web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Tiada Lagi Koleksi Raya Dari Rizman Ruzaini Selepas Ini, Mahu Tumpu Pasaran Antarabangsa 

Sempena tahun terakhir, RR by Rizman Ruzaini menyediakan hampir 200 rekaan terbaru untuk meraikan Syawal 2024

Gaya Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 Mar 2024 9:05PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Pereka fesyen duo terkenal negara, Rizman Ruzaini memberitahu bahawa tahun ini merupakan tahun terakhir mereka mengeluarkan koleksi raya di bawah label RR.

Menurut Rizman, selama empat tahun mengeluarkan koleksi raya RR, mereka mendapat sambutan yang luar biasa daripada rakyat Malaysia. 

Rizman Ruzaini
Rizman Ruzaini

Namun sejak keduanya terlibat dengan Minggu Fesyen Dubai tahun lalu, terdapat banyak permintaan daripada pasaran antarabangsa yang mahukan rekaan mereka. 

"Sesuatu yang baik menanti kami di luar negara. Untuk fokus dengan pasaran antarabangsa, kami terpaksa menghentikan pengeluaran koleksi raya RR. 

"Matlamat kami adalah untuk mengharumkan nama Malaysia di peringkat antarabangsa. Apabila orang bercakap tentang Malaysia, mereka bukan hanya tahu kewujudan Menara Berkembar Petronas KLCC, tetapi mereka juga tahu ada jenama fesyen Rizman Ruzaini. 

"Untuk capai matlamat ini, kami harus berkorban. Tak boleh nak fokus kedua-duanya serentak," katanya kepada Getaran.

Melihatkan fenomena fesyen raya Rizman Ruzaini yang sudah sinonim dengan rakyat Malaysia setiap kali menjelang Syawal, pasti ramai peminat mereka yang sedih dengan keputusan ini. 

Kata Ruzaini, dia juga berkali-kali memikirkan tentang keputusan untuk menghentikan pengeluaran koleksi raya RR. 

"Sebenarnya dalam sebulan dua ini saya asyik termenung jugalah bila Rizman beritahu saya tahun ini adalah tahun terakhir kami keluarkan koleksi raya RR.

"Banyak kenangan kami bersama koleksi RR raya terutamanya sewaktu zaman pandemik yang lalu.

"Apa yang menarik perhatian kami untuk ke luar negara disebabkan ada permintaan di sana. Bukan bermaksud di sini tiada permintaan. Kami masih akan beroperasi di sini," jelasnya. 

Sejak supermodel terkenal dunia, Naomi Campbell dilihat beberapa kali memakai busana rekaan mereka, ramai selebriti terkenal antarabangsa sudah mula mengintai untuk menyarung busana Rizman Ruzaini termasuklah dari Hollywood dan Bollywood. 

"Kalau nak fikirkan soal keuntungan, boleh sahaja kami teruskan koleksi raya RR kerana tidak dinafikan setiap kali tampil dengan koleksi raya, keuntungan yang kami terima mencecah jutaan ringgit.

"Seperti yang kami katakan, matlamat kami adalah ingin mengharumkan nama Malaysia dan letak nama Malaysia dalam peta fesyen dunia.

"Impak yang diberikan oleh Naomi Campbell sangat besar. Kami adalah pereka fesyen di Asia Tenggara yang pertama yang beliau bersetuju untuk bekerjasama. Beliau seorang yang sangat memilih, tidak mudah untuk dia bersetuju untuk bekerjasama dengan pereka fesyen yang tidak dikenali. Ini adalah apa yang diberitahu oleh orang luar kepada kami," ujarnya. 

Bagi menghargai peminat dan pelanggan setia mereka sempena musim perayaan tahun ini, Rizman Ruzaini telah menyediakan hampir 200 rekaan terbaru merangkumi baju kurung, baju melayu, hijab, beg, baju kanak-kanak dan minyak wangi.

Tahun ini jenama ini berkampung di Rumah Tangsi Kuala Lumpur selama sebulan untuk pelanggan kami beli-belah di sini. Di sini anda boleh dapatkan semua koleksi terbaru di bawah label RR untuk digayakan sempena Aidilfitri tahun ini.

Eksklusif sepanjang 30 hari 'Rumah Raya' Rizman Ruzaini berlangsung, mereka menawarkan promosi istimewa kepada pemegang kad Malayan Banking Berhad (Maybank) yang berbelanja di sana.

Untuk pemegang kad kredit Maybank yang berbelanja RM500 dan ke atas layak menerima diskaun sebanyak 20% manakala pemegang kad debit Maybank dengan pembelian RM300 dan ke atas berpeluang menikmati diskaun sebanyak 10%. 

Koleksi Raya RR 2024 yang dilancarkan sejak 1 Mac lalu boleh diperolehi dengan harga serendah RM59. Juga boleh dibeli menerusi dalam talian di laman sesawang www.rrbyrizmanruzaini.com.  - Getaran, 18 Mac 2024

Foto : PR Team 

Berita Berkaitan

1

Gaya 15 jam yang lalu

Gen Z Mampu Bercuti Di Hotel Mewah? Kajian Marriott Dedah Realiti Yang Ramai Tak Sedar

2

Gaya 3 hari yang lalu

Mengapa Budaya Kerja Syarikat Penerbangan Turut Mempengaruhi Pengalaman Penumpang?

3

Gaya 1 minggu yang lalu

Ramai Mahu Betulkan Kelopak Mata Demi Cantik, Tidak Sedar Ia Mungkin Petanda Penyakit

4

Gaya 4 minggu yang lalu

Minuman Sedia Diminum Semakin Jadi Sebahagian Rutin Harian

Sorotan

1

Syed Saddiq Tamatkan Larian Kesyukuran Amal Sejauh Hampir 170 Km, Kutipan Dana Lepasi Sasaran

2

Lelaki, Wanita Ditahan, Disyaki Berkhalwat Dalam Bilik Hotel

3

Ribut Di Lembah Klang Ragut 1 Nyawa, Banjir Kilat Landa Petaling Jaya

4

PRN Negeri Sembilan: Kemenangan Di Johor Tidak Boleh Dijadikan Penentu Kejayaan BN - Johari 

5

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

6

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

Disyorkan untuk anda

Gaya 15 jam yang lalu

Gen Z Mampu Bercuti Di Hotel Mewah? Kajian Marriott Dedah Realiti Yang Ramai Tak Sedar

oleh Rahayu MN