web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 2 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Gelora 'Ombak Slatan Tertinggi' Gard Wuzgut

Gard Wuzgut sebenarnya lebih popular di platform penstriman dan laman media sosial daripada ramai penyanyi papan atas. Belum kenal siapa mereka? Teruskan membaca tulisan kami.

Indie Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 12 Mar 2021 8:45AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Siapa yang tak tahu lagu ‘Wonderland’ nyanyian Gard Wuzgut? Single hit ini telah meraih 2.6 juta strim di laman penstriman digital Spotify dan menjadi siulan ramai anak muda. 

Gard Wuzgut adalah projek kolaborasi  rapper, penyanyi dan penulis lagu, Gard bersama penerbit muzik, Wuzgut. Nama duo ini adalah gabungan nama dua individu dan disebut sebagai 'Gard What’s Good.' “Ramai yang ingat Gard Wuzgut hanya seorang penyanyi tetapi sebenarnya kami duo,” kata Gard. 

Perjalanan Gard dalam dunia muzik ini bermula ketika beliau bekerja di kedai retail di KLCC. Timbul persoalan di dalam dirinya, “Adakah saya mahu hidup begini selamanya atau adakah alternatif lain untuk menjana pendapatan?” Gard menyedari bahawa sejak kecil beliau berminat dalam penulisan muzik dan mengambil keputusan untuk terjun dalam bidang muzik sepenuh masa.

Setelah mencatatkan kejayaan dengan EP pertama mereka, ‘Club Perenang Rohani’ (CPR) pada 2019, mereka kini kembali dengan album terbaharu berjudul Ombak Slatan Tertinggi (OST). Album OST ini merupakan sekuel kepada EP 'CPR' yang berkonsep seperti filem.

Album ini menceritakan tentang perjalanan kehidupan mereka setelah menjadi lebih popular dan dikenali ramai serta pelbagai pengalaman kehidupan yang dekat dengan semua lapisan umur. 

“Album ini dirakam selepas rakaman 'CPR' dilakukan jadi tiada penghalang dari segi rakaman semasa pandemik ini,” katanya.

Gard menceritakan bahawa rakaman lagu-lagu Gard Wuzgut dilakukan di studio rumah kawannya atau di AirBnB. “Kami akan berkongsi duit untuk menempah bilik selama tiga hari dua malam bagi menyiapkan album. Disebabkan kami senang bekerjasama antara satu sama lain, proses pembuatan dan rakaman lagu berjalan dengan lancar,” katanya.

Bila ditanya apakah harapan duo ini buat industri muzik tempatan, Gard berkata “Saya berharap muzik Malaysia akan lebih berkembang dan pergi jauh seperti K-pop. Saya juga berharap rakyat Malaysia dapat memahami bahawa muzik bukan setakat MP3 dan fail audio sahaja."

"Ada ramai artis tempatan yang mengumpul duit untuk mengeluarkan video muzik dan rakaman single atau album mereka. Semua artis mempunyai satu niat iaitu membuat semua orang gembira apabila mendengar lagu mereka. Justeru itu, saya berharap agar muzik tempatan dapat dihargai oleh semua.”

Gard juga berkongsi niat membuka akademi muzik kos rendah buat sesiapa yang ingin mempelajari muzik. “Sebelum saya pergi, saya juga ingin meninggalkan budi kepada generasi baharu di Malaysia,” katanya.

Gard menasihati agar artis dan rapper tempatan baharu atau sesiapa pun yang berminat dengan industri ini untuk yakin dan percaya kepada diri sendiri dan produk muzik mereka. “Memanglah apabila kita baharu, orang tidak akan memandang kita tetapi percaya cakap saya, dalam seribu orang, mesti ada satu atau dua yang akan suka lagu kita. Dari situ, bilangan peminat akan bertambah. Muzik ini macam pokok. Tak semestinya kita tanam biji hari ini ia akan tumbuh menjadi pokok selepas sehari. Kita tidak tahu bila ia akan menjadi hutan. Mungkin lusa atau pun selepas bertahun-tahun.”

"Tambahan lagi, kita mesti ada kata-kata pegangan untuk mengingatkan diri bahawa kita memiliki potensi besar. Saya percaya semua orang ada timing sendiri dalam hidup kerana manusia dicipta dengan tujuan masing-masing.” 

Walau bagaimanapun, Gard Wuzgut ingin keluar daripada kepompong ‘indie’ kerana merasakan muzik mereka diterima umum. Selain itu, mereka juga berkata, “Dalam era digital ini, muzik boleh dinikmati oleh semua dan tiada lagi istilah indie atau mainstream.”

Album terbaharu Gard Wuzgut berjudul Ombak Slatan Tertinggi boleh didengar di pelbagai platform muzik seperti Spotify dan iTunes. - Getaran, 12 Mac 2021

Semua gambar: Ihsan TongTong Asia/ Gard Wuzgut

Berita Berkaitan

1

Muzik 21 jam yang lalu

Tiket AJL40 Tinggal 20 Peratus, Bahang Malam Muzik Paling Berprestij Negara Kian Memuncak

2

Muzik 1 minggu yang lalu

Demi Peminat, Ella Rela Ubah Perancangan Besar Homecoming Edisi 60 Permata Biru

3

Muzik 2 minggu yang lalu

Konsert Rumah Hati Terima Sambutan Hangat, 80 Peratus Tiket Sudah Terjual

4

Muzik 3 minggu yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

Sorotan

1

‘Saya Hormat Keputusan Mahkamah, Sabar Tunggu 13 Julai’ - Syed Saddiq

2

Pasport Baharu Dilancar, Malaysia Kekalkan Kedudukan Pasport Ketiga Terkuat Dunia

3

Warga Australia Didakwa Bunuh Remaja Thailand, Mayat Ditemui Dalam Bagasi 

4

Lebih 4,500 Kes Kanak-Kanak Hilang Direkod Antara 2021 - 2025

5

Keputusan Rayuan Akhir Kes Syed Saddiq 13 Julai

6

Rayuan Akhir Pendakwaan: Peguam Yakin Keputusan Memihak Kepada Syed Saddiq 

Disyorkan untuk anda

Muzik 21 jam yang lalu

Tiket AJL40 Tinggal 20 Peratus, Bahang Malam Muzik Paling Berprestij Negara Kian Memuncak

oleh Rahayu MN