web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Kemalangan Maut Simpang Renggam: Jenazah 4 Sekeluarga Selamat Dikebumikan

Semasa Dikemaskini 1 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 02 Jun 2026 2:24PM

Gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

DUNGUN - Jenazah empat sekeluarga termasuk seorang kanak-kanak perempuan yang maut dalam kemalangan melibatkan lima kenderaan di Jalan Johor Bahru-Ayer Hitam di Simpang Renggam, Johor semalam, selamat dikebumikan pagi ini.

Mohd Aiman Mohd Rashid, 36; isterinya Nor Azlina Aba Latit, 33; dan ibu Nor Azlina, Semek Mat Soh, 73; serta anak saudara Mohd Aiman, Nur Airish Syifa Sidek,10, dikebumikan dalam satu liang lahad di Tanah Perkuburan Islam Bandar Al-Muktafi Billah Shah di sini pada 9.25 pagi.

Terdahulu, jenazah empat sekeluarga itu dibawa ke Masjia Sultan Mahmud Bandar Al-Muktati Billah Shah di sini untuk disolatkan pada 8.35 pagi ini, selepas proses bedah siasat di Hospital Enche' Besar Hajah Khalsom di Kluang, Johor selesai malam tadi.

Lebih 200 orang terdiri daripada sanak saudara dan kenalan hadir pada pengebumian itu yang selesai pada 10.45 pagi.

Dalam kejadian pada 1.16 petang semalam, Mohd Aiman yang tinggal dan bekerja di ladang kelapa sawit di Felda Ulu Sedili, Johor, dipercayai bersama ahli keluarganya dalam perjalanan pulang selepas menghadiri majlis kenduri keluarga terdekat di Telok Emas, Melaka.

Kemalangan dipercayai berlaku apabila sebuah kereta BMW 530e hilang kawalan di lokasi kejadian sebelum memasuki laluan bertentangan dan melanggar Toyota Vios yang dinaiki keluarga tersebut, Perodua Alza, Proton Wira serta sebuah lagi Mercedes-Benz.

Sementara itu, pemandu BMW 530e itu meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke hospital. - BERNAMA

Sorotan

1

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

2

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

3

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

4

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

5

Polis Siasat Kes Lelaki Dipaksa Masuk Dalam Kereta 

6

PRN Negeri Sembilan: Jangan Jadikan Institusi Diraja Bahan Kempen Parti Politik - PM

Disyorkan untuk anda

Semasa 12 jam yang lalu

Najib Jalani Prosedur Jantung Minggu Depan 

oleh Wartawan Getaran

Semasa 12 jam yang lalu

Campak Bayi Dari Tingkap Hotel, Gadis Rohingya Berdepan Hukuman Mati 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 16 jam yang lalu

Ambil Ubat Tertentu Untuk Jangka Masa Panjang? Hati-Hati Dengan Pendarahan Dalaman Serius 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Gaji Semasa: Hanya 49 peratus Pekerja Malaysia Berpuas Hati 

oleh Sophia Ahmad