web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Biarpun Kadar Tukaran Wang Tinggi, Rakyat Malaysia Masih Suka Ke Singapura

Agoda mendedahkan destinasi pilihan rakyat Malaysia tahun ini adalah Singapura dan Kuala Lumpur

TARA Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 23 Sep 2023 10:06AM

Singapura masih menjadi pilihan rakyat Malaysia. gambar Agoda

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Meraikan keghairahan para pelancong untuk terbang ke destinasi pilihan masing-masing, platform pelancongan digital Agoda berkongsi destinasi pilihan penerbangan tempatan dan antarabangsa bagi tahun 2023 setakat ini. 

Di Malaysia, Singapura muncul sebagai destinasi antarabangsa paling popular dan Kuala Lumpur bergelar destinasi pelancongan tempatan utama. Ibu negara Thailand, Bangkok juga merupakan antara destinasi penerbangan antarabangsa paling popular, menurut data Agoda. 

Berdasarkan data tempahan Agoda, empat daripada lima destinasi penerbangan antarabangsa paling popular terletak di Asia Tenggara, dengan Bangkok menduduki tempat pertama. Ini diikuti dengan Singapura yang berada di tangga kedua.

Senarai destinasi pilihan penerbangan rakyat Malaysia. gambar Agoda
Senarai destinasi pilihan penerbangan rakyat Malaysia. gambar Agoda

Manakala, Ho Chi Minh, Vietnam berada di tangga keempat, dan ibu negara Malaysia, Kuala Lumpur di tangga kelima yang juga mewakili ASEAN. Seoul, Korea Selatan memecahkan lima destinasi paling popular, dengan menduduki tempat ketiga destinasi penerbangan antarabangsa paling popular. 

Naib Presiden Kanan Pembekalan, Agoda Andrew Smith berkata, terdapat banyak faktor yang menyumbang kepada populariti bandar-bandar ASEAN. 

“Bandar-bandar ini menampilkan lima metropolis sibuk dan sarat dengan budaya dan sejarah, latar kulinari yang menakjubkan dan kehidupan malam serba unik.

“Meskipun syarikat penerbangan memperluas lagi pilihan laluan dan jumlah penerbangan, saya tidak terkejut sekiranya destinasi-destinasi menakjubkan ini terus menjadi pilihan para pelancong pada masa akan datang,” ujarnya.

Senarai destinasi pilihan penerbangan yang dikeluarkan oleh Agoda.
Senarai destinasi pilihan penerbangan yang dikeluarkan oleh Agoda.

Dapatan pasaran Malaysia menunjukkan bahawa selepas Singapura, para pelancong dari Malaysia akan berlepas ke Bangkok dan Jakarta. Medan dan Bandar Ho Chi Minh juga melengkapkan kedudukan lima teratas. Penilaian ini jelas menunjukkan keutamaan para pelancong untuk perjalanan jarak pendek di dalam Asia Tenggara, dengan kesemua lima destinasi tersebut terletak dalam kategori itu. 

Kuala Lumpur kekal sebagai destinasi paling popular di Malaysia, diikuti oleh Pulau Pinang, Kota Kinabalu, Johor Bahru dan Kuching. 

Anda sendiri bagaimana? Destinasi yang manakah menjadi pilihan hati? - Getaran, 23 September 2023

Isu Pada

Resipi Berzaman Lahirkan Perpaduan

16 Sep 2023

Berita Berkaitan

1

Singapura 5 hari yang lalu

Singapura: Ketua Hakim Negara Sundaresh Menon Bersara Feb 2017, Hakim Sushil Nair Jadi Pengganti

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Tarif Balas AS: Malaysia Hantar Wakil Cari Jalan Penyelesaian - PM

3

Singapura 1 tahun yang lalu

Singapura Bubar Parlimen Menjelang Pilihan Raya, Hari Penamaan Calon 23 April

4

Politik 1 tahun yang lalu

Malaysia - Singapura Komited Selesai Isu Berbangkit, Tertunggak - Anwar

Sorotan

1

Diperdaya Pelaburan Palsu, Pengarah Syarikat Rugi RM10 Juta

2

PRN Negeri Sembilan: Kerjasama PN & BN Jadi PBN - Hamzah

3

Lesen Di Malaysia Batal, Network School Pindah Ke Kazakhstan

4

Zahid Nafi Dakwaan Pertemuan BN-PN-GPS-GRS, Tegaskan Komitmen Kepada Kerajaan Perpaduan

5

Tadbir Urus Yang Baik, Kestabilan Politik Asas Kemakmuran Negara - Sultan Nazrin 

6

Terima Rasuah RM500, Ketua Balai Digantung Tugas