web statsweb stats

Berita Terkini

3 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Siti Nurhaliza Pemilik Pertama GWM WEY G9 Hi4 PHEV Di  Malaysia

Kenderaan yang diterima Siti merupakan unit yang dipasang secara lokal di Malaysia, sekali gus menandakan pencapaian penting bagi jenama New Energy GWM

Teknovasi Dikemaskini 3 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 10 Mar 2026 5:03PM

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Penyanyi tersohor negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza mencipta sejarah tersendiri apabila menjadi pemilik pertama GWM WEY G9 Hi4 PHEV yang dipasang secara lokal di Malaysia. 

Penyerahan rasmi kenderaan tersebut berlangsung di GWM USJ pada Jumaat lalu, sekali gus menandakan satu pencapaian penting bagi jenama kenderaan New Energy itu di pasaran tempatan.

Berkongsi perasaan beliau, Siti Nurhaliza menyifatkan pemilikan WEY G9 Hi4 PHEV sebagai satu detik yang amat bermakna dalam kehidupannya.

“WEY G9 Hi4 PHEV terasa begitu sempurna dalam melengkapkan kehidupan harian saya. Keselesaan, ruangnya yang luas, dan reka bentuk dalamannya menjadikan setiap perjalanan lebih tenang dan menyeronokkan.

“Sama ada saya menggunakannya untuk keluar bekerja, menghadiri mesyuarat, atau meluangkan masa bersama keluarga tersayang, setiap perjalanan dirasakan berjalan dengan lancar, damai, dan meyakinkan. Inilah maksud sebenar keseimbangan dan kemudahan yang amat saya hargai,” ulas beliau.

Majlis penyerahan ini adalah susulan acara pelancaran rasmi model tersebut yang telah berlangsung di MITEC pada Januari lalu. 

Pada majlis tersebut, Siti Nurhaliza turut diumumkan sebagai duta rasmi jenama WEY G9, sekali gus memperkukuhkan imej MPV pintar ini sebagai kenderaan yang sesuai untuk kegunaan harian seisi keluarga serta keperluan profesional.

Ketua Pegawai Operasi GWM Malaysia, Roslan Abdullah berkata, penyerahan kenderaan ini mencerminkan keyakinan GWM terhadap potensi pasaran Malaysia.

“Kami berasa sungguh berbesar hati untuk menyerahkan WEY G9 Hi4 PHEV kepada Datuk Seri Siti Nurhaliza sebagai pemilik pertama dan duta jenama ini. Sikap profesional, penampilannya yang anggun serta keistimewaan beliau yang berjaya menambat hati peminat daripada pelbagai generasi amat bertepatan dengan nilai yang dibawa oleh WEY G9 Hi4 PHEV sebagai MPV New Energy premium,” katanya.

Tambah beliau, dengan ciri keselamatan yang komprehensif, tahap keselesaan yang tinggi, rekaan sofistikated serta teknologi pintar, WEY G9 Hi4 PHEV direka khusus untuk pemandu yang menghargai prestasi, kehalusan reka bentuk dan keyakinan dalam setiap perjalanan.

Sebagai MPV mewah dengan sistem kuasa elektrik hibrid plug-in, WEY G9 Hi4 PHEV direka untuk menawarkan prestasi mantap, keselesaan yang dipertingkatkan serta kecekapan bertaraf dunia. Sistem hibrid pintar Hi4 bersama susun atur tiga barisan tempat duduk dan ciri premium menjadikannya pilihan ideal untuk keluarga moden serta golongan profesional yang mahukan fleksibiliti tanpa kompromi.

Sejak dilancarkan, WEY G9 Hi4 PHEV telah menerima lebih 800 tempahan dalam minggu pertama, sekali gus menunjukkan sambutan yang amat memberangsangkan dalam kalangan pengguna di Malaysia. Model ini ditawarkan pada harga RM269,800.

Dengan gabungan prestasi sistem hibrid pintar, tahap keselesaan tinggi, ciri keselamatan menyeluruh serta reka bentuk yang teliti, GWM WEY G9 Hi4 PHEV terus mengukuhkan kedudukannya sebagai penanda aras baharu dalam segmen MPV mewah di Malaysia. - Getaran, 10 Mac 2026

Berita Berkaitan

1

Teknovasi 3 hari yang lalu

Always Robots Rasmi Beroperasi Di Malaysia, Perkenal Robot Humanoid Berasaskan AI

2

Teknovasi 1 bulan yang lalu

Drama Mini Tamil Dirakam Guna Telefon Pintar, Beri Inspirasi Kepada Pengkarya Baharu

3

Teknovasi 2 bulan yang lalu

Siri HONOR 600 Dengan Teknologi AI Terkini Dilancar, Kamera Utama 200MP

4

Teknovasi 3 bulan yang lalu

Robot Phone & Magic V6 Letakkan HONOR Di Pentas Dunia MWC 2026

Sorotan

1

Hos Jualan Siaran Langsung Dakwa Jadi Mangsa Buli Siber, Rugi RM70,000

2

Pokok Gergasi Lebih 150 Tahun Tumbang, Warga Emas Nyaris Maut 

3

Keadilan Tidak Wajar Tunduk kepada Kuasa: Karim Khan, ICC Dan Dunia Hari Ini

4

 ‘Double Standard’ Norway Dikecam, Batal Penghantaran Peluru Berpandu Selepas Malaysia Bayar 95 Peratus Kontrak

5

Gara-Gara Memotong Barisan, 2 Lelaki Akhirnya Bertumbuk

6

Pengecualian Caj RM1 Di ATM: 84 Peratus Mesin Terlibat Seluruh Negara - Fahmi