web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Minta Rasuah Dari Pelancong: Polis Siasat Satu Lagi Kes Didakwa Di Langkawi

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 30 Jan 2024 8:11PM

gambar media sosial

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

LANGKAWI - Selepas kejadian di Perak, polis sekali lagi menjalankan siasatan terhadap satu lagi video oleh 'Youtuber' asing, yang mendakwa mereka ditahan dan diberi 'diskaun' saman di negara ini. 

Ketua Polis Daerah Langkawi, Asisten Superitendan Shariman Ashari berkata, semakan awal pihaknya mendapati video tersebut telah dimuat naik ke Youtube sejak 10 November lalu dan kembali tular di media sosial sejak semalam.

Menerusi video tersebut, warga asing tersebut kedengaran sedang bercakap dengan seorang individu yang didakwanya sebagai anggota polis, selepas dia ditahan kerana menunggang motosikal tanpa memakai topi keledar. 

"Pada 29 Januari 2024, terkesan video tular mengenai dakwaan seorang pelancong asing tidak memakai topi keledar dan membuat pembayaran RM100 bagi mengelak daripada dibawa ke balai polis dan disaman di Langkawi.

"Pihak polis sedang mengumpulkan maklumat mengenai butiran kejadian tersebut yang video asalnya dimuat naik ke Youtube pada 10 November 2023," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Tegasnya, pihak polis tidak akan melindungi mana-mana individu yang terlibat dalam kejadian itu dan akan mengambil tindakan tegas terhadap mereka.

"Mana-mana pihak yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu, diminta tampil membantu siasatan," katanya.

Semakan Getaran mendapati, video berdurasi kira-kira sejam yang dimuat naik di laman Youtube 'Travel With Luke Damant' itu secara keseluruhannya memaparkan keindahan Langkawi dengan pasangan dipercayai dari Australia tersebut, turut menikmati beberapa juadah tempatan.

Namun, bermula pada minit ke-36, pasangan tersebut mendakwa mereka ditahan polis kerana kesalahan tidak memakai topi keledar. 

Tanpa memaparkan wajah anggota polis dimaksudkan, rakaman video berkenaan diteruskan dengan penunggang motosikal itu kedengaran bercakap dengan pihak berkuasa yang menahannya.  

Baru-baru ini tular video memaparkan pasangan pengembara dari United Kingdom (UK) dikenali sebagai @TREADtheglobe ditawarkan 'diskaun' oleh anggota trafik kerana kesalahan memandu laju.

Sebaik pasangan itu ditahan, anggota trafik tersebut mendakwa van dinaiki pengembara tersebut dipandu selaju 80 kilometer sejam (km/j), melebihi had laju di laluan itu iaitu 60 km/j menyebabkan mereka boleh disaman.

Bagaimanapun, anggota polis itu kemudiannya menawarkan diskaun daripada RM300 menjadi RM100, jika dibayar terus kepadanya tanpa perlu ke balai polis.

Menerusi klip video tular itu, pasangan berkenaan menjelaskan keliru dengan tindakan anggota polis terbabit, namun memilih menerima tawaran diskaun berbanding perlu ke balai. - Getaran 30 Januari 2024.

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 hari yang lalu

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

2

Semasa 1 hari yang lalu

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

3

Semasa 3 hari yang lalu

PDRM mohon Notis Merah Interpol Kesan Tamim Dahri

4

Semasa 4 hari yang lalu

Polis Siasat Kes Lelaki Dipaksa Masuk Dalam Kereta 

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

Pimpinan PH Melaka Undur Diri Daripada Kerajaan Negeri - Adly

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Najib Jalani Prosedur Jantung Minggu Depan 

oleh Wartawan Getaran