web statsweb stats

Berita Terkini

15 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 15 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Demi Kebaikan Kesihatan Kendiri, KKM Sasar Saring 559 Penduduk Pulau Tioman

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 30 Sep 2022 2:51PM

Dr Noor Hisham Abdullah berkata, setakat jam 11 malam tadi, seramai 370 orang disaring, iaitu 66.2 peratus daripada sasaran program. - Gambar oleh Sairien Nafis

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kementerian Kesihatan (KKM) menyasarkan seramai 559 penduduk di Pulau Tioman berusia 40 ke atas, hadir menjalani saringan kesihatan menerusi program Saringan Kesihatan Kebangsaan (NHSI) dan Saringan Kesihatan PeKa B40 yang berakhir esok.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, setakat jam 11 malam tadi, seramai 370 orang disaring, iaitu 66.2 peratus daripada sasaran program.

Menurutnya, saringan turut dijalankan ke atas 219 individu berusia kurang daripada 40 tahun yang tampil secara sukarela di pusat saringan.

“Program ini diterajui Jabatan Kesihatan Negeri Pahang (JKNP) dan Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Rompin, manakala ProtectHealth Corporation Sdn Bhd mengetuai koordinasi saringan PeKa B40 dan dibantu kerajaan Pahang melalui Lembaga Pembangunan Tioman (TDA) dan pelbagai agensi lain.

“Program saringan ini dilaksanakan di beberapa lokaliti, antaranya Kampung Tekek, Kampung Juara, Kampung Salang, Kampung Genting, Kampung Mukut dan Kampung Paya.

“Ia dilaksanakan melalui pasukan kesihatan statik dan jangkau luar,” katanya hari ini.

Dr Noor Hisham berkata, berdasarkan keputusan lengkap saringan dijalankan, pemeriksaan kesihatan lebih menyeluruh dan rujukan lanjut kepada pakar bidang perubatan berkaitan akan dilakukan.

Menurutnya, selepas berakhirnya tarikh program tersebut, ia diteruskan di Klinik Kesihatan Tekek, Pulau Tioman.

“Selain itu, aktiviti jangkau luar turut akan dijalankan dari semasa ke semasa bagi pesakit terlantar di rumah dan warga emas atau orang kelainan upaya (OKU) yang tiada kemampuan fizikal atau mental untuk hadir ke pusat saringan,” katanya.

Tegas beliau, pelaksanaan program tersebut diharap dapat membantu penduduk Pulau Tioman untuk mengetahui status kesihatan kendiri, selanjutnya membolehkan mereka mendapatkan rawatan awal sekiranya perlu.

“Selain itu, ia memberi peluang kepada penduduk setempat yang layak untuk Skim PeKa B40 mendapat manfaat, sekali gus mencegah komplikasi penyakit tidak berjangkit,” katanya. - Getaran, 30 September 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 bulan yang lalu

Jual Kanta Lekap Tidak Berdaftar, KKM Keluar 12 Notis Amaran

2

Semasa 8 bulan yang lalu

97 Kluster Jangkitan Influenza Dikesan Pada ME 40/2025

3

Semasa 8 bulan yang lalu

KKM Tawar Pemeriksaan Menyeluruh, Sokongan Psikososial Kepada Sukarelawan GSF

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Abang Dakwa Hospital Daerah Cuai, Adik Hilang Anak Kedua 2 Hari Selepas Lahir

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 7 jam yang lalu

Ribut Petir, Hujan Lebat Di KL, Labuan Dan 9 Negeri Malam Ini

Semasa 1 hari yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Semasa 1 hari yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad