web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


TNB Minta Orang Ramai Jaga Keselamatan Elektrik Ketika Banjir

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 11 Nov 2023 12:46PM

gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Tenaga Nasional Berhad (TNB) menasihatkan orang ramai supaya sentiasa memberi keutamaan dan menekankan kepentingan penggunaan peralatan elektrik secara berhemah sepanjang musim tengkujuh yang dijangka bermula hari ini hingga Mac tahun hadapan.

Pemangku Ketua Komunikasi Korporat Kumpulan TNB, Wan Seri Rahayu Wan Mohamad Said dalam kenyataan hari ini, mengingatkan orang ramai supaya menutup semua suis utama di premis masing-masing, sekiranya air mula meningkat dan diarahkan berpindah ke pusat pemindahan sementara.

"Dengan ramalan hujan lebat yang berterusan di beberapa negeri, kemungkinan berlakunya banjir di kawasan berkedudukan rendah semakin tinggi. Bagi penduduk di kawasan banjir, penting untuk mematuhi arahan pihak berkuasa jika diminta untuk berpindah.

"Mereka juga digalakkan untuk menghubungi TNB CareLine menerusi talian 15454 atau menerusi Facebook TNB Careline jika terdapat pepasangan TNB yang terputus atau tumbang bagi tindakan segera demi keselamatan awam, selain terus memantau keadaan setiap pepasangan dari semasa ke semasa," katanya.

Beliau berkata, TNB juga akan bertindak memutuskan bekalan elektrik ke kawasan terbabit untuk sementara waktu demi keselamatan orang awam dan ia hanya akan dipulihkan semula selepas air surut dan keadaan kembali selamat.

Dalam kenyataan sama, Wan Seri Rahayu turut menyenaraikan beberapa langkah yang boleh diambil semasa prabanjir, banjir dan selepas banjir.

Menurutnya, antara perkara yang perlu dilakukan semasa prabanjir adalah mengalihkan peralatan elektrik ke aras yang lebih tinggi, manakala semasa banjir, orang ramai perlu memastikan suis utama ditutup untuk mengelakkan renjatan elektrik dan tidak memasuki kawasan yang dinaiki air.

"Selain itu, elakkan daripada menyentuh peralatan atau kabel elektrik yang terendam dalam air banjir, walaupun ia bersalut dengan penebat, elak daripada mendekati atau menyentuh tiang besi atau pepasangan TNB yang terendam dalam air untuk mengelakkan risiko renjatan elektrik dan pastikan semua suis di soket aliran keluar ditutup," katanya.

Beliau turut meminta orang ramai supaya mengecas lebih awal bank kuasa bagi membolehkan mereka mengecas telefon bimbit untuk memudahkan urusan komunikasi dan matikan sistem, sekiranya premis dipasang dengan sistem solar fotovoltaik sebelum meninggalkan rumah.

Bagi panduan keselamatan elektrik selepas banjir pula, katanya orang ramai dinasihatkan mematikan suis utama elektrik sebelum membersihkan alat elektrik dan memeriksa alat elektrik yang terendam oleh kontraktor elektrik yang berdaftar dengan Suruhanjaya Tenaga.

Wan Seri Rahayu juga memaklumkan bahawa TNB sudah bersedia menghadapi kemungkinan bencana banjir dengan persiapan rapi bagi memastikan pengurusan bekalan tenaga elektrik teratur dan berkesan. - BERNAMA
 

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 bulan yang lalu

Banjir: 43 Orang Ditempatkan Di 2 PPS Di Perak

2

Semasa 4 bulan yang lalu

Banjir Sabah: Mangsa Terus Meningkat Kepada 4,458 Orang Petang Ini

3

Semasa 4 bulan yang lalu

Lebih 4,000 Mangsa Banjir Di Sabah Berlindung Di 32 PPS Setakat Pagi Ini

4

Semasa 7 bulan yang lalu

6,000 Rakyat Malaysia Berjaya Dibawa Keluar Dari Hat Yai

Sorotan

1

Zahid Nafi Dakwaan Pertemuan BN-PN-GPS-GRS, Tegaskan Komitmen Kepada Kerajaan Perpaduan

2

Tadbir Urus Yang Baik, Kestabilan Politik Asas Kemakmuran Negara - Sultan Nazrin 

3

Terima Rasuah RM500, Ketua Balai Digantung Tugas 

4

3 Maut Lori Bawa Ayam Rempuh Treler Parkir Di Bahu Jalan

5

El Nino Semakin Buruk, Malaysia Berisiko Berdepan Suhu Tertinggi Dalam Sejarah Tahun Depan

6

Dataran Merdeka Bagaikan Lautan Sampah, Hannah Yeoh Luah Rasa Kecewa 

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Dataran Merdeka Bagaikan Lautan Sampah, Hannah Yeoh Luah Rasa Kecewa 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 4 jam yang lalu

Rogol Anak Sulung, Guru Tuisyen Dipenjara 105 Tahun, 70 Sebatan

oleh Sophia Ahmad

Politik 3 jam yang lalu

‘Tak Perlu Letak Jawatan, PM Miliki Kuasa Mutlak Jika Ada Keraguan’ - Zahid Hamidi

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Insiden Polis Tembak Di Durian Tunggal: AGC Arah Inkues Kematian 3 Lelaki

oleh Sophia Ahmad