Berita Terkini

2 minggu yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 3 minggu yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 3 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Grand Hyatt Kuala Lumpur Lancar Edisi Kedua #DinewithChef

Menggabungkan pelbagai hidangan dari seluruh dunia, pesta makanan ini berlangsung selama sebulan.

Selera Dikemaskini 2 minggu yang lalu ยท Diterbitkan pada 29 Apr 2024 9:11AM

Siri #DinewithChef 2024 menyaksikan Ketua Chef dari Grand Hyatt Kuala Lumpur, Park Hyatt Kuala Lumpur, dan Hyatt Centric City Centre Kuala Lumpur bekerjasama dengan chef-chef tempatan dan antarabangsa bagi menyajikan pelbagai hidangan istimewa di Grand Hyatt Kuala Lumpur.

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Rentetan kejayaan siri # DinewithChef pada tahun lalu, Grand Hyatt Kuala Lumpur tahun ini sekali lagi membawakan siri kedua acara itu kepada pencinta makanan. 

Pesta makanan tempatan dan antarabangsa tahunan ini akan berlangsung sepanjang Mei, menjanjikan pelbagai hidangan istimewa daripada chef-chef tempatan dan antarabangsa.

Masih membawa misi yang sama, #DinewithChef diadakan bagi menghimpunkan pencinta serta penggemar makanan dan pakar kulinari kreatif sebagai menghargai seni penyajian makanan.

Tahun ini, Ketua Chef dari Grand Hyatt Kuala Lumpur, Park Hyatt Kuala Lumpur, dan Hyatt Centric City Centre Kuala Lumpur akan bekerjasama dengan pakar kulinari dari Indonesia, Poland, Jepun dan Malaysia untuk menjayakan pesta eksplorasi kulinari yang menakjubkan dan belum pernah disaksikan sebelum ini. 

Siri #DinewithChef 2024 akan mempamerkan pelbagai ruang berbeza di sekitar hotel tersebut, termasuklah restoran THIRTY8 dan JPteres yang terkenal, restoran separa terbuka POOLHOUSE, dan dewan acara yang baru dibuka di Level 5 Grand Hyatt Kuala Lumpur.

Di sepanjang bulan Mei, #DinewithChef akan menampilkan kemeriahan kolaborasi gastronomi antara ketua chef dan chef jemputan bagi menjayakan pelbagai acara yang telah disusun khas di hotel itu bermula dari 9 Mei 2024.

Barisan Cef Pilihan

Barisan chef untuk siri #DinewithChef 2024 bakal diketuai oleh Chef Eksekutif Grand Hyatt Kuala Lumpur, Chef Grzegorz Odolak, yang juga dikenali sebagai Chef Greg, seorang chef veteran Hyatt dengan pengalaman profesional lebih dari dua dekad dalam dunia kulinari.

Chef Greg memulakan kerjaya di tanah airnya di Poland, beliau berjaya mencipta namanya yang tersendiri di beberapa hotel Hyatt di seluruh dunia, termasuk Hyatt Regency Warsaw di Poland, Hyatt Regency Dubai, Grand Hyatt Doha Hotel & Villas, dan Park Hyatt Chennai.

Berpegang teguh kepada prinsip Hyatt "Food Thoughtfully Sourced, Carefully Served", Chef Greg sentiasa berusaha untuk mencapai kecemerlangan kulinari dan kelestarian, melalui kerjasama dengan pembekal tempatan yang mementingkan alam sekitar seperti Cultiveat untuk menjadikan Grand Hyatt Kuala Lumpur sebagai sebuah hab kreativiti dan kelestarian.

“Sebagai penggemar makanan dan pakar kulinari kreatif, kami sentiasa mencari cara baharu untuk berkongsi ilmu pengetahuan dan pengalaman yang telah kami pelajari dengan tetamu dan rakan kami.

“Siri #DinewithChef 2024 menjadi wadah untuk kami mempamerkan kehebatan dan kepelbagaian pasukan chef yang dihimpunkan oleh Hyatt di Kuala Lumpur, sebagai tanda penghormatan kami kepada sebuah bandar raya yang dinamik, serba moden dan penuh dengan pengembaraan gastronomi.

“Setiap seorang daripada kami akan membawakan perspektif berbeza terhadap makanan dan pengalaman menjamu selera, serta memberi peluang kepada tetamu untuk menikmati rasa yang serba baharu di samping meluaskan lagi perspektif mereka,” katanya.

Acara tahun ini turut mengetengahkan Chef Eksekutif, Stig Drageide dan Chef Pastri Eksekutif, Holger Deh yang telah mengatur menu eksklusif bagi membolehkan tetamu mendapat gambaran awal tentang hidangan istimewa yang akan bakal disajikan apabila mereka menerajui Park Hyatt Kuala Lumpur yang akan dibuka tidak lama lagi.

Chef Stig berasal dari Norway dan pernah berkhidmat di beberapa restoran terkemuka di sepanjang kerjayanya termasuk Bagatelle di Oslo, satu-satunya restoran di Norway yang dianugerahkan dengan dua bintang Michelin sehingga 2012, Hotel Hyatt di seluruh dunia, dan Hotel Continental di Norway.

Chef Holger ialah chef pastri terkemuka antarabangsa yang berasal dari Jerman. Beliau mempunyai pengikut setia dan kepakaran kulinari yang telah membawanya dalam perjalanan yang mengagumkan, dari restoran terkemuka seperti Rosewood Hong Kong, dan The Datai Langkawi, hingga ke restoran Haerlin di Raffles Hotel Vier Jahreszeiten Hamburg, yang berjaya menerima bintang Michelin dalam tempoh dua tahun.

Turut menyertai barisan cef-cef terkemuka itu tadi ialah Chef Eksekutif Hyatt Centric City Centre Kuala Lumpur, Chef Vincenzo Carbone, atau lebih dikenali dengan panggilan mesra Chef Enzo.

Chef Enzo membawakan lebih dari 30 tahun pengalaman berkhidmat di restoran dan hotel di seluruh dunia termasuk Itali, Switzerland, Oman, UK, Korea Selatan, China, Jepun, Singapura, Hong Kong, Turki, dan New Zealand.

Beliau memulakan kerjayanya di Circolo Della Stampa di Naples di mana beliau mula membina pendekatannya unik terhadap masakan Itali, yang kemudiannya dapat dilihat menerusi restorannya  iaitu CAPO (Shanghai), Mamma mia! (Shanghai, Guangzhou, Wuxi and Suzhou), 208 Duecento Otto (Hong Kong) dan PiPa (Istanbul).

Pada tahun 2022, Chef Enzo telah dilantik sebagai Chef Eksekutif Pakar untuk rantau Asia Pasifik. Sebagai sebahagian daripada siri #DinewithChef 2024, beliau berjanji untuk mempersembahkan cita rasa Hyatt Centric City Centre Kuala Lumpur apabila ia dibuka di bandar raya itu nanti.

Dengan profil menggagumkan daripada barisan chef ini, pasti ada yang tertanya-tanya mengenai jadual acara ini bukan? Berikut antara sorotan acara yang telah dijadualkan:

9 – 11 Mei : THIRTY8

Acara #DinewithChef akan dimulakan secara rasmi oleh Cef Greg berganding bahu dengan dua cef terkenal dari tanah airnya sendiri, iaitu Cef Marcin Budunek dan Cef Mariusz Olechno dari Poland.

Dengan kerjasama Kedutaan Poland di KL, ketiga-tiga cef itu akan menyajikan hidangan à la carte yang berteraskan warisan kulinari Poland dan ‘Semangat Poland’ dengan teknik kontemporari.

12 Mei : THIRTY8

Grand Hyatt Kuala Lumpur akan menganjurkan Mother’s Day Brunch pada harga RM198 seorang dalam satu pameran kulinari eksklusif oleh Chef Greg, Chef Stig, Chef Holger, Chef Enzo dan chef-chef dari Grand Hyatt Kuala Lumpur serta Chef Pande dari Andaz Bali.

13 – 17 Mei : JPteres

Grand Hyatt Kuala Lumpur akan bekerjasama dengan Chef Pande Cipta dari Andaz Bali bagi menawarkan menu bufet makan tengah hari berinspirasikan Indonesia pada harga RM128 seorang, berserta dengan jenama Teh Asli Thai, ChaTraMue dan pilihan minuman yang diadun khas sebagai pelengkap kepada bufet tersebut.

18 – 19 Mei : THIRTY8

Menyajikan menu minum petang yang enak pada harga RM148 seorang dari 12:00 tengah hari hingga 5:00 petang. Chef Stig dan Chef Holger akan mengambil alih THIRTY8 bagi menjamu para tetamu dengan versi hidangan savuri dan manis klasik yang eksklusif. Tetamu juga boleh menikmati resepi hidangan Nordic dan pencuci mulut istimewa!

23 - 25 Mei : THIRTY8

Tetamu #DinewithChef akan disajikan dengan hidangan eksklusif khusus untuk Hyatt Centric City Centre Kuala Lumpur apabila ia diterajui oleh Chef Enzo dari Napoli nanti, menampilkan pelbagai hidangan Itali dari antipasti, pasta segar, hidangan utama dan pencuci mulut hinggalah kepada snek bar yang disusun khas.

1 - 30 Mei : POOLHOUSE dan JPteres

Chef Ramu dan Chef Izmin dari Grand Hyatt Kuala Lumpur akan menyajikan hidangan terkenal mereka daripada dapur masing-masing di Weekday Malaysian Buffet Lunch di JPteres pada harga RM128 seorang dan Weekend A La Minute BBQ di POOLHOUSE pada harga RM178 seorang.

Untuk mendapatkan maklumat lengkap mengenai #DinewithChef, sila layari laman sesawang  atau ikuti Grand Hyatt Kuala Lumpur di Facebook atau Instagram. Untuk tempahan dan pertanyaan, sila e-mel kepada [email protected]. - Getaran, 29 April 2024

Foto : Grand Hyatt Kuala Lumpur

Sorotan

1

Bakal Jemaah Terkandas, Kerajaan Dan TH Cari Penyelesaian Terbaik

2

Arab Saudi Nasihat Umat Islam Tidak Terpedaya Iklan Haji Palsu Di Media Sosial

3

Terengganu Langkah Kanan, Syafiq Ahmad Jaring Gol Terpantas Di Selayang

4

25 Tahun PKR: Hayati Perjuangan, Jangan Alpa Kuasa Dimiliki - Anwar

5

PRK KKB: Warga Emas Sanggup Tempuh 200 KM Untuk Mengundi

6

AJK Masjid Arah Terbalikkan Baju Sudah Beri Penjelasan Dan Mohon Maaf - Exco

Disyorkan untuk anda

Teknovasi 1 hari yang lalu

GSC Umum Perancangan Baharu, Mahu Pelanggan Nikmati Pengalaman Indah

oleh Wartawan Gaya Hidup Getaran