Berita Terkini

8 jam yang lalu: Tokoh Wartawan Negara 2014 Datuk Ahmad Rejal Arbee meninggal dunia awal pagi hari ini - isteri Allahyarham, Datin Noraini Shariff. 3 hari yang lalu: Pengerusi Eksekutif Kumpulan KK Supermart & Superstore Sdn Bhd, Datuk Seri Dr Chai Kee Kan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Shah Alam terhadap tuduhan sengaja melukakan perasaan orang Islam 6 hari yang lalu: KKM nasihatkan semua aktiviti di luar bilik darjah ditangguhkan sementara di semua lokasi yang merekodkan cuaca panas antara 35 hingga 37 darjah celsius 6 hari yang lalu: Pihak Ocean Infinity akan bentang kawasan pencarian baharu MH370 kepada MOT awal Mei - Loke 6 hari yang lalu: MAVCOM tambah 342 penerbangan domestik di seluruh negara untuk perjalanan antara 3 hingga 18 April - Loke

IKUTI KAMI


5 Artis Hip Hop/Trap Tempatan Baharu Yang Perlu Anda Ketahui

Dengan berbekalkan semangat D.I.Y. dan indie, dapat dilihat ramai penggiat seni muzik hip hop yang kebanyakannya terdiri daripada anak-anak muda, muncul dengan karya-karya seni hebat dan menghiburkan.

TARA Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 11 Jul 2021 11:46AM

ForceParkBois dan Dato' Maw

oleh

Edd Zahir

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Pastinya semua sudah sedia maklum bahawa scene hip hop di Malaysia sudah mula bertapak di Malaysia sejak awal tahun 90-an lagi. Namun boleh dilihat genre hip hop mula mengembangkan sayap di arus perdana industri muzik tempatan bermula pada awal tahun 2010-an.

Tidak dinafikan lagi hip-hop merupakan genre muzik yang sedang popular dan kian mendapat tempat di kalangan penggemar muzik tempatan pada masa sekarang.

Jika dilihat pada ‘Carta Malaysia Top 50’ di aplikasi pengstriman muzik Spotify, walaupun genre pop balada masih lagi menjadi pilihan utama, tapi ternyata pengaruh lagu-lagu dalam genre hip hop di dalam carta adalah sangat besar. 

Dengan perkembangan teknologi yang ada pada masa sekarang, ianya ternyata banyak membantu penggiat dan penggemar muzik untuk menghasilkan sesebuah karya dengan lebih mudah.

Dengan berbekalkan semangat D.I.Y. dan indie (yang sudah lama tertanam sejak dari scene bawah tanah pada tahun 90-an lagi), dapat dilihat ramai penggiat seni muzik hip hop yang kebanyakannya terdiri daripada anak-anak muda, muncul dengan karya-karya seni hebat dan menghiburkan.

Aplikasi sedia ada seperti YouTube dan Soundcloud kini menjadi platform utama bagi penggiat muzik untuk berkongsi karya muzik dan juga untuk penggemar muzik untuk menemui muzik dan artis baharu. 

Dengan itu, berikut merupakan lima artis atau kolektif hip-hop/trap baharu yang sedang mendapat tempat di kalangan penggemar muzik tempatan yang perlu anda ketahui. 

 

ForceParkBois

Sehingga artikel ini ditulis, lagu ‘Lotus’ oleh ForceParkBois telah melepasi angka lebih 2 juta jumlah strim di aplikasi Spotify dan telah berada pada tangga pertama Carta Spotify Malaysia Top 50 Mingguan (Domestik - Bahasa Melayu) untuk jumlah strim mingguan tertinggi (lebih 160 ribu strim) selama 8 minggu berturut-turut.

Muzik video lagu tersebut hampir mencapai angka 10 juta views di YouTube dan salah satu lagu yang paling popular di aplikasi TikTok.

Dengan pencapaian yang sangat membanggakan ini, diramalkan bahawa kolektif yang dianggotai oleh 15 orang anak muda dari Taman Daya, Johor Bahru ini bakal menggegarkan industri muzik tempatan kelak.

 

Quai

Jika ditanya soalan ‘Siapakah rapper baru kegemaran anda?’ pada penggiat muzik hip-hop atau rapper kegemaran anda, kebarangkalian besar jawapan yang diperolehi adalah Quai.

Kekuatan Quai semestinya pada wordplay yang kreatif pada lirik beliau, satu skill yang berharga untuk menjadi seorang rapper yang mempunyai bars yang berkualiti.

Digabungkan dengan gaya penyampaian laid-back (satu stail yang prominent dalam kolektif 0108 Kroni Selatan) dalam produksi auto-tune dan beat yang kemas, Quai merupakan satu kuasa baru dalam muzik hip-hop/trap yang perlu anda ketahui. 

 

Dato’ Maw

Tak dinafikan kebanyakan penggiat seni di dalam scene hip hop tempatan didominasi oleh satu kumpulan etnik sahaja tidak kira sama ada di arus perdana atau di bawah tanah.

Namun kehadiran Dato’ Maw yang cuba untuk menongkah arus dengan membawa apa yang digelarnya sebagai ‘Cina Music’ iaitu gabungan muzik trap yang bertenaga dengan lirik yang menggabungkan dialek Hokkien, Mandarin, Kantonis dan Bahasa Inggeris harus diberikan perhatian.

Dia yang berasal dari Bayan Lepas, Pulau Pinang juga merupakan salah seorang finalis ‘Top 4’ di dalam Levi’s Music Project di bawah bimbingan mentor Jennifer Thompson dan Jin Hackman dan juga mempunyai label rakaman beliau sendiri iaitu Ban Huat Sdn. Bhd.

 

Kungfu Heidi

Melissa Heidi asalnya bermula di dalam scene punk tempatan sebelum memulakan transisi sebagai seorang penggiat muzik hip hop dengan nama Hades bermula tahun 2018.

Kini menggelarkan dirinya sebagai Kungfu Heidi, gadis bersaiz kecil yang berasal dari Gombak dan bernaung di bawah Blavkmind Records ini mempunyai potensi yang sangat besar sebagai artis hip hop wanita yang bakal menyerlah.

Karakternya yang sangat bertenaga dan ‘cheeky’ dapat diterjemahkan dengan baik di dalam lirik dan gaya penyampaian baris-baris rapnya. 

 

Gard Wuzgut

Gard Wuzgut merupakan sebuah projek kolaborasi di antara duo hip hop/modern R&B Gard dan penerbit muzik Wuzgut yang berasal dari Johor.

Mereka muncul pertama kali dengan EP ‘CPR (Club Perenang Rohani)’ yang menampilkan lagu ‘Wonderland’ yang setakat ini hampir mencecah 3 juta jumlah strim di aplikasi Spotify.

Gaya penyampaian Gard yang santai dengan menggunakan lirik campuran street slang Bahasa Melayu dan Inggeris, digabungkan pula dengan beat dan melodi trap berapi dari Wuzgut merupakan kombinasi yang sangat berkesan dan sedap didengari.

Gard Wuzgut dari kolektif 0108 Kroni Slatan kini muncul dengan album ‘OST (Ombak Selatan Tertinggi)’ yang menampilkan kolaborasi dengan artis seperti Airliftz, K-Main dan MonoloQue. - Getaran, 11 Julai 2021




 

Isu Pada

Inkarnasi Joe Flizzow

10 Jul 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 hari yang lalu

Anwar Terima Kunjungan Menteri Luar India

2

Sukan 2 hari yang lalu

Beraksi Di Laman Sendiri Gagal Bantu Harimau Malaya Saingi Kehebatan Oman

3

Semasa 5 hari yang lalu

Malaysia Hantar 100 Kontena Bantuan Ke Gaza

4

Sukan 1 minggu yang lalu

Oman Beri Harimau Malaya Kekalahan Pertama

Sorotan

1

PNB Umum Pengagihan Pendapatan 5.25 Sen Bagi ASB 2 Dan 4.75 Sen Bagi ASM 

2

Mohd Na'im Jalani Pembedahan Kecil Buang Kelenjar Air Liur

3

Polis Tahan Lelaki Disyaki Abai Kanak-kanak  

4

Padang Bukan Faktor Penentu Kekalahan Malaysia Kepada Oman - Darren

5

Dasar Buku Negara Diteliti Semula - Fadhlina

6

Perdana Menteri Dijangka Hadir Majlis Iftar MADANI Anjuran JAKIM Esok