web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


PRN: Lebih 2,500 Kakitangan TNB Pastikan Bekalan Elektrik Stabil Sabtu ini 

Politik Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 10 Aug 2023 12:04PM

Kakitangan Tenaga Nasional Berhad sudah bersiap siaga untuk memastikan tiada masalah bekalan elektrik pada Sabtu ini. gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Lebih 2,500 pekerja Tenaga Nasional Berhad (TNB) diletakkan dalam keadaan tunggu sedia di lapangan dan di bilik gerakan operasi di enam negeri terbabit ketika proses pengundian Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabtu ini. 

Ketua Pegawai Rangkaian Pembahagian TNB, Wan Nazmy Wan Mahmood berkata ia antara langkah persiapan bagi memastikan bekalan elektrik di semua 3,214 pusat mengundi dan 180 pusat penjumlahan rasmi undi berada dalam keadaan baik.

“TNB sudah melakukan persiapan awal dalam usaha memastikan aspek teknikal, operasi dan tunggu sedia bekalan elektrik ke lokasi-lokasi tersebut sentiasa terjamin. Kami juga sudah menempatkan pasukan-pasukan petugas bagi memantau dan menunggu sedia untuk lokasi penting,” katanya dalam kenyataan. 

Katanya sebanyak 198 lori jana kuasa bergerak dan 144 set jana kuasa mudah alih juga sudah ditempatkan sebagai tunggu sedia untuk diatur gerak menyalurkan bekalan elektrik sekiranya diperlukan.

Wan Nazmy berkata situasi bekalan elektrik seluruh negara juga dipantau setiap masa sehingga proses penjumlahan rasmi undi yang dijangka berlanjutan sehingga tengah malam Sabtu atau awal pagi keesokan harinya.

Sebagai langkah berjaga-jaga, TNB juga mengingatkan semua pihak supaya mengelak daripada melakukan kerja-kerja pengorekan tanah bagi mengurangkan risiko menyentuh kabel elektrik, sekali gus menghindari kemungkinan berlaku gangguan bekalan elektrik akibat kerosakan kabel.

PRN pada Sabtu ini membabitkan pengundi di Kedah, Kelantan, Terengganu, Pulau Pinang, Selangor dan Negeri Sembilan. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Panjat Pencawang Elektrik Setinggi 25 Meter: Bomba Selamatkan Lelaki Cuba Bunuh Diri

2

Semasa 2 tahun yang lalu

TNB Santuni 50 Keluarga Masyarakat India Di Lembah Pantai 

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Gangguan Bekalan Elektrik Di CIQ BSI Pulih Sepenuhnya Pada 9.15 Pagi - TNB

4

Semasa 2 tahun yang lalu

TNB Tutup Bekalan Elektrik Di Sekitar Gong Badak

Sorotan

1

Zahid Nafi Dakwaan Pertemuan BN-PN-GPS-GRS, Tegaskan Komitmen Kepada Kerajaan Perpaduan

2

Tadbir Urus Yang Baik, Kestabilan Politik Asas Kemakmuran Negara - Sultan Nazrin 

3

Terima Rasuah RM500, Ketua Balai Digantung Tugas 

4

3 Maut Lori Bawa Ayam Rempuh Treler Parkir Di Bahu Jalan

5

El Nino Semakin Buruk, Malaysia Berisiko Berdepan Suhu Tertinggi Dalam Sejarah Tahun Depan

6

Dataran Merdeka Bagaikan Lautan Sampah, Hannah Yeoh Luah Rasa Kecewa 

Disyorkan untuk anda

Politik 3 jam yang lalu

‘Tak Perlu Letak Jawatan, PM Miliki Kuasa Mutlak Jika Ada Keraguan’ - Zahid Hamidi

oleh Sophia Ahmad

Semasa 8 jam yang lalu

3 Maut Lori Bawa Ayam Rempuh Treler Parkir Di Bahu Jalan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 4 jam yang lalu

Network School: Imigresen Jejak 18 Warga Asing, ‘Hilang’ Daripada Rekod Rasmi 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Dataran Merdeka Bagaikan Lautan Sampah, Hannah Yeoh Luah Rasa Kecewa 

oleh Sophia Ahmad