web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Barbie Buat Penampilan Pertama, Roblox Sasar Tarik Lebih Ramai Pemain Wanita

Mattel dan pembangun permainan metaverse Gamefam membawa kandungan bertema Barbie ke platform Roblox bagi menarik lebih ramai pengguna

TARA Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 12 Nov 2023 12:55PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Roblox muncul sebagai fenomena luar biasa tahun ini, khususnya dalam kalangan kanak-kanak.

Populariti permainan atas talian ini menyebabkan ia menarik minat pelbagai jenama terkemuka dunia untuk menjalinkan kerjasama.

Mattel tidak terkecuali menunjukkan minat dan hasilnya, Barbie membuat kemunculan pertama dalam permainan tersebut.

Barbie DreamHouse Tycoon
Barbie DreamHouse Tycoon

Meletakkan sasaran untuk menarik minat lebih ramai pengguna, ia turut melibatkan kerjasama pembangun permainan metaverse, Gamefam.

Dikenali sebagai Barbie DreamHouse Tycoon, ia disediakan secara percuma di Roblox dan membolehkan pemain menggayakan watak Barbie masing-masing, menggunakan avatar disediakan.

Mereka juga bebas beraksi dengan fesyen dan aksesori terkini untuk mencipta gaya dikehendaki.

Barbie edisi Roblox memiliki sembilan warna kulit dan jenis badan berbeza, 15 konfigurasi muka, solekan serta pelbagai gaya rambut
Barbie edisi Roblox memiliki sembilan warna kulit dan jenis badan berbeza, 15 konfigurasi muka, solekan serta pelbagai gaya rambut

Pemain juga berpeluang mencipta Barbie pilihan sendiri, berdasarkan sembilan warna kulit dan jenis badan berbeza, 15 konfigurasi muka, solekan serta pelbagai gaya rambut.

Bukan itu sahaja, pemain juga boleh membina DreamHouse mewah sebesar setinggi bangunan empat tingkat yang dilengkapi 30 bilik khas termasuk studio yoga, pejabat dan studio rakaman.

Pemain juga dibenarkan melawat DreamHouse milik pemain lain dan berseronok di ruang maya mereka, sebelum meluangkan masa di Dataran Bandar Malibu.

Pemain berpeluang mencuba pelbagai kerjaya seperti Pereka Fesyen
Pemain berpeluang mencuba pelbagai kerjaya seperti Pereka Fesyen

Turut dicipta ialah pantai Malibu sebagai satu daripada beberapa lokasi rekreasi. Pemain juga berpeluang meneroka variasi kerjaya dikehendaki seperti cef, bintang pop dan pereka fesyen dalam permainan mini yang menarik. 

Bandar Malibu pula digambarkan sebagai kawasan kediaman yang dilengkapi pelbagai kemudahahan seperti kedai roti, klinik haiwan, butik pakaian, pusat sains, dewan bandar dan padang sukan.

Mike DeLaet
Mike DeLaet

Ketua Global Permainan Digital Mattel, Mike DeLaet berkata, ini adalah masa paling tepat untuk mempromosikan Barbie sebagai mainan terlaris dunia.

“Dengan rangkaian Barbie yang hebat selama bertahun-tahun, saya merasakan ini masa yang sesuai untuk meneroka kerjasama dengan Roblox.

“Sebagai salah satu jenama yang mencipta populariti dengan begitu pantas, kami amat teruja apabila berpeluang menampilkan Barbie dan berharap ia mampu menarik minat pemain baharu,” katanya.

Dengan pengaruh Roblox yang semakin meluas, kerjasama ini tidak syak lagi adalah langkah bijak untuk manfaat kedua belah pihak.

Kerjasama keduanya juga dijangka berupaya menarik minat lebih ramai pemain wanita. – Getaran, 12 November 2023

Sumber: roblox.com

Isu Pada

Sembunyikan Diri, Damaikan Hati di Coconest Langkawi 18 Nov

18 Nov 2023

Berita Berkaitan

1

TARA 2 tahun yang lalu

Di Mana Mahu Dapatkan Pakaian Untuk Percutian Musim Sejuk? 

2

TARA 2 tahun yang lalu

5 Berita Hiburan Paling Panas Dan Jadi Bualan Netizen Sepanjang 2023

3

TARA 2 tahun yang lalu

5 Filem, Siri Menarik Di Netflix Untuk Tontonan Cuti Tahun Baharu

4

TARA 2 tahun yang lalu

6 Saluran Percuma Astro Sempena Tahun Baharu

Sorotan

1

Notis Pemakluman Rasmi Pembubaran DUN Negeri Sembilan Diserahkan Hari Ini

2

Pemimpin Adat Dilarang Masuk Ke Majlis DKU, Kediaman Rasmi Tunku Besar Tampin Dilanda Kekecohan

3

Nahas Simpang Renggam: Suspek Disiasat Kerana Membunuh

4

Jentera PH Untuk PRN Johor Dilancar Esok

5

DAP Tangguh Persidangan Kebangsaan, Pertahan Semua Kerusi Penyandang Di Johor Negeri Sembilan

6

DUN Negeri Sembilan Bubar Hari Ini