web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 2 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Hidap SMA, Ainaa Buktikan Seni Tiada Batas

Karya bertajuk 'Malaysia I Know 3' yang menampilkan bunga raya merah berlatarbelakangkan motif batik biru kehijauan di atas kain itu mengambil masa kira-kira seminggu untuk disiapkan dan mengetengahkan elemen budaya tempatan menerusi sentuhan kreatifnya

Budaya Dikemaskini 1 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 17 May 2026 10:17AM

Ainaa Farhanah Amali - Gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Di sebalik sapuan warna dan corak batik yang memukau di pameran Seni Mekar: Art in Bloom di Galeri Menara KEN, tersirat kisah ketabahan seorang wanita muda yang menjadikan keterbatasan fizikal sebagai kekuatan dalam berkarya.

Artis visual, Ainaa Farhanah Amali, 31, membuktikan kekangan akibat atrofi otot spinal (SMA) bukan penghalang untuknya terus menghasilkan karya seni yang sarat identiti tempatan dan nilai estetika tersendiri.

Karya bertajuk 'Malaysia I Know 3' yang menampilkan bunga raya merah berlatarbelakangkan motif batik biru kehijauan di atas kain itu mengambil masa kira-kira seminggu untuk disiapkan dan mengetengahkan elemen budaya tempatan menerusi sentuhan kreatifnya.

Menurut anak kelahiran Sungai Buloh, Selangor ini, penyakit genetik SMA menjejaskan kekuatan otot serta pergerakan tubuhnya, menyebabkan tangannya sering menggigil dan menyukarkan proses menghasilkan karya.

Namun, keadaan itu tidak pernah mematahkan semangatnya untuk terus berkarya, malah dianggap sebagai sebahagian daripada identiti seni yang dimiliki.

"Kalau nak kawal berus memang susah sebab tangan kadang-kadang menggigil. Tapi seni tak semestinya kena ada garisan yang sempurna, jadi saya jadikan ia sebahagian daripada karya," katanya ketika ditemui Bernama pada pameran itu.

Meminati seni sejak usia dua tahun, lepasan ljazah Sarjana Muda Reka Bentuk Grafik daripada Kolej Universiti First City itu berkata kebanyakan karya yang dipamerkan diinspirasikan daripada pengalaman peribadi serta ketenangan yang dirasainya ketika berada di tepi pantai.

Anak sulung daripada dua beradik itu turut berkongsi cabaran menghasilkan karya batik yang memerlukan penggunaan lilin panas dan ketelitian tinggi tanpa lakaran awal di atas kain.

"Ketika menghasilkan karya ini, tangan memang menggigil. Ada yang menjadi, ada juga yang tidak seperti dirancang. Nak kendalikan lilin panas pun perlu berhati-hati.

"Alhamdulillah, lilin yang digunakan cepat kering, jadi sedikit sebanyak membantu. Saya juga perlu berkarya secara perlahan-lahan supaya tidak cedera," katanya.

Menurut Ainaa, beliau mengehadkan tempoh menghasilkan karya kepada kira-kira dua jam sehari kerana tangannya akan menjadi kebas jika bekerja terlalu lama.

Selain Ainaa, pameran berkenaan turut menampilkan karya Dhia Mohd Fadzli, 13, yang hidup dengan autisme dan menzahirkan imaginasi menerusi corak abstrak menyerupai galaksi.

Ibunya, Mariena Malek, 54, berkata minat Dhia terhadap seni mula dikesan selepas dia memperkenalkan anaknya kepada kelas seni kira-kira setahun lalu.

"Saya cuba dedahkan Dhia dengan pelbagai aktiviti kerana minatnya cepat berubah. Tapi bila mula melukis, dia menunjukkan minat yang luar biasa.

"Kalau ada idea, dia akan terus melukis sehingga siap kerana terlalu fokus untuk menyiapkannya," katanya.

Sementara itu, wakil penganjur, Yap Sook Yee daripada FriendenArt berkata pameran Seni Mekar: Art in Bloom dianjurkan bersama-sama dengan Yayasan Hasanah ArtFAs 2025 bagi memberi ruang kepada golongan orang kurang upaya serta individu dengan cabaran kesihatan mengetengahkan bakat seni kepada khalayak lebih luas.

Menurutnya, setiap anak memiliki potensi tersendiri dan memerlukan sokongan berterusan untuk berkembang menjadi individu yang lebih yakin serta berdaya tahan.

Program yang berlangsung dari 15 hingga 18 Mei itu menghimpunkan 18 artis muda kurang upaya berusia antara enam hingga 31 tahun, termasuk individu yang hidup dengan autisme dan Sindrom Down. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Budaya 1 bulan yang lalu

Serpihan Hospital Lama Kuah, Langkawi 'Bernafas' Semula Dalam Karya Seni 

2

Budaya 1 bulan yang lalu

Langkawi Jadi Kanvas Terbuka Seni Kontemporari

3

Budaya 2 bulan yang lalu

'Rain Rave' Meriahkan KL Sempena Hari Pekerja, Perkukuh Pelancongan & Ekonomi Tempatan

4

Budaya 2 tahun yang lalu

Pesta Bola Ngoca Sasar 35,000 Pengunjung, Perkasa Sektor Pelancongan

Sorotan

1

 ‘Double Standard’ Norway Dikecam, Batal Penghantaran Peluru Berpandu Selepas Malaysia Bayar 95 Peratus Kontrak

2

Gara-Gara Memotong Barisan, 2 Lelaki Akhirnya Bertumbuk

3

Pengecualian Caj RM1 Di ATM: 84 Peratus Mesin Terlibat Seluruh Negara - Fahmi 

4

Wajib Isytihar Aset, Perkukuh Agenda Integriti - Abd Halim

5

PRN Johor: Perpecahan Dalaman PN Mampu Beri Kelebihan Kepada BN - Penganalisis 

6

Malaysia Yang Mana Mahu Kita Wariskan Untuk Anak Cucu?

Disyorkan untuk anda

Filem & TV 6 jam yang lalu

Astro dan Disney+ Bawakan Lebih Banyak Rancangan Global Dan Kandungan Tempatan

oleh Rahayu MN