web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Lebih 250,000 Pengunjung Dijangka Meriahkan Festival WAK 2022 Oktober Ini

Budaya Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 Aug 2022 4:17PM

Pengasas Festival What about Kuching, Donald Tan (kanan) dan isterinya, Marina Tan, bergambar pada salah satu mercu tanda bandaraya Kuching - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUCHING - Warga Semenanjung, Sabah dan luar negara dijemput untuk memeriahkan program What about Kuching atau WAK 2022 yang akan berlangsung sepanjang Oktober ini, setelah dua tahun dihentikan akibat pandemik COVID-19. 

Pengasas WAK, Donald Tan berkata festival yang telah memasuki siri keenam tahun ini menjangkakan kehadiran lebih 250,000 pengunjung, dengan penglibatan kira-kira 50 pemain serta komuniti kreatif dari aspek kesenian, kebudayaan dan gaya hidup.

“Sebelum ini, kebanyakan pengunjung festival ini dari Sarawak, namun kami mahu penglibatan pengunjung luar seperti Semenanjung dan sebagainya kerana mereka akan turut membawa kenalan atau ahli keluarga, jadi ia menyumbang kepada jumlah pengunjung ke negeri ini.

“Lebih 100 pengisian serta aktiviti menarik dan sarat pengetahuan dari persembahan hingga bengkel dihidangkan buat pengunjung. Senarai penuh aktiviti sepanjang festival akan dikeluarkan 1 Sept ini,” katanya kepada Bernama.

Bertemakan ‘Dari Komuniti untuk Komuniti’, WAK 2022 yang digerakkan oleh komuniti merupakan platform bagi meraikan kesenian, kebudayaan dan gaya hidup masyarakat Sarawak dengan program pelbagai genre diadakan di beberapa kawasan di bandar raya ini.

Tan berkata selain itu, komuniti kreatif luar negara yang terkenal dari Amerika Syarikat, Jepun dan Singapura turut dijemput untuk mengambil bahagian dalam festival ini dan mereka akan menyediakan bengkel latihan sebagai tarikan kepada pengunjung.

Katanya WAK memberi peluang kepada pemain industri seni, budaya dan gaya hidup tempatan untuk meluaskan empayar ke peringkat seterusnya dengan mengadakan sesi jaringan dengan pemain industri luar negara.

Sementara itu, beliau yang juga merupakan pengurus WAK berharap lebih banyak syarikat swasta tampil untuk membantu menjayakan program yang memberi faedah kepada pemain industri tempatan ini. 

Buat masa ini, WAK adalah inisiatif swasta dan secara rasminya menerima dana daripada Kementerian Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak, katanya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Budaya 3 minggu yang lalu

Serpihan Hospital Lama Kuah, Langkawi 'Bernafas' Semula Dalam Karya Seni 

2

Budaya 1 bulan yang lalu

Hidap SMA, Ainaa Buktikan Seni Tiada Batas

3

Budaya 1 bulan yang lalu

Langkawi Jadi Kanvas Terbuka Seni Kontemporari

4

Budaya 2 bulan yang lalu

'Rain Rave' Meriahkan KL Sempena Hari Pekerja, Perkukuh Pelancongan & Ekonomi Tempatan

Sorotan

1

Jurujual Mengaku Salah Tetak Penunggang Motosikal Di Lebuh Raya Persekutuan

2

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

3

Rombakan Barisan Pemimpin PN: Azmin Ali, Radzi Jidin Gugur Daripada Senarai 

4

CEO Perbadanan Stadium Malaysia Didakwa Minta, Terima Rasuah RM1.45 Juta

5

PRN Johor: Calon Dipilih Berdasarkan Khidmat Terbaik - Onn Hafiz 

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia

Disyorkan untuk anda

Filem & TV 1 hari yang lalu

Big Stage X Rocketfuel, Platform Bakat Baharu Dengan Tawaran Kontrak RM200,000

oleh Rahayu MN

Muzik 4 jam yang lalu

Demi Peminat, Ella Rela Ubah Perancangan Besar Homecoming Edisi 60 Permata Biru

Lokasi konsert yang dijadualkan di Stadium Batu Kawan sebelum ini, kini berpindah ke Setia SPICE Arena, Pulau Pinang.

oleh Rahayu MN