web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


SKS Airways Rancakkan Industri Pelancongan Pulau Tioman, Pulau Redang

Ekonomi Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 Jun 2022 8:04PM

SKS Airways akan menambah penerbangan pergi dan balik kepada dua kali sehari bagi mempermudahkan orang ramai berkunjung ke Pulau Tioman dan Redang. - Gambar dari Facebook SKS Airways

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Industri pelancongan Pulau Redang dan Pulau Tioman bertambah rancak dengan penyediaan perkhidmatan penerbangan terus dari Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang ke dua destinasi berkenaan, menerusi kerjasama antara kerajaan negeri terbabit dengan syarikat penerbangan, SKS Airways.

Pengarah SKS Airways, Datuk Rohman Ahmad berkata, pihaknya berbangga apabila usaha melancarkan perkhidmatan penerbangan komersial berjadual ke Pulau Redang, Terengganu dan Pulau Tioman, Pahang sejak 31 Januari serta 1 Mei lalu itu, turut membantu menggalakkan lagi industri pelancongan domestik negara.  

Menurut beliau, sambutan diterima untuk perkhidmatan penerbangan SKS Airways itu bukan sahaja dalam kalangan rakyat negara ini, tetapi juga menarik minat pelancong asing ke Malaysia, seterusnya bercuti ke Pulau Redang dan Pulau Tioman berikutan pembukaan sekatan perjalanan antarabangsa.  

“Perkembangan positif ini diharapkan berterusan. Selaras dengan itu, beberapa penambahbaikan juga dilaksanakan pada masa hadapan.

“Ini termasuk melancarkan modul ‘flight + hotel booking’ dan pakej percutian SKS Airways ke Pulau Redang dan Pulau Tioman.

“Pihak kami mengalu-alukan kerjasama dengan industri terlibat seperti hotel, resort, agensi,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

 

? Twice-Daily Direct Flights Subang to Redang and Tioman Island commencing 1 July 2022! By popular demand, our flights...

Posted by SKS Airways on Monday, June 20, 2022

Sehubungan itu, Rohman berkata, pihaknya akan menambah penerbangan pergi dan balik kepada dua kali sehari bagi mempermudahkan orang ramai berkunjung ke Pulau Tioman dan Pulau Redang.

“Dari Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang ke Pulau Redang, sekarang ini sudah ada penerbangan pada pukul 8.30 pagi dan 1.10 tengah hari, manakala dari Pulau Redang ke Subang, kita sediakan waktu pada jam 10.30 pagi dan 3.10 petang.

“Jam 9 pagi dan 12.40 tengah hari adalah waktu berlepas dari Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang ke Pulau Tioman, manakala dari pulau tersebut kita sediakan tiket pada jam 10.50 pagi dan 2.30 petang,” katanya.

Beliau berkata, dengan menggunakan pesawat 19-penumpang, DHC6-300 Twin Otter yang terbang dengan purata ketinggian 10,000 kaki, SKS Airways menawarkan pengalaman percutian pulau di mana penumpang dapat menikmati pemandangan luar yang menarik dari dalam pesawat sepanjang perjalanan.  

“Untuk perkembangan terkini dan maklumat promosi; layari www.sksairways.com atau ikuti media sosial SKS Airways di Twitter (twitter.com/sksairways), Facebook (facebook.com/sksairways), Instagram (@sksairways) dan LinkedIn (SKS Airways),” katanya. - Getaran, 21 Jun 2022.

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 tahun yang lalu

Demi Kebaikan Kesihatan Kendiri, KKM Sasar Saring 559 Penduduk Pulau Tioman

2

Jelajah 4 tahun yang lalu

3 Hari 2 Malam di Kampung Paya, Tioman

3

Jelajah 4 tahun yang lalu

"Hanya 45 Minit Dari Subang, Jom Ke Pulau Pangkor" - Saarani

4

Jelajah 4 tahun yang lalu

Terbang Dari Subang ke 3 Pulau Peranginan Popular

Sorotan

1

Jurujual Mengaku Salah Tetak Penunggang Motosikal Di Lebuh Raya Persekutuan

2

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

3

Rombakan Barisan Pemimpin PN: Azmin Ali, Radzi Jidin Gugur Daripada Senarai 

4

CEO Perbadanan Stadium Malaysia Didakwa Minta, Terima Rasuah RM1.45 Juta

5

PRN Johor: Calon Dipilih Berdasarkan Khidmat Terbaik - Onn Hafiz 

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia