web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Silat Laksamana Singa Pelihara Seni Warisan Melayu Dalam Pertahanan Diri

Silat Laksamana Singa menggabungkan Seni Silat Harimau, Seni Silat Gerak Sendeng, Seni Silat Pulut, Tari Silat Melayu dan juga Seni Silat Kuntau Pattani.

Budaya Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 09 Mar 2022 2:28PM

Ahli Seni Silat Laksamana Singa ketika sesi latihan di Parit Amal Darat, Muar. Gambar: Izzuddin Abd Radzak, Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Seni bela diri seperti warisan seni silat pusaka bukanlah sesuatu yang baharu di negara kita, malahan sehingga kini ada sahaja jenis silat baharu yang diperkenalkan.

Penubuhan persatuan persilatan baharu membuktikan masih ada pihak yang mahu memartabatkan seni warisan pusaka Melayu itu agar ‘tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas.’

Seperti Seni Silat Laksamana Singa, yang ditubuhkan pada 2015 di Parit Amal Darat, Muar di sini, ia berkonsepkan gabungan antara kesenian warisan Melayu dan juga mempertahankan diri.

Namun, apa yang lebih menarik, silat ini berjaya direalisasikan selepas pengasasnya, Idris Mohamed, 40, menggabungkan lima jenis persilatan lain yang telah beliau pelajari di Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Perlis dan Kedah ketika berumur 20-an.

“Sebelum ini saya ada dalam perguruan seperti Seni Silat Harimau, Seni Silat Gerak Sendeng, Seni Silat Pulut, Tari Silat Melayu dan juga Seni Silat Kuntau Pattani.

“Jadi daripada pengalaman saya ini, saya asaskan Seni Silat Laksamana Singa atas semua sekali gabungan tersebut menjadi satu silibus persilatan yang efektif,” katanya yang ditemui ketika menjalankan latihan silat baru-baru ini.

Menurut anak jati Muar itu, misi beliau tidak lain adalah untuk memelihara seni warisan pusaka Melayu di samping memupuk semangat jati diri seseorang, serta membangkitkan disiplin anak muda daripada terjebak dengan gejala sosial.

Tidak hanya mementingkan aspek pertahanan diri yang merupakan perkara asas dalam persilatan, Idris tetap memartabatkan kesenian di dalam Silat Laksamana Singa kerana seni dalam silat mempunyai maksud yang tersirat.

“Jadi dalam silat saya, selepas mereka habis silibus tangan kosong (tanpa senjata), saya akan ajar mengenai pertahanan diri sebagai silibus tambahan supaya mereka tidak gabra semasa menerima serangan yang tidak dirancang,” kata kontraktor persendirian itu.

Bermula di Muar, kini Seni Silat Laksamana Singa telah berkembang ke negeri lain dengan pembukaan tiga cawangan di Selangor iaitu Jalan Kebun, Shah Alam dan Puchong serta masing-masing satu cawangan di Pernu, Melaka dan Selama, Perak.

Idris, yang merupakan jurulatih kepada Satria (pelatih lelaki) di sini, turut dibantu isterinya Suhana Abdul Hamid, 28, bagi mengajar pelatih wanita, atau dipanggil Serikandi, memandangkan sesi latihan diasingkan mengikut jantina.

Sejak ditubuhkan hingga sekarang, lebih 200 individu berdaftar telah dilatih di seluruh negara dengan pelatih paling muda berumur lapan tahun dan paling tua berumur lebih 50 tahun.

Seni silat itu mempunyai peringkat bengkung kepada pelatih mengikut warna, dengan warna putih di peringkat paling bawah, diikuti warna hitam, hijau dan merah, manakala bengkung kuning adalah untuk jurulatih yang telah tamat semua peringkat.

Selain melatih ahli baharu, Seni Silat Laksamana Singa juga telah menyertai Persekutuan Silat Kebangsaan Malaysia (Pesaka) Daerah Muar dan Dunia Seni Silat Melayu (DSSM) Johor.

Bagaimanapun, Idris yang merupakan bekas Presiden Muay Thai Daerah Petaling, mengakui persilatan mereka masih baharu dan memerlukan promosi untuk pengambilan ahli baharu.

Sehingga kini juga, persilatan itu sudah mempunyai kira-kira 20 jurulatih namun ada antara mereka yang belum mempunyai gelanggang silat sendiri untuk mengajar ahli baharu. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 hari yang lalu

Rogol, Cabul Cucu; Datuk Dipenjara 33 Tahun, 14 Sebatan

2

Politik 2 hari yang lalu

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

3

Politik 2 hari yang lalu

PRN Johor: Calon Dipilih Berdasarkan Khidmat Terbaik - Onn Hafiz 

4

Semasa 3 hari yang lalu

Kes Dera Pembantu Rumah: 2 Pasangan Suami Isteri Ditahan Semula 

Sorotan

1

PH Belum Putuskan Nama Menteri Besar Johor, Fokus Menang Pilihan Raya

2

Pemandu Iriz Larikan Diri Selepas Nahas Diburu

3

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

4

Krisis Pemakanan Ancam Masa Depan Modal Insan Negara

5

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

6

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

Demi Peminat, Ella Rela Ubah Perancangan Besar Homecoming Edisi 60 Permata Biru

oleh Rahayu MN