web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Gangguan Elektrik Di CIQ, BSI Akibat Kerosakan Generator - Exco

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 06 Dec 2023 5:24PM

Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan dan Infrastruktur, Mohamad Fazli Mohamad Salleh memberi penerangan mengenai masalah gangguan bekalan eletrik di Kompleks Kastam, Imigresen dan Kurantin (CIQ) Bangunan Sultan Iskandar (BSI) Johor Bahru, pada sidang media di pejabatnya di Bangunan Dato Abdul Rahman Andak Iskandar Puteri hari ini. gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

ISKANDAR PUTERI - Gangguan bekalan elektrik di Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) Bangunan Sultan Iskandar (BSI), Johor Bahru berpunca daripada kerosakan pada salah satu daripada set generator di premis itu.

Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan dan Infrastruktur Johor, Mohamad Fazli Mohamad Salleh berkata, sebelum ini, kompleks berkenaan hanya menerima bekalan elektrik daripada satu punca dan kerajaan menyediakan tujuh set generator sebagai punca bekalan elektrik tambahan.

“Pagi tadi berlaku sedikit kekecohan di CIQ BSI khususnya apabila dewan laluan pejalan kaki berlaku putus bekalan susulan kerja-kerja penyelenggaraan yang dibuat Tenaga Nasional Berhad (TNB). Kerja itu dijadual bermula jam 8 malam hingga 4 pagi.

“Sewaktu kerja-kerja dimulakan, tujuh set generator beroperasi dengan baik, kemudian satu daripadanya rosak kira-kira pukul 11 malam, sehingga berlaku penutupan keseluruhan bekalan pada jam 2 pagi sebelum bekalan elektrik kembali pulih pada pukul 9.30 pagi,” katanya pada sidang media di pejabatnya di Bangunan Dato' Abdul Rahman Andak, Kota Iskandar di sini, hari ini.

Mohamad Fazli berkata, walaupun sistem e-Gate tidak berfungsi dalam tempoh itu, tetapi sembilan kaunter laluan kontra beroperasi dengan baik dan berjaya menyuraikan pengembara antara Malaysia dan Singapura.

Bagaimanapun, beliau berkata, kejadian itu tidak menjejaskan pergerakan keluar masuk pengembara antara kedua-dua negara, berikutan terdapat beberapa laluan lain sudah disediakan sebelum ini.

“Pihak kami bersama Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan Jabatan Kerja Raya (JKR) negeri, sedang mengkaji laluan punca bekalan elektrik baharu untuk dijadikan alternatif bagi kompleks itu, sekali gus memastikan kejadian sama tidak berulang.

“Langkah penambahbaikan ini termasuk melakukan ujian pelaksanaan terhadap semua set generator beserta beban penggunaan, berbanding prosedur sedia ada yang dibuat tanpa beban penggunaan,” katanya.

Mohamad Fazli berkata, set generator yang rosak, akan diperbaiki terlebih dahulu dengan kos dianggarkan sebanyak RM800,000 bagi ketujuh-tujuh set generator.

Terdahulu, Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi menyifatkan kejadian itu sebagai menyusahkan pengguna dan memalukan negeri.

Menerusi komen dalam hantaran Onn Hafiz itu, kebanyakan pengguna merungut dan kesal dengan kejadian itu, kerana terpaksa beratur panjang dan lama dalam kepanasan terutamanya warga emas dan kanak-kanak. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Tahun Baharu Cina: 400,000 Pengembara Dijangka Masuk Menerusi CIQ BSI, KSAB

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Gangguan Bekalan Elektrik Di CIQ BSI Pulih Sepenuhnya Pada 9.15 Pagi - TNB

3

Video & Galeri 2 tahun yang lalu

Insiden Gangguan Bekalan Elektrik Amat Memalukan

4

Semasa 2 tahun yang lalu

KDN Teliti Cadangan Buka Semula Jalan Pintas Pejalan Kaki Di CIQ

Sorotan

1

Diperdaya Pelaburan Palsu, Pengarah Syarikat Rugi RM10 Juta

2

PRN Negeri Sembilan: Kerjasama PN & BN Jadi PBN - Hamzah

3

Lesen Di Malaysia Batal, Network School Pindah Ke Kazakhstan

4

Zahid Nafi Dakwaan Pertemuan BN-PN-GPS-GRS, Tegaskan Komitmen Kepada Kerajaan Perpaduan

5

Tadbir Urus Yang Baik, Kestabilan Politik Asas Kemakmuran Negara - Sultan Nazrin 

6

Terima Rasuah RM500, Ketua Balai Digantung Tugas 

Disyorkan untuk anda

Politik 15 jam yang lalu

PRN Negeri Sembilan: Kerjasama PN & BN Jadi PBN - Hamzah

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Rogol Anak Sulung, Guru Tuisyen Dipenjara 105 Tahun, 70 Sebatan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 6 jam yang lalu

Berbeza Parti & Ideologi; Anwar, Zahid Tetap Tonjol Semangat Perpaduan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Lesen Perniagaan Network School Dibatalkan, Operasi Ditamatkan Esok

oleh Sophia Ahmad