web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Adakah Malaysia bersedia guna EV?

Tidak adil untuk mengatakan bahawa EV tidak sesuai untuk pasaran Malaysia tetapi perkhidmatan asas lain perlu diperkasakan.

TARA Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 12 Aug 2023 3:05PM

Sebelum Tesla, banyak jenama kereta yang sudah memperkenalkan model EV di pasaran Malaysia

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Dunia kenderaan kuasa elektrik (EV) menjadi kecoh baru-baru ini susulan pertemuan antara Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Ketua Pegawai Eksekutif Tesla Motor, Elon Musk bagi membincangkan pelaburan Tesla di Malaysia. Seperti sedia maklum, Tesla membuka ibu pejabatnya di Cyberjaya, pada 20 Julai lalu.

Menurut Persatuan Automotif Malaysia (MAA), jualan kenderaan di Malaysia meningkat 19 peratus Januari tahun ini berbanding tempoh sama pada 2022
Menurut Persatuan Automotif Malaysia (MAA), jualan kenderaan di Malaysia meningkat 19 peratus Januari tahun ini berbanding tempoh sama pada 2022

Sebelum Tesla, banyak jenama kereta yang sudah memperkenalkan model EV di pasaran Malaysia antaranya Mercedes-AMG EQE 53 4Matic+, BMW iX dan Kia Niro serta beberapa motosikal elektrik. Namun, adakah Malaysia sudah bersedia membuat perubahan untuk menggunakan kenderaan EV?

Mari baca dan bincangkan perkongsian ini.

Secara amnya, tidak adil untuk mengatakan bahawa EV tidak sesuai untuk pasaran negara ini memandangkan peratusan rakyat Malaysia membeli atau menukar kereta baharu adalah tinggi. Menurut Persatuan Automotif Malaysia (MAA), jualan kenderaan di Malaysia meningkat 19 peratus pada Januari 2023 berbanding Januari tahun lepas.

Unit parkir untuk mengecas EV
Unit parkir untuk mengecas EV

Bagaimanapun, adakah kemudahan dan perkhidmatan yang disediakan untuk kenderaan EV ini dipandu sudah mencukupi? Masalah asas yang sering kali berlaku dan diperkatakan ialah kekurangan tempat pengecasan dan jumlah unit parking EV. 

Penulis mendapati ketika ini, beberapa stesen minyak, parkir pusat beli belah, kawasan rawat dan rehat serta hotel-hotel terpilih mempunyai kemudahan berkenaan tetapi dengan jumlah petak letak kereta yang terhad.

Sungguhpun alat pengecasan boleh dipasang di rumah pemilik EV, namun keberadaannya di tempat lain perlu diambil kira apatah lagi yang memandu jarak jauh.

Masa pengecasan perlu dititik beratkan
Masa pengecasan perlu dititik beratkan

Perkara ini berkait rapat juga dengan masa yang diambil untuk mengecas kenderaan EV. Masa pengecasan EV agak subjektif kerana ia bergantung kepada punca kuasa elektrik dan kadar baki bateri yang tinggal. Secara purata, bateri kereta EV biasa memerlukan 30-40 minit untuk mengecas sehingga 80 peratus. 

Lama tak? Mungkin tidak terasa lama jika tiada pemandu EV lain yang ingin menggunakan alat pengecasan tersebut. Cuba bayangkan ketika musim perayaan atau cuti sekolah, pemandu EV pasti perlu beratur dan menunggu giliran seterusnya mengundang kesesakan lalu lintas.

Sudahlah petak parkirnya sedikit, masa diambil pun agak lama untuk ia dicas. Bukankah kenderaan ini menggunakan kuasa bateri, sudah tentulah amat penting kemudahan seperti ini diperkasakan.

 Kos penukaran sebuah bateri Tesla bernilai antara AS,000 (RM14,000) dan AS,000 (RM33,000)
Kos penukaran sebuah bateri Tesla bernilai antara AS,000 (RM14,000) dan AS,000 (RM33,000)

Berbicara pula mengenai kos ganti pek bateri baharu, tahukah anda harganya boleh mencecah sehingga puluhan ribu ringgit? Kita ambil contoh Tesla, kos penukaran sebuah baterinya bernilai antara $3,000 (RM14,000) and $7,000 (RM33,000) akan tetapi itu bateri sahaja.

Laporan Current Automotive pada 2021 menyatakan, seorang pemilik Tesla telah membelanjakan sejumlah $16,000 (RM74,720) untuk menukar pek bateri Tesla Model 3. Jumlah tersebut termasuk kos buruh ($2,299.27) berdasarkan kiraan $175 setiap jam dan penggantian bateri tersebut yang memakan masa melebihi 13 jam. 

Jadi bersediakah anda untuk menanggung kos tersebut? Tepuk dada tanya selera.

Jumlah mekanik atau pomen yang terlatih tentang EV perlu ditambah
Jumlah mekanik atau pomen yang terlatih tentang EV perlu ditambah

Akhir sekali, ketersediaan mekanik yang terlatih tentang EV. Mungkin apabila Ibu Pejabat Tesla sudah buka di Malaysia, proses pembaikian dan penyelengaraan mampu dilaksanakan kerana sudah pasti mereka mempunyai mekanik yang terlatih.

Malah, anda akan berasa lega jika segala proses tersebut masih dalam tempoh jaminan. Habis tempoh jaminan pemilik masih boleh menghantar EV mereka ke pusat servis cuma harganya sudah tentu lebih mahal. Jadi mungkin satu polisi boleh dibuat untuk memanjangkan tempoh jaminan bagi pemilik EV seterusnya menambahkan lagi keyakinan rakyat Malaysia membeli kenderaan tersebut.

Pada masa sama, tanggapan bahawa pasti ada mekanik di luar sana yang mampu membaiki apa jenis enjin kenderaan, namun jangan sesekali menyamakan hal ini dengan EV kerana sebelum ini EV tak wujud di Malaysia untuk mekanik mempelajarinya.

Tesal Model Y antara EV yang menjadi perbualan hangat semasa pelancarannya di Malaysia
Tesal Model Y antara EV yang menjadi perbualan hangat semasa pelancarannya di Malaysia

Jadi mekanik yang berkemahiran EV ini amat penting dan perlu diperbanyakkan barulah rakyat Malaysia yakin, berani dan bersedia untuk menerima EV sepenuhnya.

Kesimpulannya, kehadiran EV di Malaysia perlu dilihat daripada aspek yang mempengaruhi manusia untuk bersedia melakukan peralihan kenderaan seperti kewangan, keselesaan, gaya hidup dan seumpamanya. Penulis berharap penerangan di atas dapat menjadi garis panduan dan ukuran untuk menjadikan Malaysia 100 peratus bersedia menerima kemasukan EV. – Getaran, 12 Ogos 2023

Isu Pada

Bicara Hati Halim Othman

12 Aug 2023

Berita Berkaitan

1

TARA 2 tahun yang lalu

Di Mana Mahu Dapatkan Pakaian Untuk Percutian Musim Sejuk? 

2

TARA 2 tahun yang lalu

5 Berita Hiburan Paling Panas Dan Jadi Bualan Netizen Sepanjang 2023

3

TARA 2 tahun yang lalu

5 Filem, Siri Menarik Di Netflix Untuk Tontonan Cuti Tahun Baharu

4

TARA 2 tahun yang lalu

6 Saluran Percuma Astro Sempena Tahun Baharu

Sorotan

1

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

2

Agong, Permaisuri Zahir Ucapan Hari Bapa

3

Polis Siasat Dakwaan Penculikan Selepas Wanita Ditemui Selamat Di Johor Bahru

4

Gempa Bumi 3.3 Landa Batu Pahat

5

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

6

Krisis Pemakanan Ancam Masa Depan Modal Insan Negara