jangan abaikan keselesaan dan gaya. 

Jika seluar jeans bukan pilihan hati, cubalah bergaya dengan skirt, kemeja atau blazer denim. Jangan takut untuk bereksperimen dalam berfesyen. 

Untuk golongan lelaki, cari seluar jeans denim pilihan daripada koleksi 360 Flex Denim dan Stretch Denim Collections. Kedua-dua koleksi ini direka untuk memberikan keselesaan dan fleksibiliti yang terbaik.  360 Flex Denim ialah seluar jeans super regangan yang tersedia untuk pilihan iaitu slim dan straight fit. Teknologi gentian inovatif yang digunakan membolehkan seluar ini cukup selesa digayakan untuk kegunaan harian. 

Tidak dilupakan untuk golongan si cilik yang sentiasa dekat di hati. Pakaian denim untuk kanak-kanak dihasilkan daripada fabrik berkualiti tinggi, rekaan terkini dan tak lapuk dek zaman serta memberi keselesaan luar biasa untuk digayakan oleh kanak-kanak yang sentiasa aktif. 

Antara ciri yang menonjol ialah sulaman, ombre dan perincian yang rumit. Musim ini dapatkan sesuatu yang berpotongan ringkas dan menyerap peluh untuk digayakan. 

Dengan pelbagai pilihan yang menanti, tidak mustahil ada yang akan berdepan dengan kesukaran untuk membuat pilihan. Jadi, jangan tergesa-gesa. Take a break! dan bawa diri seketika ke kafe Marks & Spencer serba baharu. Hilangkan dahaga dengan pilihan minuman kopi atau teh pilihan dan mungkin juga mahu jamu selera dengan pelbagai pilihan pastri dan snek ringan.

Dengan ruang tempat duduk yang selesa, bolehlah anda berfikir dengan baik. Sambil berfikir dan menjamu selera, ambil kesempatan perhatikan rak rangkaian makanan Eat Well yang terletak berhampiran. 

Mana tahu ada yang berkenan di hati.  Rangkaian Eat Well ini menyediakan pilihan makanan berkhasiat dan lazat, termasuk item sarapan seperti High Protein Choco Crunch, Strawberry and Cherry Special Flakes, sup menyelerakan, sayur-sayuran sejuk beku, dan pilihan buah-buahan.

Selamat membeli-belah! - Getaran, 11 Mac 2024

Foto : Marks & Spencer

Berita Berkaitan

1

Gaya 1 hari yang lalu

Dari Ladang Ke Jalanan, Levi’s® Bawa Misi Sky High Farm Goods

2

Gaya 3 hari yang lalu

Gen Z Mampu Bercuti Di Hotel Mewah? Kajian Marriott Dedah Realiti Yang Ramai Tak Sedar

3

Gaya 6 hari yang lalu

Mengapa Budaya Kerja Syarikat Penerbangan Turut Mempengaruhi Pengalaman Penumpang?

4

Gaya 1 minggu yang lalu

Ramai Mahu Betulkan Kelopak Mata Demi Cantik, Tidak Sedar Ia Mungkin Petanda Penyakit

Sorotan

1

Diperdaya Pelaburan Palsu, Pengarah Syarikat Rugi RM10 Juta

2

PRN Negeri Sembilan: Kerjasama PN & BN Jadi PBN - Hamzah

3

Lesen Di Malaysia Batal, Network School Pindah Ke Kazakhstan

4

Zahid Nafi Dakwaan Pertemuan BN-PN-GPS-GRS, Tegaskan Komitmen Kepada Kerajaan Perpaduan

5

Tadbir Urus Yang Baik, Kestabilan Politik Asas Kemakmuran Negara - Sultan Nazrin 

6

Terima Rasuah RM500, Ketua Balai Digantung Tugas 

Disyorkan untuk anda

Gaya 1 hari yang lalu

Dari Ladang Ke Jalanan, Levi’s® Bawa Misi Sky High Farm Goods

oleh Rahayu MN