web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Terbang Dari Subang ke 3 Pulau Peranginan Popular

Dengan adanya SKS Airways, orang ramai boleh berkunjung ke Pulau Tioman, Pangkor dan Redang dengan lebih mudah.

Jelajah Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 13 Jan 2022 12:22PM

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Tioman, Pangkor, dan Redang kini lebih mudah untuk dikunjungi apabila anda boleh terbang daripada Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang. Perjalanan pergi dan balik ini dibawakan oleh SKS Airways, syarikat penerbangan komersial baharu di Malaysia.

Dalam satu kenyataan media baru-baru ini, syarikat penerbangan ini mengumumkan bahawa ia telah dianugerahkan Lesen Perkhidmatan Udara (ASL) penuh oleh Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM) berkuat kuasa 1 Januari 2022.

Dengan pengumuman yang sangat penting ini, SKS Airways kini bersedia untuk memulakan operasi penerbangan dalam masa terdekat.

“Dua tahun kebelakangan ini adalah tempoh sukar untuk industri penerbangan dan pelancongan gara-gara pandemik COVID-19. Walau bagaimanapun, pihak kami percaya peluang akan lebih terbuka sedikit masa lagi.”

“Kami di SKS Airways telah bekerja keras dalam tempoh ini untuk memperkenalkan syarikat penerbangan komersial baharu yang memfokuskan destinasi laluan yang kurang dan tidak mendapat perkhidmatan.”

“Dengan perolehan ASL baru-baru ini, kami kini secara rasmi sudah berada di dalam industri dan semestinya sudah tidak sabar untuk melayani pelanggan sambil mengekalkan piawaian kebersihan dan keselamatan tertinggi,” ujar Datuk Rohman Ahmad, Pengarah SKS Airways Sdn. Bhd.

Ketua Komersial SKS Airways, Norwani ketika penyerahan Lesen Perkhidmatan Udara (ASL) di Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM).
Ketua Komersial SKS Airways, Norwani ketika penyerahan Lesen Perkhidmatan Udara (ASL) di Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM).

SKS Airways ialah syarikat penerbangan komersial berjadual terbaharu di Malaysia yang  diberikan ASL penuh. ASL diperlukan untuk mengangkut penumpang, mel atau kargo mengikut jadual tetap melalui udara antara dua tempat, selagi ia berada dalam sempadan Malaysia. 

ASL hanya akan dikeluarkan kepada pemohon yang memegang Sijil Operator Udara (AOC) yang sah oleh Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM), di mana SKS Airways menerimanya pada 1 Oktober 2021.

SKS Airways telah diperbadankan pada 13 November 2017 dengan sahamnya dipegang oleh rakyat Malaysia. SKS Airways adalah sebahagian daripada syarikat Kumpulan SKS.

Kumpulan SKS diasaskan pada 1983 dan kini sebuah organisasi berbilang disiplin dengan perniagaan teras yang merangkumi pembangunan hartanah, pegangan pelaburan, hospitaliti dan kewangan kredit di Malaysia serta Australia.

Selain penerbangan dua hala ke pulau-pulau peranginan di atas, anda juga boleh menempah penerbangan ke Pulau Tioman dari Johor Bahru, Johor. Tambang bermula daripada RM139 dan penumpang boleh menikmati elaun bagasi daftar masuk seberat 7 kilogram secara percuma untuk setiap penerbangan.

 Tempahan penerbangan kini sudah dibuka. Pelanggan boleh mendapatkan maklumat lanjut dengan melayari laman sesawang SKS Airways.

Gambar: SKS Airways dan Unsplash

Berita Berkaitan

1

Jelajah 1 tahun yang lalu

Lembaga Pelancongan Sarawak Promosi Pakej Menarik Di NATAS Holidays 2024, Singapura

2

Semasa 2 tahun yang lalu

JWP Gerakkan Usaha Promosi Produk Pelancongan Domestik - Dr Zaliha

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Acara Pelancongan Negeri Sembilan Perlu Beri Impak Maksimum - Aminuddin

4

TARA 2 tahun yang lalu

Biarpun Kadar Tukaran Wang Tinggi, Rakyat Malaysia Masih Suka Ke Singapura

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Jelajah 1 hari yang lalu

Pasar Bisik Kuala Muda, Tradisi Dagangan Yang Masih 'Berbisik' Di Tengah Arus Moden