web statsweb stats

Berita Terkini

5 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 5 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


6 Ciri Teknologi Monitor OLED, Pilihan Gamers Masa Kini

Kemajuan teknologi skrin ini adalah aspek penting untuk golongan gamers memenuhi kepuasan dan keselesaan ketika beraksi dalam alam maya

TARA Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 Dec 2023 5:02PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Monitor gaming OLED (Diod Pemancar Cahaya Organik) jelas menjadi pilihan utama kepada penggemar permainan dalam talian. 

Kemajuan teknologi skrin ini adalah aspek penting untuk golongan gamers memenuhi kepuasan dan keselesaan ketika beraksi dalam alam maya.

Hampir seluruh jenama telah membuat penambahbaikan dan inovasi terbaik terhadap produk mereka, dengah menerapkan paparan OLED berbanding LCD (Paparan Hablur Cecair) dan LED (Diod Pemancar Cahaya) tradisional. 

Hari ini penulis berkongsi enam ciri-ciri  teknologi monitor OLED yang penting untuk masa depan.

Kualiti Paparan Dan Visual Yang Lebih Nyata

Dengan teknologi OLED, piksel untuk memancarkan cahaya tanpa memerlukan bantuan seperti LCD atau LED adalah penting untuk memberikan pemain visual yang seakan-akan hidup dalam gelap dan lebih kontras.

Genre permainan aksi pantas memerlukan penyesuaian segera mengikut perubahan situasi dari sudut tona warna yang lebih realistik. Ini kerana penstrim boleh bertindak balas dengan selesa kepada sebarang perubahan mendadak, melaraskan strategi dan membuat keputusan segera. Kualiti gambar OLED memastikan anda tidak terlepas sebarang rentak dalam perjalanan permainan anda.

Ketinggian Kadar Segar Semula Menjamin Pergerakan Yang Lancar 

Ketinggian kadar segar ialah asas kepada kelancaran permainan dan merupakan elemen penting untuk pengalaman bermain yang mengasyikkan. Diukur dalam unit Hz, ia merujuk kepada bilangan bingkai yang dipaparkan setiap saat dan secara langsung dapat mempengaruhi keupayaan anda untuk bertindak dalam situasi kritikal.

Monitor OLED yang terkenal dengan kadar segar yang tinggi hingga 240Hz sangat ideal untuk pertandingan kompetitif seperti menembak dan perlumbaan, terutamanya apabila perbezaan satu milisaat dapat menentukan keputusan akhir pertandingan. Selain itu, peralihan bingkai yang lebih lancar juga dapat mengurangkan keletihan mata.

Masa Tindak Balas Lebih Pantas

Paparan OLED merevolusikan pengalaman bermain dengan masa tindak balas sepantas kilat. Ia sesuatu yang tidak dapat dicapai oleh panel LCD konvensional. Struktur pemancar yang mampu menghasilkan cahayanya sendiri tanpa memerlukan cahaya latar membolehkan OLED bertindak balas pada kelajuan sehingga 100 kali lebih pantas daripada LCD. 

Hasilnya ialah pengalaman gaming yang hampir segera di mana setiap tindakan dapat disaksikan pada skrin dengan serta-merta. Tahap respons yang baik dapat memastikan visual yang paling jelas untuk ketepatan paparan yang tiada tandingan.

Reka Bentuk Minimalis Yang Menarik

Kelihatan kemas dengan reka bentuk minimalis, monitor OLED adalah pilihan ideal untuk setiap persekitaran gaming. Profilnya yang nipis dan rapi dapat dipadankan dengan ruang gaming anda sama ada di bilik khusus atau ruang kongsi.

Ini bagi  melengkapkan gaya peribadi anda semasa bermain mengikut citarasa dan dapat memaksimumkan penggunaan ruang persekitaran gaming yang teratur.

Anti-Silau Dan Pantulan Rendah 

Monitor OLED yang dilengkapi dengan teknologi salutan pantulan rendah anti-silau (AGLR) dapat mengurangkan gangguan skrin dengan ketara untuk memastikan permainan tidak terganggu, sekali gus membolehkan anda memberi tumpuan penuh kepada permainan. 

Salah satu monitor yang dilengkapi dengan teknologi ini adalah Monitor OLED LG UltraGear yang direka dengan nisbah kontras dan masa tindak balas sepantas kilat. 

Keselesaan Mata Dipertingkatkan

Teknologi OLED berupaya untuk mengurangkan tekanan pada mata sambil menjanjikan keselesaan visual berbanding panel LCD dan LED. Ini kerana OLED mencipta cahaya bersifat lembut secara semula jadi bagi menghasilkan visual yang lebih selesa untuk dipandang.

Ciri istimewa ini membolehkan sesi permainan dilanjutkan lagi tanpa sebarang kesakitan di mata dan kepala.

Bagi mereka yang inginkan pengalaman imersif, skrin paparan melengkung boleh dijadikan pilihan kerana skrin seperti ini direka dengan menghalakan cahaya yang lebih tepat ke arah mata anda untuk memberi sudut pandang yang luas kepada pengguna. - Getaran, 2 Disember 2023

Sumber Foto: LG

Isu Pada

Pesona Nana Mahazan 2 Disember

02 Dec 2023

Berita Berkaitan

1

TARA 2 tahun yang lalu

Di Mana Mahu Dapatkan Pakaian Untuk Percutian Musim Sejuk? 

2

TARA 2 tahun yang lalu

5 Berita Hiburan Paling Panas Dan Jadi Bualan Netizen Sepanjang 2023

3

TARA 2 tahun yang lalu

5 Filem, Siri Menarik Di Netflix Untuk Tontonan Cuti Tahun Baharu

4

TARA 2 tahun yang lalu

6 Saluran Percuma Astro Sempena Tahun Baharu

Sorotan

1

Kartel Perolehan Awam RM2.5 Juta Tumpas, 13 Individu Ditahan

2

X70 Bertembung Dengan Treler; Ibu, Anak Lelaki 10 Tahun Maut

3

‘Adakah Saya Angkuh Jika Dengar Suara Majoriti Bangsa Johor?’ - Onn Hafiz

4

Malaysia Sedia Bantu Pelajar Palestin, Bina Semula Kekuatan Bangsa - Zambry

5

Hubungan Iran-AS Tunjuk Isyarat Positif, Selat Hormuz Perlu Dibuka Semula - PM 

6

Penjenamaan Semula PAS Tugas Berat, Persepsi Awam Sukar Diubah - Penganalisis