web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Ngauman Onitsuka Tiger Bergema Di Pavilion Elite!

Onitsuka Tiger lancar butik perdana di Kuala Lumpur, Malaysia.

Gaya Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 14 Dec 2021 8:28AM

oleh

Zaidi Che

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Jenama fesyen Jepun, Onitsuka Tiger secara rasminya membuka butik perdana di Malaysia yang berdiri megah dengan keluasan 2,016 persegi di Aras 3, Pavilion Elite.

Dengan tema minimalis, butik perdana ini menawarkan pengalaman beli-belah menarik buat pencinta fesyen, rekaan athleisure dan sneaker.

Rekaan dalaman memperlihatkan rak para untuk mempersembahkan siri Nippon Made. Rak-rak kasut ini menggabungkan teknik pertukangan tradisional Jepun dengan penggayaan moden. 

Tidak ketinggalan, Pengarah Kreatif, Andrea Pompilio turut bekerjasama dengan pereka fesyen, Toyoki Adachi untuk melakar grafik istimewa menerusi beberapa koleksi terpilih.

Sempena Natal ini, pokok cemara setinggi dua meter dihias dengan boneka tiger-styled teddy dalam corak cetakan bunga, sekali gus menambahkan lagi mood ceria dan seni untuk butik perdana ini. 

Turut memenuhi ruang pameran ialah Koleksi Onitsuka Tiger Musim Luruh dan Dingin 2021. Pertama kali dipertontonkan di pentas Minggu Fesyen Milan lalu, koleksi ini mendapat inspirasi dari banjaran Himalaya ketika musim sejuk dan ledakan aktiviti pendakian era 70-an.

Peluang untuk kembali menjelajahi dunia, di samping rekaan estetik yang sarat dengan hasil seni yang teliti, pencinta Onitsuka Tiger pastinya menghargai persalinan fesyen lasak bergaya yang bertunjangkan teknologi dan fungsi. 

Meraikan rakan-rakan Onitsuka Tiger

Selebriti-selebriti terkenal seperti Hael Husaini, Aedy Ashraf, Shalma Aina, DOLLA dan ramai lagi turut membuat penampilan khas bagi meraikan pembukaan butik perdana ini.  

Mereka turut menjadi sebahagian daripada kempen fotografi istimewa dengan masing-masing segak menggayakan Koleksi Onitsuka Tiger Musim Luruh dan Dingin 2021. 

Majlis diadakan selama dua hari bagi mengalu-alukan rakan media, industri dan komuniti fesyen bagi merasai sendiri pengalaman butik perdana Onitsuka Tiger ini. - Getaran, 14 Disember 2021

Gambar: Syeda Imran

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

2

Semasa 1 bulan yang lalu

Malaysia Kekalkan Prinsip, Selesaikan Semua Konflik Dengan Diplomasi - PM

3

Semasa 4 bulan yang lalu

Anwar Ucap Tahniah Kepada Anutin, Sasar Perkukuh Hubungan Malaysia-Thailand

4

Luar Negara 4 bulan yang lalu

Suspek Kes Pornografi Kanak-Kanak Diekstradisi Ke AS

Sorotan

1

Zahid Nafi Dakwaan Pertemuan BN-PN-GPS-GRS, Tegaskan Komitmen Kepada Kerajaan Perpaduan

2

Tadbir Urus Yang Baik, Kestabilan Politik Asas Kemakmuran Negara - Sultan Nazrin 

3

Terima Rasuah RM500, Ketua Balai Digantung Tugas 

4

3 Maut Lori Bawa Ayam Rempuh Treler Parkir Di Bahu Jalan

5

El Nino Semakin Buruk, Malaysia Berisiko Berdepan Suhu Tertinggi Dalam Sejarah Tahun Depan

6

Dataran Merdeka Bagaikan Lautan Sampah, Hannah Yeoh Luah Rasa Kecewa 

Disyorkan untuk anda

Gaya 11 jam yang lalu

Dari Ladang Ke Jalanan, Levi’s® Bawa Misi Sky High Farm Goods

oleh Rahayu MN