Berita Terkini

3 minggu yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 3 minggu yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 3 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Aplikasi Yang Patut Dimuat Turun Apabila Bercuti Ke 5 Negara dan Kota Popular Berikut

Setelah menyusun rencana percutian, sebaiknya anda memuat turun aplikasi yang boleh memastikan pengembaraan berjalan lancar dan menyeronokkan.

Jelajah Dikemaskini 2 minggu yang lalu · Diterbitkan pada 29 Apr 2024 12:51PM

Ada pelbagai aplikasi tempatan yang boleh memudahkan pengembaraan luar negara anda. - gambar hiasan

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Pengembaraan ke luar negara kadang-kala boleh menjadi malapetaka yang tidak terduga jika gagal dalam membuat perancangan.

Tersesat, ditipu atau diragut adalah perkara yang sangat-sangat ditakuti, lebih-lebih lagi jika itu adalah pengembaraan solo.

Dek kerana itulah, anda harus bijak membawa diri dalam dunia tanya sepadan ini. Dengan segala maklumat di hujung jari, pastikan anda buat persediaan yang betul.

Salah satu caranya ialah muat turun aplikasi yang boleh membantu merancang perjalanan dari satu tempat ke satu tempat yang lain.

Berikut adalah beberapa aplikasi yang boleh dimuat turun apabila anda bercuti ke lima buah negara terbabit.

1. Naver Map – Korea Selatan

Jika ke Korea Selatan, tidak disarankan menggunakan Google Maps untuk mencari jalan kerana ia tidak tepat dan tidak digunakan oleh rakyat tempatan.

Pelancong biasanya akan menggunakan Naver Map untuk perjalanan ketika menggunakan kendaraan umum, kendaraan peribadi, mahupun berjalan kaki.

Dengan aplikasi ini, anda boleh mendapat panduan perjalanan yang lengkap, daripada penggunaan pengangkutan awam, pemanduan kereta sehinggalah waktu yang perlu ditempuh dan jumlah perbelanjaan yang perlu dikeluarkan untuk sampai ke destinasi.

Bagaimanapun, anda dinasihatkan supaya memastikan alamat tempat yang hendak dituju adalah tepat dan ada juga sesetengahnya memerlukan alamat dalam bahasa Korea. Jadi sentiasa semak silang dengan laman web rasmi, dan ‘copy paste’ alamat tertera ke aplikasi Naver Map.

2. Visit Dubai – Dubai, Emiriah Arab Bersatu

Sebelum perjalanan anda, muat turun Visit Dubai, aplikasi rasmi yang disediakan oleh Dubai Tourism. Rakan perjalanan yang berguna ini menyusun ratusan tarikan, restoran, hotel dan pengalaman untuk membantu anda merancang percutian terbaik.

Cari jadual perjalanan dan cadangan yang disesuaikan, pelajari tentang adat dan sejarah tempatan, terokai sorotan budaya dan dapatkan petua tentang cara memanfaatkan masa anda sepenuhnya di bandar.

Ia juga menyediakan peta yang boleh dimuat turun untuk digunakan di luar talian. Aplikasi Visit Dubai kini tersedia dalam bahasa Inggeris, Arab, Mandarin, Jerman, Perancis dan Rusia.

Untuk menggunakan perkhidmatan e-hailing, lebih baik muat turun aplikasi Careem. Aplikasi ini menawarkan pelbagai pilihan daripada teksi standard kepada pengangkutan yang lebih khusus, apabila diperlukan.

Careem menghubungkan anda dengan pemandu terdekat, yang akan menjemput anda dan menghantar anda ke destinasi yang telah ditetapkan. Terdapat banyak ciri lain yang sangat berguna untuk dimanfaatkan juga, seperti tempahan makanan dari restoran popular.

Bahkan, anda juga boleh menempah basikal untuk melihat bandar dari perspektif lain menggunakan aplikasi Careem BIKE. Pelawat boleh mendaftar dengan mudah untuk pas jangka pendek dan membuka kunci akses kepada beratus-ratus unit basikal yang ditempatkan di banyak kawasan, termasuklah Downtown Dubai.

3. Japan Travel - Jepun

Ini adalah aplikasi yang dicipta oleh Navitime. Ia adalah aplikasi navigasi pengangkutan yang menunjukkan kepada anda cara terbaik untuk pergi dari titik A ke titik B menggunakan pilihan pengangkutan yang berbeza.

Pengangkutan di Jepun benar-benar teratur dan mudah, tetapi ia mungkin sukar difahami bagi mereka yang tidak biasa dengannya. Contoh terbaik adalah ketika anda berada di Shinjuku Stesen. Laluan yang berselirat mampu membuatkan anda stres dan hilang arah dengan mudah.

Dengan menggunakan Japan Travel, anda akan dapat mengembara di sekitar Jepun seolah-olah anda adalah orang tempatan. Selain daripada menjadi aplikasi navigasi pengangkutan, ia juga menawarkan peta, pencari laluan, panduan perjalanan dan juga perancang perjalanan.

Untuk pengembara muslim, boleh juga muat turun aplikasi Halal Gourmet Japan. Ini adalah aplikasi yang mengkhususkan panduan untuk mencari restoran yang menyajikan makanan halal.

Walaupun bilangan restoran halal semakin bertambah, tetapi tidaklah begitu mudah mencarinya tanpa sebarang panduan. Setakat ini, hampir 1,000 restoran didaftarkan dalam aplikasi ini.

4. Aplikasi Citymapper London, England

Menavigasi bandar yang sibuk seperti London boleh menjadi menakutkan, terutamanya untuk pelawat kali pertama. Jadi, jangan teragak-agak memuat turun aplikasi Citymapper London.

Aplikasi yang juga dikenali sebagai aplikasi Citymapper ini ialah alat navigasi mesti ada untuk meneroka London. Ia menawarkan pengalaman perjalanan bersepadu dengan menggabungkan berbilang pilihan pengangkutan, pemasaan langsung dan cadangan laluan. Aplikasi ini juga mempunyai ciri aplikasi bas London.

Antara kelebihan Citymapper London ialah ia menjimatkan perjalanan untuk kegunaan luar talian, memaparkan pilihan pengangkutan dengan pemasaan langsung antara titik A ke titik B, anggaran masa yang diperlukan untuk kaedah pengangkutan yang berbeza, bahkan ia turut mengira kalori yang dibakar semasa berjalan.

5. Paris Travel Guide, Perancis

Perkara terbaik tentang Paris Travel Guide ialah ia memiliki pelbagai ciri yang berguna. Pada peringkat paling asas, anda boleh mencari lokasi anda pada peta mesra pengguna, mengenal pasti tarikan berdekatan seperti restoran atau monumen dan menavigasi ke pelbagai tarikan.

Bagaimanapun, perkara yang benar-benar menjadikannya unik ialah ia boleh diperibadikan mengikut kehendak pengguna, di mana ia membolehkan anda membuat senarai sendiri seperti ‘restoran kegemaran’, ‘muzium terbaik’ atau ‘jalan kegemaran’.

Anda boleh menyimpan lokasi pada senarai ini, dan menambah nota anda sendiri tentang setiap satu, membolehkan anda merakam cerita digital ketika berada di Paris.

Apabila anda melihat lokasi, aplikasi ini turut menyediakan pecahan maklumat yang berguna, termasuklah artikel Wikipedia, foto tarikan popular dan senarai penginapan berdekatan dengan pilihan untuk menyemak ketersediaan bilik.

Moga panduan ini membantu anda merancang sebuah pengembaraan yang menyeronokkan! – Getaran, 29 April 2024

Sorotan

1

Bakal Jemaah Terkandas, Kerajaan Dan TH Cari Penyelesaian Terbaik

2

Arab Saudi Nasihat Umat Islam Tidak Terpedaya Iklan Haji Palsu Di Media Sosial

3

Terengganu Langkah Kanan, Syafiq Ahmad Jaring Gol Terpantas Di Selayang

4

25 Tahun PKR: Hayati Perjuangan, Jangan Alpa Kuasa Dimiliki - Anwar

5

PRK KKB: Warga Emas Sanggup Tempuh 200 KM Untuk Mengundi

6

AJK Masjid Arah Terbalikkan Baju Sudah Beri Penjelasan Dan Mohon Maaf - Exco

Disyorkan untuk anda

Teknovasi 1 hari yang lalu

GSC Umum Perancangan Baharu, Mahu Pelanggan Nikmati Pengalaman Indah

oleh Wartawan Gaya Hidup Getaran

Refleksi 3 jam yang lalu

Jenama Kasut Larrie Sumbang RM68,000 Ubah SMK Sungai Choh Jadi Ceria Berwarna-Warni

Landskap mural yang menghiasai dinding-dinding sekolah ini adalah komitmen kemasyarakatan yang julung-julung kali diadakan oleh Larrie Corporation Sdn Bhd

oleh Rahayu MN