Berita Terkini

2 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 3 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Honda Bakal Mengeluarkan Kenderaan EV Kategori Skuter Tidak Lama Lagi, Dapat Permintaan Tinggi Di Eropah

Jika sebelum ini, penulis pernah mengulas secara terperinci tentang sebuah skuter EV keluaran Eclimo, kini Honda pula baru-baru ini telah melancarkan model dua roda kategori skuter bernama EM1 e.

Teknovasi Dikemaskini 10 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 31 May 2023 8:00AM

Honda yang baru-baru ini telah melancarkan model kenderaan EV dua roda terbaharu mereka yang dikenali sebagai Skuter Em1 e - Gambar laman web Honda.com

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Sebelum ini, penulis sering berkongsi tentang pengeluaran kereta elektrik (EV) yang dilihat sedang berkembang maju di serata dunia. Selalunya ia mengetengahkan jenama atau model baharu dengan dengan spesifikasi teknologi yang digunakan serta  jarak perjalanan dan seumpamanya 

Kali ini, penulis membuat sedikit kelainan dengan berkongsi sebuah jenama besar dalam automotif iaitu Honda yang baru-baru ini telah melancarkan model kenderaan EV dua roda terbaharu mereka yang dikenali sebagai Skuter Em1 e.

Jika sebelum ini, penulis pernah mengulas sebuah skuter EV keluaran Eclimo, mari baca apakah spesifikasi yang dibangunkan terhadap skuter EV Honda  ini.

Model ini menunjukkan permintaan dan peminat yang agak tinggi di Eropah (terutama golongan penuntut kolej) kerana kelajuannya hampir sama dengan skuter 50cc konvensional dengan jarak gerak yang sangat pendek.

Pengecasan agak mudah dilakukan kerana anda hanya perlu mencabut bateri tersebut dan mengecasnya di dalam bilik tanpa perlu mencari fasiliti pengecasan
Pengecasan agak mudah dilakukan kerana anda hanya perlu mencabut bateri tersebut dan mengecasnya di dalam bilik tanpa perlu mencari fasiliti pengecasan

Skuter elektrik ini berupaya menjana kuasa setinggi 2.3 hp (1.2 hp untuk mod Econ), tork 90 Nm, serta kelajuan maksimumnya hanya 45 km/j sahaja.

Selain itu, bateri 50 voltan seberat 10 kg yang dipasangkan menghadkan jarak geraknya sejauh 41 km sahaja. Mungkin sebab itulah Honda meletakkan sasaran pengguna skuter elektrik ini kepada golongan pelajar di kampus.

Menariknya tentang sistem pengecasan skuter ini, ia agak mudah dilakukan kerana anda hanya perlu mencabut bateri tersebut dan mengecasnya di dalam bilik tanpa perlu mencari fasiliti pengecasan.

Tempoh pengecasan pula mengambil masa kira-kira 160 minit dengan menggunakan pengecas domestik 270 W. Manakala bagi bateri yang sudah kehabisan, ia memakan masa sehingga enam jam untuk dipenuhkan  semula.

Bagaimanapun, harga jualan EM1 e masih lagi belum didedahkan secara rasmi dan tiada anggaran harga dikeluarkan atau didedahkan kepada pihak umum.

Maklumat tambahan, menjelang 2025, Honda merancang untuk memperkenalkan sehingga 10 buah lagi kenderaan EV berbentuk motosikal dan skuter untuk terus bersaing di pasaran global. - Getaran, 31 Mei 2023 

Berita Berkaitan

1

Semasa 5 bulan yang lalu

TNB Minta Orang Ramai Jaga Keselamatan Elektrik Ketika Banjir

2

TARA 8 bulan yang lalu

Adakah Malaysia bersedia guna EV?

3

Politik 8 bulan yang lalu

PRN: Lebih 2,500 Kakitangan TNB Pastikan Bekalan Elektrik Stabil Sabtu ini 

4

Semasa 8 bulan yang lalu

Kedah Bakal Hilang Pelabur Di KRC Jika Gagal Tangani Masalah Elektrik

Sorotan

1

Elak Ketirisan, Perkukuh Tatakelola, Boleh Beri Upah Lumayan Kepada Pekerja - PM

2

5 Laluan Ditutup Sementara Sempena Hari Penamaan Calon PRK KKB Esok

3

Misi Pelayaran Ke Gaza Ditangguhkan Berikutan Tekanan Rejim Zionis - FFC

4

Pemangku Ketua Bahagian BERSATU  Calon PN Untuk PRK KKB

5

Najib Tak Pernah Arah Pengurusan 1MDB Pindah US$1.03 Bilion Kepada Syarikat Jho Low – Saksi

6

Keperluan Teliti SOP Latihan Udara Bergantung Laporan Siasatan – Khaled

7

Norjuma Didakwa Cederakan 3 Individu, Berbuat Khianat