web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


'Rain Rave' Meriahkan KL Sempena Hari Pekerja, Perkukuh Pelancongan & Ekonomi Tempatan

Acara ini merupakan sebahagian daripada inisiatif pengaktifan pelancongan bandar strategik di Kuala Lumpur.

Budaya Dikemaskini 3 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 12 Apr 2026 9:35AM

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Kuala Lumpur bakal menjadi tumpuan serantau apabila Festival Muzik Air Rain Rave berlangsung dari 30 April hingga 2 Mei 2026 di Bukit Bintang, bersempena sambutan Hari Pekerja Sedunia, dalam usaha memperkukuh sektor pelancongan serta merancakkan ekonomi tempatan.

Acara ini merupakan sebahagian daripada inisiatif pengaktifan pelancongan bandar strategik di Kuala Lumpur, yang dirangka untuk meningkatkan kehadiran pelawat domestik dan antarabangsa, selain menyokong pertumbuhan inklusif dalam landskap ekonomi semasa yang mencabar. 

Penganjurannya melibatkan kerjasama pelbagai pihak termasuk Tourism Malaysia dan rakan industri kreatif, sebagai sebahagian daripada ekosistem kempen Visit Malaysia 2026.

Festival Rain Rave mengetengahkan konsep unik berasaskan elemen hujan sebagai inspirasi utama, mencerminkan realiti persekitaran tropika Malaysia yang kemudiannya diterjemahkan kepada pengalaman seni dan hiburan berskala besar. 

Pendekatan ini menggabungkan persembahan DJ antarabangsa dan serantau bersama artis tempatan, selain menawarkan pengalaman imersif melalui persembahan visual, pencahayaan serta persekitaran bertemakan air.

Dalam masa sama, festival ini turut menampilkan elemen budaya tempatan yang signifikan, termasuk persembahan tradisional, sajian makanan Malaysia serta aktiviti pasar gaya hidup yang menonjolkan kreativiti komuniti tempatan. 

Gabungan elemen moden dan warisan ini dilihat sebagai cerminan kekuatan masyarakat majmuk Malaysia, sekali gus menjadikan Rain Rave sebagai platform untuk mempromosikan identiti budaya negara kepada pelawat luar.

Menurut kenyataan media, penganjuran festival ini bukan sekadar berorientasikan hiburan, sebaliknya berfungsi sebagai pemangkin ekonomi yang mampu meningkatkan perbelanjaan pelawat merentasi sektor runcit, hospitaliti dan perkhidmatan. 

Ia juga memberi peluang kepada pengusaha tempatan, termasuk perusahaan kecil dan sederhana serta komuniti B40, untuk turut meraih manfaat daripada peningkatan aktiviti pelancongan.

Menariknya, impak Rain Rave tidak terhad di ibu negara sahaja. Tujuh negeri lain iaitu Negeri Sembilan, Johor, Melaka, Kedah, Wilayah Persekutuan Labuan, Pahang dan Terengganu turut menyatakan kesediaan untuk menganjurkan aktiviti sokongan yang disesuaikan dengan keunikan budaya dan konteks tempatan masing-masing. 

Pendekatan ini mencerminkan penyertaan menyeluruh di peringkat nasional dalam meraikan sambutan Hari Pekerja melalui platform pelancongan.

Penganjuran Rain Rave turut mendapat sokongan pelbagai agensi seni dan budaya seperti Istana Budaya, Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia dan Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara bagi memperkayakan kandungan serta pengalaman pengunjung.

Dalam memastikan kelancaran acara, pihak penganjur bersama agensi berkaitan telah merangka perancangan menyeluruh merangkumi aspek pengurusan trafik, kawalan orang ramai serta pematuhan protokol keselamatan. 

Kerjasama dengan pihak berkuasa dan agensi penguatkuasaan turut diberi penekanan bagi menjamin persekitaran yang selamat dan teratur sepanjang festival berlangsung.

Kerajaan melalui Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya menegaskan komitmen untuk mengimbangi keperluan pertumbuhan ekonomi dengan pelaksanaan acara secara bertanggungjawab. 

Festival Muzik Air Rain Rave dijangka menjadi antara acara utama dalam kalendar pelancongan negara menjelang Visit Malaysia 2026, sekali gus memperkukuh imej Malaysia sebagai destinasi yang dinamik, inklusif dan kaya dengan kepelbagaian budaya. - Getaran, 12 April 2026

Berita Berkaitan

1

Budaya 1 minggu yang lalu

Legasi P. Ramlee Terus Dipelihara, Tunjang Warisan Budaya Negara

2

Budaya 1 bulan yang lalu

Serpihan Hospital Lama Kuah, Langkawi 'Bernafas' Semula Dalam Karya Seni 

3

Budaya 1 bulan yang lalu

Hidap SMA, Ainaa Buktikan Seni Tiada Batas

4

Budaya 2 bulan yang lalu

Langkawi Jadi Kanvas Terbuka Seni Kontemporari

Sorotan

1

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

2

Polis Siasat Kes Lelaki Dipaksa Masuk Dalam Kereta 

3

Ibu Hamil Dituduh Mencuri: Lotus’s Mohon Maaf, Pekerja Dikenakan Tindakan Disiplin

4

PRN Negeri Sembilan: Jangan Jadikan Institusi Diraja Bahan Kempen Parti Politik - PM

5

Syed Saddiq Bebas, Mahkamah Persekutuan Kekal Keputusan Lepas Dan Bebas 

6

Misteri Bau Busuk Terbongkar, Mayat Wanita Reput Ditemui Dalam Apartment

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

SOUNDSTAGE Satukan NIDJI, Hujan Dan 3 Band Tempatan Dalam Konsert Rentas Sempadan

oleh Rahayu MN