web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Tahun Baharu Cina: 400,000 Pengembara Dijangka Masuk Menerusi CIQ BSI, KSAB

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 05 Feb 2024 8:09PM

gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

JOHOR BAHRU - Lebih 400,000 pengembara dijangka memasuki Malaysia menerusi Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) Bangunan Sultan Iskandar (BSI), di sini dan Kompleks Sultan Abu Bakar (KSAB), Iskandar Puteri, sempena Tahun Baharu Cina pada 10 dan 11 Februari  ini.

Pengarah Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Johor, Baharuddin Tahir berkata, kesemua agensi berkaitan akan beroperasi secara penuh bagi melicinkan aliran di kedua-dua laluan masuk itu.

Beliau berkata, Pihak Berkuasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA) Singapura turut memberikan komitmen sama, sekali gus menjelaskan JIM Johor mengambil beberapa inisiatif termasuk membuka kesemua kaunter pemeriksaan di CIQ BSI dan KSAB.

"BSI sebanyak 284 kaunter pemeriksaan dan KSAB 169 kaunter (dibuka). Kita akan beroperasi pada kadar maksimum di semua mod laluan masuk termasuk kereta, bas, lori dan motosikal," katanya, pada sidang media Inisiatif Mengatasi Kesesakan di CIQ BSI dan KSAB Sempena Persediaan Menghadapi Tahun Baharu Cina dan Cuti Sekolah di sini, hari ini.

Baharuddin berkata, laluan kontra bas di BSI akan diaktifkan, yang akan mengurangkan masa menunggu sebanyak 50 peratus.

Beliau berkata, kawalan keselamatan dan trafik juga akan dijalankan secara bersepadu bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) dan Bahagian Penguatkuasa JIM.

"Selain itu, Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) turut bersedia untuk menempatkan pegawai kastam dan semua laluan pemeriksaan penumpang masuk dan keluar, dibuka sepenuhnya.

"la bagi memastikan kelancaran pemeriksaan di semua lokasi pemeriksaan kastam selama 24 jam, bermula 7 hingga 12 Februari 2024. Laluan pemeriksaan kargo akan dibuka sepenuhnya sebagaimana keperluan operasi pada tempoh tersebut," katanya.

Sementara itu, Baharuddin berkata, sebanyak 348,693 pengembara dicatatkan memasuki negara ini menerusi CIQ BSI dan KSAB, dalam tempoh dua hari sambutan Tahun Baharu Cina pada 20 dan 21 Januari 2023.

Beliau berkata, setakat 31 Januari lalu, lebih 5.2 juta pengembara direkodkan memasuki negara ini menerusi CIQ BSI dan KSAB. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 hari yang lalu

Lesen Perniagaan Network School Dibatalkan, Operasi Ditamatkan Esok

2

Semasa 3 hari yang lalu

Lelaki, Wanita Ditahan, Disyaki Berkhalwat Dalam Bilik Hotel

3

Semasa 4 hari yang lalu

Network School Forest City: Kerajan Johor Arah Tutup 1 Premis Langgar Peraturan

4

Semasa 5 hari yang lalu

Campak Bayi Dari Tingkap Hotel, Gadis Rohingya Berdepan Hukuman Mati 

Sorotan

1

Diperdaya Pelaburan Palsu, Pengarah Syarikat Rugi RM10 Juta

2

PRN Negeri Sembilan: Kerjasama PN & BN Jadi PBN - Hamzah

3

Lesen Di Malaysia Batal, Network School Pindah Ke Kazakhstan

4

Zahid Nafi Dakwaan Pertemuan BN-PN-GPS-GRS, Tegaskan Komitmen Kepada Kerajaan Perpaduan

5

Tadbir Urus Yang Baik, Kestabilan Politik Asas Kemakmuran Negara - Sultan Nazrin 

6

Terima Rasuah RM500, Ketua Balai Digantung Tugas 

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Lesen Perniagaan Network School Dibatalkan, Operasi Ditamatkan Esok

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

3 Maut Lori Bawa Ayam Rempuh Treler Parkir Di Bahu Jalan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Terima Rasuah RM500, Ketua Balai Digantung Tugas 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 15 jam yang lalu

Diperdaya Pelaburan Palsu, Pengarah Syarikat Rugi RM10 Juta

oleh Sophia Ahmad