web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Endactus - Pertembungan Fesyen Dan Sukan, Hasil Gabungan Unik Fesyen Onitsuka Tiger Dengan Game Street Fighter 

Untuk kolaborasi ini, Onitsuka Tiger menghasilkan model Endactus, di mana ia akan turut ditampilkan dalam permainan itu. 

TARA Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 09 Jul 2023 10:00AM

Onitsuka Tiger mengumumkan kolaborasi unik kali ketiganya bersama siri permainan pertarungan popular, Street Fighter 6. CAPCOM Co., Ltd., pencipta siri Street Fighter. - Gambar Onitsuka Tiger

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Jenama fesyen Jepun, Onitsuka Tiger berterusan mempersembahkan koleksi kontemporari yang menggabungkan fesyen dengan sukan, serta warisan bersama daya inovasi. 

Baru-baru ini Onitsuka Tiger teruja mengumumkan kolaborasi unik kali ketiganya bersama siri permainan pertarungan popular, Street Fighter 6. CAPCOM Co., Ltd., pencipta siri Street Fighter.

Onitsuka Tiger menghasilkan model Endactus, di mana ia akan turut ditampilkan dalam permainan itu. - Gambar Onitsuka Tiger
Onitsuka Tiger menghasilkan model Endactus, di mana ia akan turut ditampilkan dalam permainan itu. - Gambar Onitsuka Tiger

Kedua-dua syarikat berasal dari Jepun ini saling berpegang kepada akar umbi budaya dan menyuntik unsur-unsur baharu sambil terus menghormati tradisi berzaman. Untuk kolaborasi ini, Onitsuka Tiger menghasilkan model Endactus, di mana ia akan turut ditampilkan dalam permainan itu. 

Model ini sudah pun berada di pasaran menerusi jualan di butik-butik Onitsuka Tiger serta Ecomm seluruh dunia (dengan beberapa pengecualian). Kasut kolaboratif ini adalah padanan baru yang dibangunkan khusus untuk Street Fighter 6. 

Ia dihiasi dengan logo Onitsuka Tiger di bahagian tumit kiri sementara logo Street Fighter di tumit kanan. 

Ia dihiasi dengan logo Onitsuka Tiger di bahagian tumit kiri sementara logo Street Fighter di tumit kanan. - Gambar Onitsuka Tiger
Ia dihiasi dengan logo Onitsuka Tiger di bahagian tumit kiri sementara logo Street Fighter di tumit kanan. - Gambar Onitsuka Tiger

Kasut ini juga menyerlahkan beberapa perincian berbeza seperti tapak dalaman kesan lasak, yang dipisahkan dengan tapak luar, bentuk bersegi pada bahagian jari kaki dan Tiger Stripes Onitsuka yang dizahirkan menerusi jahitan. 

Jika anda seorang penggumpul atau peminat kedua-dua jenama ini, bolehlah mengintai butik dalam talian rasmi Onitsuka Tiger, www.onitsukatiger.com/my/en-my/p/streetfighter6 untuk maklumat lanjut mengenai cara pembelian kasut ini. 

Selain daripada pelancaran kasut ini, Onitsuka Tiger juga telah tampil dengan pelbagai inisiatif yang berkaitan dengan kehidupan sebenar dua mod Battle Hub dan World Tour dalam Street Fighter 6, yang mula berada di pasaran sejak  2 Jun 2023 lalu oleh CAPCOM. 

Gambar Onitsuka Tiger
Gambar Onitsuka Tiger

Dalam Battle Hub, di mana para pemain dari seluruh dunia boleh berkomunikasi antara satu sama  lain, Street Fighter 6 akan menghadiahkan setiap pemain dengan skin permainan digital yang boleh diubah yang boleh digunakan dalam permainan itu, termasuk kasut kolaboratif Endactus. 

Sila nikmati juga hiasan Onitsuka Tiger eksklusif yang dipaparkan pada Battle Hub sepanjang tempoh ini. Kedai pop-up istimewa Onitsuka Tiger pula akan dibuka di Battle Hub mulai Rabu, 1 November sehingga Khamis, 30 November. 

Ia akan n menjadi tempat untuk memuat turun barangan seperti pakaian dan model ikonik Onitsuka Tiger, MEXICO 66. Mulai hujung September, papan iklan gergasi Onitsuka Tiger akan muncul di Times Square pada World Tour, di mana anda boleh mengambil gambar kenang-kenangan dengan avatar diri.

Penggayaannya menjadi simbol penghormatan terhadap warisan dan kekaguman kepada gaya kreatif moden kontemporari. - Gambar Onitsuka Tiger
Penggayaannya menjadi simbol penghormatan terhadap warisan dan kekaguman kepada gaya kreatif moden kontemporari. - Gambar Onitsuka Tiger

Onitsuka Tiger merupakan jenama yang mencipta fesyen berinspirasikan sukan dalam usaha menzahirkan rekaan selesa dan inovatif. Penggayaannya menjadi simbol penghormatan terhadap warisan dan kekaguman kepada gaya kreatif moden kontemporari. 

Teknologi inovatif dalam produk ini terarah kepada sesuatu yang sukar dilihat pada mata kasar. Himpunan lengkap produk adalah berbeza berbanding yang lain dari kepala hinggalah ke kaki. Ia direalisasikan menerusi hasil kerja tangan yang obses terhadap kualiti serta perincian.  - Getaran, 9 Julai 2023

Isu Pada

Danial Hansen Sedia Untuk Cipta Sejarah

08 Jul 2023

Berita Berkaitan

1

Gaya 2 tahun yang lalu

'Yellow Collection’ Onitsuka Tiger Rai Kehadiran Musim Luruh/Dingin 2024

2

TARA 4 tahun yang lalu

3 Soalan Bersama Hael Husaini Selaku ‘Pak Belang’ Jepun!

3

TARA 4 tahun yang lalu

Penampilan Kembali Estetika Jepun Era 80-an

4

Gaya 4 tahun yang lalu

Ngauman Onitsuka Tiger Bergema Di Pavilion Elite!

Sorotan

1

Notis Pemakluman Rasmi Pembubaran DUN Negeri Sembilan Diserahkan Hari Ini

2

Pemimpin Adat Dilarang Masuk Ke Majlis DKU, Kediaman Rasmi Tunku Besar Tampin Dilanda Kekecohan

3

Nahas Simpang Renggam: Suspek Disiasat Kerana Membunuh

4

Jentera PH Untuk PRN Johor Dilancar Esok

5

DAP Tangguh Persidangan Kebangsaan, Pertahan Semua Kerusi Penyandang Di Johor Negeri Sembilan

6

DUN Negeri Sembilan Bubar Hari Ini