web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Gangguan Bekalan Elektrik Di CIQ BSI Pulih Sepenuhnya Pada 9.15 Pagi - TNB

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 06 Dec 2023 7:15PM

Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin, Bangunan Sultan Iskandar, Johor Bahru. gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

JOHOR BAHRU - Gangguan bekalan elektrik yang berlaku di Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) Bangunan Sultan Iskandar (BSI) dan Johor Bahru Sentral hari ini, telah pulih sepenuhnya pada jam 9.13 pagi tadi.

Tenaga Nasional Bhd (TNB) dalam satu kenyataan memaklumkan, pihaknya sudah melaksanakan kerja-kerja henti tugas bernotis, bagi senggaraan berjadual pepasangan di Pencawang Pembahagian Utama (PPU) Gerbang Perdana 33/11kV, Johor Bahru bermula pada jam 8 malam Selasa (5 Disember) hingga awal pagi tadi.

Justeru, ketika kerja-kerja dilaksanakan, bekalan elektrik sementara telah dibekalkan melalui 10 buah generator milik BSI, supaya tiada sebarang gangguan bekalan dalam tempoh tersebut.

“Bagaimanapun, siasatan mendapati berlaku kerosakan berulang pada sebuah daripada generator berkenaan yang digunakan untuk memberi bekalan sementara dan telah mengakibatkan gangguan bekalan di premis bangunan CIQ.

“TNB mengambil maklum dengan cadangan Kerajaan Negeri Johor supaya mempertimbangkan sumber alternatif bagi mengukuhkan lagi sistem bekalan elektrik ke kompleks CIQ, seperti disuarakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan & Infrastruktur Negeri Johor Mohamad Fazli Mohammad Salleh,” menurut kenyataan TNB, petang ini.

TNB juga bekerjasama rapat dengan pengurusan BSI, bagi memastikan keterjaminan dan kestabilan bekalan ke kompleks berkenaan dan persekitarannya.

Terdahulu, Mohamad Fazli dipetik sebagai berkata, walaupun terdapat gangguan bekalan elektrik, namun tidak menjejaskan pergerakan keluar masuk pengembara antara kedua-dua negara (Malaysia dan Singapura) berikutan terdapat laluan lain yang telah disediakan.

Sebelum itu, Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi dalam satu hantaran di Facebook, mengarahkan TNB dan Jabatan Kerja Raya menyelesaikan isu gangguan elektrik di bangunan tersebut yang turut menjejaskan JB Sentral.

Berdasarkan komen dalam hantaran Menteri Besar itu, kebanyakan pengguna turut merungut dan kesal dengan kejadian itu kerana terpaksa beratur panjang dan lama dalam kepanasan terutamanya warga emas dan kanak-kanak. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Panjat Pencawang Elektrik Setinggi 25 Meter: Bomba Selamatkan Lelaki Cuba Bunuh Diri

2

Semasa 2 tahun yang lalu

TNB Santuni 50 Keluarga Masyarakat India Di Lembah Pantai 

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Gangguan Elektrik Di CIQ, BSI Akibat Kerosakan Generator - Exco

4

Video & Galeri 2 tahun yang lalu

Insiden Gangguan Bekalan Elektrik Amat Memalukan

Sorotan

1

Zahid Nafi Dakwaan Pertemuan BN-PN-GPS-GRS, Tegaskan Komitmen Kepada Kerajaan Perpaduan

2

Tadbir Urus Yang Baik, Kestabilan Politik Asas Kemakmuran Negara - Sultan Nazrin 

3

Terima Rasuah RM500, Ketua Balai Digantung Tugas 

4

3 Maut Lori Bawa Ayam Rempuh Treler Parkir Di Bahu Jalan

5

El Nino Semakin Buruk, Malaysia Berisiko Berdepan Suhu Tertinggi Dalam Sejarah Tahun Depan

6

Dataran Merdeka Bagaikan Lautan Sampah, Hannah Yeoh Luah Rasa Kecewa 

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Insiden Polis Tembak Di Durian Tunggal: AGC Arah Inkues Kematian 3 Lelaki

oleh Sophia Ahmad

Semasa 10 jam yang lalu

Tadbir Urus Yang Baik, Kestabilan Politik Asas Kemakmuran Negara - Sultan Nazrin 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

6 Pelajar Perempuan Sekolah Di Sabah Didakwa Atas Tuduhan Merusuh

oleh Sophia Ahmad

Semasa 7 jam yang lalu

Rogol Anak Sulung, Guru Tuisyen Dipenjara 105 Tahun, 70 Sebatan

oleh Sophia Ahmad