web statsweb stats

Berita Terkini

3 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Drama Mini Tamil Dirakam Guna Telefon Pintar, Beri Inspirasi Kepada Pengkarya Baharu

Projek itu bertujuan menggalakkan komuniti pencipta kandungan India untuk memelihara identiti budaya menerusi penceritaan autentik melalui inovasi digital.

Teknovasi Dikemaskini 1 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 23 May 2026 9:32AM

Gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Dirakam sepenuhnya menggunakan telefon pintar dengan kos produksi hanya kira-kira RM200, pembikin filem Karthik Shaamalan menghasilkan sebuah drama mini bersiri Tamil yang bertujuan memberi inspirasi kepada pengkarya baharu meneroka penceritaan digital tanpa bergantung pada peralatan mahal.

Siri bertajuk "3SM 3 Sollu Mattumtha" dengan sembilan episod itu dihasilkan Karthik menerusi kerjasama UNITAR International University, dan dirakam sepenuhnya menggunakan iPhone 15 Pro serta mikrofon tanpa wayar bernilai RM50 serta set penapis ND berharga RM99 untuk penggambaran luar.

Dalam temu bual dengan Bernama, beliau berkata daripada bergantung pada peralatan mahal untuk menghasilkan karya berkualiti, pasukan produksi sebaliknya memberi tumpuan kepada penulisan yang kukuh, perancangan rapi, semangat berpasukan serta kreativiti.

"Saya tidak maksudkan yang anda tidak perlu guna peralatan hebat atau canggih. Sebaliknya, yang saya cuba sampaikan ialah jangan tunggu sehingga anda memiliki semua itu untuk merealisasikan impian anda.

"Projek ini khusus buat mereka yang baru hendak berjinak-jinak dalam dunia penerbitan dan sedang mencari tapak untuk bermula," katanya yang ditemui selepas pelancaran projek itu oleh Timbalan Menteri Perpaduan Negara Yuneswaran Ramaraj di kampus UNITAR, Petaling Jaya dekat sini.

Projek itu juga bertujuan menggalakkan komuniti pencipta kandungan India untuk memelihara identiti budaya menerusi penceritaan autentik melalui inovasi digital.

Drama yang disiarkan melalui platform SCIFILM dan saluran YouTube UNITAR itu turut mencerminkan perkembangan ekonomi pencipta kandungan, dengan platform digital seperti YouTube kini semakin berdaya maju sebagai ruang untuk penceritaan bersiri dan keusahawanan kandungan.

Dilakonkan oleh Loga Varman, Dharshamini Kesavan, Thia Lakshana, Suriyan Magissan, Ruvela, Subatra, Tharane dan Ratna Gowri dengan gubahan muzik oleh Hari Mahendran, episod baharu disiarkan setiap Isnin dan Khamis pada 6 petang. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Teknovasi 1 minggu yang lalu

Always Robots Rasmi Beroperasi Di Malaysia, Perkenal Robot Humanoid Berasaskan AI

2

Teknovasi 2 bulan yang lalu

Siri HONOR 600 Dengan Teknologi AI Terkini Dilancar, Kamera Utama 200MP

3

Teknovasi 3 bulan yang lalu

Robot Phone & Magic V6 Letakkan HONOR Di Pentas Dunia MWC 2026

4

Teknovasi 3 bulan yang lalu

Siti Nurhaliza Pemilik Pertama GWM WEY G9 Hi4 PHEV Di  Malaysia

Sorotan

1

Video Buaya Baham Anjing Cetus Kebimbangan Pengunjung Port Dickson

2

PRN Johor: Lebih 300,000 Pengundi Luar Dijangka Pulang Mengundi

3

Masa Depan Nelayan Dan Ekonomi Pesisir Jadi Keutamaan, Faizul Tekad Ubah Masa Depan Tanjung Surat

4

Bakal Berdepan Nama Besar, Calon ‘Underdog’ DUN Pasir Raja Tenang Hadapi Saingan

5

PRN Johor: 3,500 Polis Johor Bertugas Untuk Undi Awal Esok 

6

PRN Johor: Kempen Masuki Fasa Penentuan, Calon Ganda Usaha Raih Sokongan