web statsweb stats

Berita Terkini

4 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 4 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Serpihan Hospital Lama Kuah, Langkawi 'Bernafas' Semula Dalam Karya Seni 

Karya "Nafas Tanah" dipamerkan bersempena dengan Bakat Muda Sezaman Edisi ke-29 (BMS29) anjuran Balai Seni Negara yang berlangsung hingga 26 Julai ini di beberapa lokasi sekitar Langkawi termasuk Pantai Taman Lagenda, Jeti Pulau Tuba, bangunan terbiar berhampiran tapak Pasar Malam Kuah dan Taman Rekreasi Tasik Teluk Kedak.

Budaya Dikemaskini 1 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 25 May 2026 11:13AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Timbunan kayu, alang lama dan serpihan binaan yang ditinggalkan di tapak Hospital dan Klinik Lama Kuah mungkin tampak tidak bernilai bagi sesetengah pihak, namun bagi arkitek muda Muhammad Ismail Rahim, bahan-bahan itu menyimpan cerita yang belum selesai.

Melalui karya instalasi "Nafas Tanah", beliau mengangkat semula sisa fizikal bangunan lama itu sebagai medium menghidupkan memori dan hubungan masyarakat dengan sebuah ruang yang semakin hilang dari landskap Langkawi.

Pengkarya berusia 34 tahun dari Kemaman, Terengganu itu berkata pengalaman menyaksikan sendiri proses perobohan hospital lama berkenaan memberi kesan emosi mendalam kepadanya, mendorong beliau mengumpul sisa fizikal bangunan itu sebelum semuanya lenyap.

"Saya selalu bercakap tentang bagaimana kita sering merobohkan bangunan lama yang mempunyai nilai sejarah, tetapi apabila perkara itu berlaku di depan mata sendiri, saya rasa perlu buat sesuatu.

"Tindakan paling segera yang saya boleh lakukan ketika itu ialah mengumpul sebanyak mungkin bukti fizikal seperti kayu, batu dan bahan binaan sebelum semuanya hilang," katanya kepada Bernama baru-baru ini.

Karya "Nafas Tanah" dipamerkan bersempena dengan Bakat Muda Sezaman Edisi ke-29 (BMS29) anjuran Balai Seni Negara yang berlangsung hingga 26 Julai ini di beberapa lokasi sekitar Langkawi termasuk Pantai Taman Lagenda, Jeti Pulau Tuba, bangunan terbiar berhampiran tapak Pasar Malam Kuah dan Taman Rekreasi Tasik Teluk Kedak.

Muhammad Ismail yang memiliki Sarjana Seni Bina daripada Universiti Teknologi MARA (UiTM) Puncak Alam, Selangor, berkata latar belakangnya sebagai arkitek banyak mempengaruhi cara beliau membaca sesebuah ruang dan struktur.

Menurutnya, bangunan Hospital dan Klinik Lama Kuah bukan sekadar binaan usang, sebaliknya menyimpan lapisan memori, sejarah serta hubungan masyarakat dengan tempat itu sejak sekian lama.

"Ketika menyertai bengkel BMS29 pada November tahun lalu, bangunan itu masih berdiri walaupun tidak lagi digunakan, namun proses perobohan berlangsung sedikit demi sedikit sepanjang saya berada di Langkawi.

"Apabila saya datang semula pada Februari, tapak itu sudah rata. Ketika itu saya sudah sempat mengumpul sebahagian kayu dan bahan yang boleh diselamatkan, cuma saya perlu fikir bagaimana bahan itu boleh diberikan makna baharu," katanya.

Menurut Muhammad Ismail, beliau pada awalnya bercadang membina sebuah wakaf atau pangkin yang boleh digunakan orang ramai, namun pelbagai kekangan di tapak menyebabkan idea itu berkembang menjadi sebuah instalasi sementara.

Katanya, proses menyiapkan karya itu mengambil masa kira-kira lima hari bermula 29 April lalu dengan bantuan tukang tempatan selain memerlukan beliau menyusun semula kayu lama yang tidak seragam.

"Bagi saya, karya ini menjadi jambatan sebelum sesuatu itu hilang sepenuhnya dan sebelum ia berubah menjadi benda baharu.

"la seperti monumen sementara untuk memperingati fasa kehilangan itu," katanya.

Bapa kepada dua anak itu berkata karya berkenaan turut berfungsi sebagai "memory holder" atau pemegang memori terhadap tapak yang semakin hilang dari landskap fizikal Langkawi.

Malah selepas pameran berakhir nanti, struktur instalasi itu akan diolah semula menjadi pangkin sebelum diserahkan kepada Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE) Langkawi untuk kegunaan komuniti setempat.

Mengakui cabaran terbesar bukan bersifat teknikal semata-mata, Muhammad Ismail berkata aspek emosi lebih kuat dirasai apabila beliau sendiri menyaksikan bagaimana sebuah tempat yang sarat dengan cerita dan kenangan boleh hilang dalam sekelip mata.

"Kalau bahan-bahan itu tidak dikutip, mungkin semuanya akan hilang begitu sahaja.

"Sekurang-kurangnya melalui karya ini, masih ada sesuatu yang tinggal untuk mengingatkan kita bahawa tempat itu pernah wujud," katanya.

Bagi Muhammad Ismail, "Nafas Tanah" bukan sekadar karya daripada kayu lama, sebaliknya usaha kecil untuk memastikan ingatan terhadap Hospital dan Klinik Lama Kuah terus bernafas dalam bentuk baharu. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Budaya 6 hari yang lalu

Legasi P. Ramlee Terus Dipelihara, Tunjang Warisan Budaya Negara

2

Budaya 1 bulan yang lalu

Hidap SMA, Ainaa Buktikan Seni Tiada Batas

3

Budaya 1 bulan yang lalu

Langkawi Jadi Kanvas Terbuka Seni Kontemporari

4

Budaya 2 bulan yang lalu

'Rain Rave' Meriahkan KL Sempena Hari Pekerja, Perkukuh Pelancongan & Ekonomi Tempatan

Sorotan

1

PRN Johor: Dr Maszlee Dahului Perebutan DUN Puteri Wangsa (TAK RASMI) 

2

PRN Johor: Keputusan Tak Rasmi, BN Dahului Di 33 DUN, PH 7 DUN - Asyraf Wajdi 

3

PRN Johor: Proses Kiraan Undi Dimulakan 5 PM - SPR

4

PRN Johor: Tolak Politik Kebencian, Utamakan Keharmonian - Hishammuddin

5

PRN Johor: Polis Terima 90 Laporan, 25 Kertas Siasatan Dibuka

6

PRN Johor: 26.43 Peratus Keluar Mengundi Setakat 11 Pagi - SPR

Disyorkan untuk anda

Selebriti 1 hari yang lalu

Tisha Shamsir Nafi Terbabit Dadah, Mengaku Tak Bersalah Di Mahkamah

oleh Sophia Ahmad