Berita Terkini

1 minggu yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 1 minggu yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 3 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 3 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Pengalaman Kulinari Luar Biasa Di 1-Altitude Melaka

Terletak di atas bangunan Hatten City yang berlatar belakangkan pemandangan bandaraya Melaka 360 darjah, 1-Altitude Melaka terdiri daripada beberapa kafe dan bar

TARA Dikemaskini 6 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 29 Oct 2023 1:22PM

1-Altitude Melaka menjanjikan pemandangan yang amat memukau mata

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Melaka antara negeri yang tidak pernah berhenti mengejutkan para pengembara yang suka ke sana. Ada sahaja ‘sesuatu’ yang menggamit orang ramai supaya datang dan menikmati sebuah percutian yang menyeronokkan.

Terbaru, 1-Group, penyedia utama konsep gaya hidup-hospitaliti Singapura, menjemput pencinta kulinari untuk melawat jenama ikoniknya, 1-Altitude Melaka yang telah memenangi pelbagai anugerah.

Pemandangan indah di 1-Altitude Melaka
Pemandangan indah di 1-Altitude Melaka

Terletak di atas Hatten City yang menawarkan pemandangan 360 darjah bandar Melaka dan Selat yang menakjubkan, destinasi gaya hidup tertinggi di Melaka ini meliputi kawasan seluas 100,000 kaki persegi, menawarkan pilihan restoran istimewa bertaraf dunia, kafe yang menawan, bar yang meriah, dan pengalaman kehidupan malam yang menggembirakan. 

Sebagai panduan, berikut Getaran senaraikan lokasi selera yang menanti anda di 1-Altitude Melaka.

1. Wildseed Café

Pembukaan Wildseed Café pada Julai 2023 menandakan permulaan operasi salah satu daripada tujuh kafenya yang bertaraf dunia dengan kelas tersendiri oleh 1-Group. Ia berada betul betul di tengah bandar bersejarah Melaka dan baru-baru ini, MONTI, FLNT dan juga 1-Altitude Rooftop juga telah membuka pintunya di 1-Altitude Melaka.

Wildseed Café & Bistro merupakan kafe tertinggi di Melaka di mana ia berada di ketinggian 195 meter dari paras tanah. Rekaan, dekorasi dalaman, dan citarasa yang dipersembahkan seolah-olah memberi penghargaan pada warisan bandar ini.

Dengan pemandangan Selat Melaka yang menakjubkan, kafe ini menawarkan pengalaman gastronomi yang tiada taranya. Ia dikelilingi landskap menghijau, sama seperti cawangan di Singapura. 

Wagyu Beef Burger
Wagyu Beef Burger

Bersantai dalam suasana penuh elemen kehijauan sambil menikmati kopi artisan yang baru dipanggang pasti membuatkan hati anda berbunga riang. Jangan lupa memesan barisan menu yang memikat selera seperti pastri bertemakan floral, Roti Bakar ‘Atas’ dengan sapuan kaya, burger daging wagyu, linguine ketam kulit lembut bercili serta kek lobak merah. Percayalah, anda tidak akan menyesal. 

Antara menu sarapan pagi di Wildseed Cafe
Antara menu sarapan pagi di Wildseed Cafe

2. MONTI

Ditubuhkan pada tahun 2016, MONTI pula merupakan sebuah restoran Itali dengan status pemenang anugerah yang pantas menguasai senario tempat makan dan menjadi restoran kebanggaan Marina Bay di Fullerton Bay Pavilion, Singapura. 

MONTI terletak di dua tingkat teratas dengan tingkap kaca dari lantai ke siling yang menakjubkan. Ia menawarkan satu sudut pandang terbaik. Gabungan kemewahan dengan suasana mesra, MONTI menawarkan semangat yang tak lapuk dek zaman. Melangkahlah ke dalam suasana mewah dan dibawa mengembara ke Itali di mana ketua maestro kulinari, Cef Felix Chong dan Cef De Cuisine Alessandro Giustetti menjanjikan hidangan autentik Itali.

 Cef Felix Chong dan Cef De Cuisine Alessandro Giustetti
Cef Felix Chong dan Cef De Cuisine Alessandro Giustetti

Setiap pengalaman di MONTI menjanjikan pengalaman yang berbeza untuk setiap acara. Sama ada anda keluar malam bersama rakan-rakan, janji temu pertama atau meraikan detik-detik penting bersama orang tersayang, MONTI dapat mencipta kenangan indah yang akan dikenang semua orang.

Antara menu yang mesti anda cuba ialah Spaghetti ‘Melaka’ yang merupakan hidangan pasta yang menampilkan rendang daging sebagai ‘sos’ pelengkap rasa. Begitu juga dengan beef tartare yang memberi sensasi rasa yang luar biasa. Untuk pemanis mulut, boleh cuba Monti’s ‘Lava’ Tiramisu atau Blood Orange Panna Cotta Tart. 

3. FLNT At 1-Atico 

FLNT at 1-Atico merupakan sebuah restoran grill Sumiyaki Jepun-Peru Nikkei yang pertama di Singapura dan telah dibuka pada Disember 2020. Ia menampilkan pemandangan berlatar belakangkan langit menakjubkan di atas puncak pusat beli-belah mewah Singapura ION. 

Sama seperti FLNT At 1-Atico Singapura, FLNT di 1-Altitude Melaka merupakan sebuah restoran dan bar yang menawarkan gabungan menu progresif citarasa Jepun-Peru yang dikenali sebagai masakan Nikkei. 

Seleksi menu makan tengahari di FLNT At 1-Atico
Seleksi menu makan tengahari di FLNT At 1-Atico

Menampilkan konsep dapur terbuka ia menjadi ruang istimewa buat Ketua Cef, Lamley Chua. Ini secara tidak langsung memberikan para tetamu peluang untuk melihat faktor-faktor yang menjadikan restoran ini benar-benar unik. 

Di sini, semuanya disediakan dengan ketepatan sempurna di atas grill Sumiyaki yang dibarakan oleh arang Bincho-tan. Restoran ini menawarkan hidangan citarasa Jepun dengan hidangan selera Peru pedas untuk keseluruhan menunya.

4. 1-Altitude Rooftop Bar

Jenama ini mula mencipta nama pada tahun 2010 di Singapura sebagai bar atas bumbung al-fresco pertama dan tertinggi di dunia. Mencapai status ikonik, berada di 1-Altitude adalah satu pengalaman yang tidak boleh dilepaskan. 

1-Altitude Rooftop Bar memberikan satu pengalaman penuh mempesonakan dengan pemandangan matahari terbenam mengasyikkan dan dimeriahkan lagi dengan sinar lampu lampu kota yang saujana mata memandang.

Bar ini menjanjikan pengalaman yang tidak akan dapat dilupakan khususnya untuk mereka yang mencari hiburan malam. Jangkakan penampilan barisan DJ antarabangsa.  

Untuk maklumat lanjut tentang 1-Altitude Melaka atau untuk mengadakan sebarang majlis di sini, sila layari www.1-altitude.my. - Getaran, 29 Oktober 2023

Foto – 1-Altitude Melaka & Rahayu MN

Isu Pada

Atilia Cinta Sampai Mati 4 Nov

04 Nov 2023

Berita Berkaitan

1

TARA 4 bulan yang lalu

Di Mana Mahu Dapatkan Pakaian Untuk Percutian Musim Sejuk? 

2

TARA 4 bulan yang lalu

5 Berita Hiburan Paling Panas Dan Jadi Bualan Netizen Sepanjang 2023

3

TARA 4 bulan yang lalu

5 Filem, Siri Menarik Di Netflix Untuk Tontonan Cuti Tahun Baharu

4

TARA 4 bulan yang lalu

6 Saluran Percuma Astro Sempena Tahun Baharu

Sorotan

1

Faisal Halim Alami Kelecuran Tahap Empat, Pergerakan Dan Percakapan Terbatas - Shahril

2

Sivasangari Dinobatkan Atlet Terbaik April Oleh The World Games

3

Kertas Siasatan Logo Mirip Kalimah Allah Pada Kasut Diserah Kepada AG

4

3 Lemas, 3 Masih Hilang Dalam Kejadian Kepala Air Di Lahad Datu

5

Agong, Raja Permaisuri Tiba Di Singapura Untuk Lawatan Negara Sulung

6

Bapa, 2 Anak Lemas Di Sungai Balak

7

Wai Ching Muncul Juara Kejohanan Larian Menara Dunia Di Taipei 101

8

TH Giat Buat Persiapan Akhir, Sedia Sambut Ketibaan Jemaah Haji