Berita Terkini

13 jam yang lalu: Mangsa banjir di Batu Pahat tinggal 444 orang setakat 4 petang 13 jam yang lalu: Sesi libat urus perluas sistem pembayaran terbuka lebuh raya - Salahuddin 13 jam yang lalu: Polis tahan dua lelaki, rampas dadah bernilai RM3.22 juta 13 jam yang lalu: Pemohon Skim SRP masih boleh dapat pembiayaan di bawah Skim Jaminan Kredit Perumahan 13 jam yang lalu: 20,041 kes hilang wang daripada institusi perbankan di Malaysia pada 2022

IKUTI KAMI


Motosikal Elektrik Bergerak Seperti Kenderaan Perisik

Kenali kehebatan skuter elektrik buatan Malaysia yang pertama.

Teknovasi Dikemaskini 11 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 06 Apr 2022 8:45AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Siapa sangka dengan teknologi yang ada, Malaysia mampu menghasilkan motosikal elektrik pertama buatan tempatan yang menggunakan kuasa elektrik sepenuhnya. 

Diberi nama Eclimo, ia merupakan produk kenderaan elektrik (EV) yang menggunakan sistem Pemantauan Bateri Berstruktur Nano (BMS), pertama di negara ini. 

Dilancarkan pada tahun 2021 oleh menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Dr Sri Adham Baba, kenderaan ini mungkin nampak seperti sebuah motosikal skuter biasa tetapi prestasinya mampu mengejutkan anda ketika menunggang.

Kali ini dalam segmen Teknovasi kami berkongsi prestasi dan perasaan penulis ketika menunggang motosikal elektrik ini.

Eclimo adalah motosikal elektrik yang mempunyai saiz seakan-akan sebuah skuter. Tidak mempunyai sebarang komponen enjin atau rantai, ia menggunakan kuasa elektrik sepenuhnya untuk bergerak termasuklah butang hon, lampu isyarat dan lampu hadapan. 

Dalam pada itu, mungkin ada tertanya-tanya bagaimana hendak menghidupkan motosikal Eclimo ini? Apa yang mengejutkan penulis, sejurus sahaja kunci dimasukkan pada bahagian lubang kunci, kenderaan ini sudah siap untuk digerakkan. 

Ia tidak mempunyai sebarang butang untuk ditekan. 

Malah tiada sebarang bunyi yang keluar daripada kenderaan tersebut termasuklah apabila pendikitnya dipulas. 

Ia seolah-olah menggunakan kenderaan perisik yang sedang menjalankan pemantauan dan penyiasatan pada waktu malam. 

Selain daripada menggunakan sistem hidraulik pada bahagian brek kiri dan kanan, ia mempunyai berat sehingga 140 kg dan mampu menampung muatan maksimum sehingga 212 kg. 

Bahagian tayarnya pula hadir dengan saiz rim 33 cm dan pada penglihatan penulis, ia lebar dan agak kecil. 

Jadi jangan sesekali membelok kenderaan ini dengan tajam kerana ia boleh menyebabkan motosikal tersebut terkeluar jauh dari landasan dan berisiko untuk tergelincir di atas jalan raya. 

Beralih pula kepada kelajuan, Eclimo mempunyai tiga mod tunggangan iaitu bermula dengan Eco (40 km/j), Normal (60 km/j) dan Max ( 80 km/j). 

Jarak maksimumnya pula mencecah 100 km untuk sekali caj namun terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi jarak tersebut. 

Ini termasuk pembakaran minyak petrol pada motosikal yang menggunakan enjin, jika anda menggunakan mod tunggangan Max, kelajuan tersebut akan memakan bateri dengan lebih kuat dan jarak perjalanannya sekitar 80 km sahaja. 

Bagi penulis ia masih satu jarak yang ideal namun ia tetap bergantung pada kapasiti berat semasa menunggangnya. 

Jika ditunggang bersama pembonceng, maka lambang bar bateri yang ada pada penunjuk minyak akan lebih cepat turun. 

Namun satu lagi perkara yang memukau penulis ialah ketiga-tiga mod mempunyai pick-up yang lembut dan lancar kerana ia mempunyai tork sehingga 110Nm.

Seterusnya pada bahagian baterinya, Eclimo yang berkonsepkan mesra alam menggunakan sel bateri Lithium Ion berasaskan teknologi nano yang mempunyai jangka hayat sebanyak 1000 kali caj. 

Selain itu, ia hanya menggunakan plag tiga pin yang ada wayar sambungan pada motosikal dan hanya perlu dilekatkan pada soket tiga pin yang terdapat di dinding untuk mengecas. 

Malah ia mempunyai sistem auto-cut off semasa mengecas. Jadi anda boleh tinggalkan motosikal ini untuk sementara waktu semasa mengecas dan tiada istilah bateri rosak akibat pengecasan yang berlebihan. 

Tempoh masa yang diambil untuk pengecasan penuh pula adalah sekitar empat jam sahaja. 

Walau bagaimanapun, penulis mendapati ia bergantung juga pada aliran elektrik soket yang digunakan. 

Jika soket tersebut berkongsi aliran dengan beberapa lagi saluran elektrik, masa untuk mengecasnya akan lebih lama.

Dengan harga pasaran bermula RM10,501, Eclimo menawarkan tiga jenis spesifikasi mengikut kehendak pelanggan dengan beberapa varian warna yang menyerlah ketika berapa di atas jalan raya.

Baru-baru ini, penulis membuat penggambaran menggunakan motosikal ini yang berwarna kuning di sekitar Putrajaya. 

Motosikal tersebut ditunggang dan dibonceng bersama juruvideo kami untuk menilai sendiri prestasinya. 

Dalam perjalanan menuju Putrajaya, penulis mendapati kuasa bateri yang digunakan agak kuat. 

Ini kerana berat keseluruhan semasa menunggang hampir mencecah 200 kg apabila menggunakan mod maksimum di atas jalan raya. 

Akan tetapi apabila menukarnya kepada mod Eco ia lebih menjimatkan. 

Ketika berada di jalan besar, penulis juga menyarankan untuk menggunakan mod Max kerana kelajuan tersebut lebih selamat dengan keadaan kenderaan yang memecut laju di jalan besar.

Namun semasa menunggangnya, penulis berdebar melihat bar bateri pada skrin. Ini kerana risau akan kenderaan tersebut mati di tengah jalan akibat kehabisan bateri. 

Bersangkutan dengan hal tersebut, semasa pulang dari penggambaran penulis berhenti seketika di kawasan Petronas Damansara untuk mengecas semula kenderaan. 

Penulis mendapati terdapat soket pada dinding yang tidak berfungsi. 

Setelah mencari soket tiga pin yang berfungsi sebanyak dua kali, kali ketiga barulah penulis mendapatkan soket yang berfungsi.

Pada pendapat penulis jika Malaysia ingin menggalakkan penggunaan motosikal berkuasa elektrik ini, pihak berwajib perlu memastikan plag tiga pin yang berfungsi sentiasa ada di sekitar kawasan stesen minyak, RnR dan seumpamanya. 

Ini memastikan penggunaan kenderaan sedemikian akan meningkat tanpa membuat pengguna berasa risau semasa menunggangnya di kawasan bandar serta dalam jarak dekat. - Getaran, 6 April 2022

Saksikan Video Jelajah Eclimo di sini.

Berita Berkaitan

1

TARA 2 minggu yang lalu

Teknologi Volvo Dalam Bas Dua Tingkat Sani Express - Volvo B11RLE

2

Ekonomi 3 minggu yang lalu

MITI Luluskan Permohonan TESLA Untuk Import Bateri Kenderaan Elektrik Ke Malaysia

3

Semasa 1 bulan yang lalu

Belanjawan 2023: PROTON Harap Persekitaran Kondusif Buat Pembangunan EV

4

TARA 1 bulan yang lalu

Senarai 12 Kereta Elektrik Murah Di Dunia

Sorotan

1

Jangan Salahkan Media, Isu Perkauman Ini Ahli Politik Yang Mulakan!

2

Tambang Bas Sekolah: Jangan ‘Cekik Darah’, Ikut Tempoh Perkhidmatan, Adakan Perbincangan

3

Perkhidmatan Kesihatan Umum ‘Diketepikan’ Demi Perumahan Mewah? NGO Saran Adu Pihak Berkuasa

Disyorkan untuk anda

Gaya 13 jam yang lalu

Stylofest Mega Raya 2023 Anjur Festival Shopping Kekeluargaan Terbesar 73 jam Tanpa Henti 

oleh Wartawan Hiburan Getaran