Berita Terkini

14 jam yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 5 hari yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok. 1 minggu yang lalu: Koc wanita bagi MRT laluan Putrajaya akan dilaksanakan bermula Isnin ini - Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail 2 minggu yang lalu: Pengerusi Spanco Sdn Bhd, Tan Sri Robert Tan Hua Choon mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menipu hingga mendorong MOF menganugerahkan kontrak urus kenderaan kerajaan bernilai RM3.9b, pada 2019

IKUTI KAMI


3 Hari 2 Malam di Kampung Paya, Tioman

Sebelum memulakan perjalanan, elok anda intai dulu pengangkutan dan penginapan yang ada untuk ke pulau percutian kebanggaan rakyat Pahang ini.

Jelajah Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 Apr 2022 8:15AM

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Ketika ramai yang merencana percutian ke luar negara, saya terpanggil untuk menjejak destinasi percutian yang sudah begitu lama tidak dijejaki, iaitu Pulau Tioman.

Kali terakhir saya ke sini adalah pada 2008, di mana ketika itu saya diundang untuk membuat liputan acara Tioman Mega Dive 2008 anjuran Tourism Pahang.

Benar, sudah terlalu lama. Dek itulah, hati ini terpanggil untuk kembali. Hati ini sudah cukup rindu. 

Untuk ke sini, perkara pertama yang saya buat ialah mengintai penginapan yang ada di pulau yang menjadi kebanggaan rakyat Pahang ini. Ternyata banyak pilihan menanti berbanding dahulu.

Beralih ke pengangkutan, saya sedikit terpingga, rupa-rupanya perkhidmatan bot laju tidak lagi tersedia untuk memasuki Tioman. Hanya feri persiaran (seperti ke Langkawi) yang ada. Lebih tersentak, perjalanan mengambil masa dua jam dari Tanjung Gemok! 

Jika dahulu, di Jeti Mersing atau Tanjung Gemok, anda boleh terus ke deretan kaunter yang menawarkan perkhidmatan bot laju dan perjalanannya memakan masa kurang dari satu jam.

Untuk masuk ke Tioman, selain perlu beli tiket feri, anda juga perlu bayar RM5 kepada Taman Laut Malaysia. Dengan ruangan feri yang tertutup, jujur saya katakan perjalanan agak membosankan.

Tetapi sebaik sahaja sampai ke destinasi, pasti senyuman terukir di wajah. Lautnya yang membiru, pantainya yang memutih serta persekitarannya yang mendamaikan, pasti membuatkan anda terus terlupa dengan perjalanan yang memenatkan itu.

Penginapan selesa, makanan lazat

Persinggahan ke Tioman kali ini membawa saya ke Kampung Paya yang terletak bersebelahan dengan Kampung Tekek (penempatan utama di pulau bebas cukai ini). Mengapa Kampung Paya? Sebabnya saya memilih untuk menginap di Paya Beach Spa & Dive Resort yang meraih Guest Rated Award daripada Expedia pada tahun 2018. Inilah keperluan buat tinjauan di internet ketika merancang percutian. Jika silap percaturan, percutian idaman boleh bertukar menjadi mimpi ngeri.

Resort tepian pantai bertaraf empat bintang ini menampilkan villa-villa kayu dan moden yang boleh disesuaikan mengikut tema percutian. Ada villa untuk berbulan madu, percutian keluarga dan juga villa untuk percutian bersama rakan-rakan yang boleh memuatkan sehingga enam orang. Persekitaran hotel juga bersih dan cantik. 

Jika anda pencinta pantai dan laut, pilihlah villa atau bilik yang betul-betul berhadapan dengan laut. Apalah salahnya, sesekali belanja diri untuk rehatkan diri. Saya beruntung kerana dapat menginap di Superior Beach Front, memang berbaloi. Pemandangan yang terbentang di depan mata, cukup mengasyikkan.

Bilik juga cukup luas. Ada dua katil Queen yang selesa untuk merebahkan diri, dan yang paling best, saya boleh berlari ke pantai pada bila-bila masa kerana jarak bilik ke pantai hanya beberapa langkah sahaja. Malah, boleh juga saksikan keindahan matahari terbenam dari balkoni bilik.

Inilah aktiviti yang saya lakukan pada hari pertama sampai ke sini. Saya abaikan semua perkara yang bersarang di fikiran, baik soal peribadi, mahupun kerja-kerja di pejabat. Saya mahu rehat! Itu saya sematkan di kotak fikiran.

Sejujurnya saya gembira menginap di resort ini kerana ia memenuhi segala yang dibayangkan. Walaupun ada ulasan yang mengatakan pantai di sini berbatu dan kurang sesuai untuk mandi-manda, tetapi sebenarnya masih ada ‘swimming spot’ yang boleh anda terokai. Atau tunggu sahaja air pasang, dan pakai ‘aqua shoes’ untuk melindungi kaki daripada tercedera.

Satu lagi kelebihan menginap di resort ini ialah, makanannya. Perfect! Lazat menyelerakan. Buktinya, ia turut menjadi pilihan kerabat diraja sebuah negeri setiap kali mereka bercuti ke Tioman. Fakta ini bukan rekaan, tetapi dikongsi oleh sumber hotel ini. Saya yang ringan mulut memuji makanan yang dihidangkan, dan pihak resort pun membuka cerita.

Jadi, kalau anda pilih Paya Beach Spa & Dive Resort untuk percutian seterusnya, anda tidak perlu risau. Lebih-lebih lagi jika ambil pakej penuh, boleh makan secara bufet sepuas-puasnya. Pilihan juga banyak. 

Eh! cukuplah saya berkongsi tentang resort, pasti ada yang ingin tahu apa sahaja aktiviti yang sempat dilakukan untuk 3 hari 2 malam bukan? Memang singkat, tetapi saya sempat mengintai tarikan yang menjadi buruan ramai.

Mengintai dunia di bawah air, menjejak pohon ratusan usia!

Walaupun Kampung Paya ini saiznya kecil, namun ia merupakan salah satu kampung yang paling popular di Tioman. Sebabnya, ia menjanjikan pengembaraan yang bukan hanya di lautan, tetapi juga di daratan. Pendek kata, anda sebenarnya tidak tersalah membuat pilihan. Banyak yang dapat dilihat, dilakukan dan dimakan di Kampung Paya! Selain itu, pantai pendek ini juga merupakan salah satu yang tercantik di pulau itu.

Untuk 3 hari dua malam, saya sempat mengintai dunia di bawah air pulau ini pada hari kedua. Saya mengikuti aktiviti snorkeling ke Pulau Renggis dan Taman Laut yang terletak kira-kira 15 minit perjalanan daripada Paya Beach Spa & Dive Resort.

Pulau Renggis memang merupakan persinggahan paling popular di kalangan pengunjung yang gemar  melakukan aktiviti seperti snorkeling dan diving di pulau tersebut. Hidupan marin di sini berwarna-warni, sama ada ikan-ikannya, mahupun terumbu karang. Bagaimanapun, hati-hati jika ke sini ketika air surut, jangan terlalu menghampiri pulau kecil ini kerana bimbang anda akan terpijak terumbu karang.

Selain boleh tercedera, anda juga boleh membunuh hidupan marin ini. Selama 45 minit di sini, pandangan mata akan terpukau dengan setiap species ikan yang melintas di depan mata. Jangan lupa bawa kamera dalam air untuk merakam memori.

Di Taman Laut, tiada terumbu karang yang boleh dilihat, tetapi anda boleh menyaksikan spesis ikan yang bersaiz besar bebas berkejaran jika masih mahu snorkeling. Jika tidak, boleh berjalan-jalan di pantai yang berfungsi sebagai tempat pemuliharaan dan riadah untuk pengunjung ini. Aktiviti penangkapan hidupan marin tidak dibenarkan sama sekali di Taman Laut ini.

Hari terakhir di Tioman, saya juga sempat mengikuti aktiviti trekking ke pohon 'Mother Willow' yang berusia lebih dari 300 tahun. Biarpun perjalanan agak memenatkan, tetapi berbaloi apabila mata tertumpu kepada sepohon pokok yang akarnya menjalar dan berjuntaian ke bumi.

Satu keajaiban alam yang mesti anda lihat. Terdapat sebuah tangga yang boleh dipanjat. Namun, saya agak gerun dan hanya mampu memanjat separuh jalan. Bimbang tidak mampu turun dengan selamat. 

Dalam perjalanan pulang ke resort, saya dan peserta lain sempat singgah di kawasan sungai untuk mandi-manda bagi menyegarkan badan. Dengan air yang jernih dan dingin, ia satu nikmat yang tak terkata! Syukur dapat mengakhiri pengembaraan di Tioman dengan sesuatu yang indah! 

Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang pakej yang tersedia, anda boleh lihat di sini. April hingga Oktober adalah waktu yang terbaik untuk bercuti ke Tioman! - Getaran, 21 April 2022

Gambar: Rahayu Mat Nah / Booking.com (bilik)

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 bulan yang lalu

Minta Rasuah Dari Pelancong: Polis Siasat Satu Lagi Kes Didakwa Di Langkawi

2

Video & Galeri 2 bulan yang lalu

Cermin Feri Pecah Dilanda Ombak

3

Semasa 4 bulan yang lalu

Penang Port Tawar Khidmat Sewa Feri Bagi Jana Pendapatan Baharu

4

Semasa 4 bulan yang lalu

Malaysia Terima 26 Juta Pelancong Setakat November - MOTAC

Sorotan

1

Piala Asia B-23: Kesilapan Hukum Harimau Muda Berdepan Uzbekistan

2

Akta Kerja 1955 Benarkan Pekerja Mohon Aturan Kerja Anjal - Menteri

3

Tiada Keperluan Pemindahan Pulang Rakyat Malaysia, Keadaan Stabil Di Timur Tengah

4

Mangsa Banjir Di 3 Negeri Meningkat Sedikit Kepada 748 Orang Malam Tadi - NADMA

5

Aktiviti Gunung Berapi Cetus Pemindahan Ratusan Orang Di Sulawesi Utara Indonesia

6

Pinjaman RM1.8 Bilion Dipindahkan Ke Luar Negara Tanpa Usaha Wajar – Saksi

7

Kerajaan Tetap Kurangkan Subsidi Minyak Tahun Ini – Rafizi

Disyorkan untuk anda

Gaya 14 jam yang lalu

Jangan Buang Serbuk Kopi Terpakai, Boleh Buat Skrub DIY

Jelajah 1 hari yang lalu

5 Tempat Untuk Hilangkan Tekanan Bersama Keluarga, Rakan

Pelbagai destinasi menarik, berlatarkan keindahan alam semulajadi hinggalah pengembaraan taman tema yang mendebarkan boleh dijadikan pilihan

oleh Rahayu MN

Jelajah 1 hari yang lalu

Pelan Insurans Perjalanan Serendah RM3.00 Untuk Percutian Bebas Kebimbangan

Pelan daripada SeaMoney dan Allianz memberi jaminan keselamatan sedunia

oleh Rahayu MN